Posts

Showing posts from October, 2010

pesanan ringkas menguntum senyum :)

Assalamualaikum, -Beep beep- "ok.. tc. jangan lupa solat.." Tidak semena bibir mengukir senyuman.. Pendek, tapi membuat hati terasa cukup senang.. Terima kasih :) *yelah asyik2 pesan, jangan lupa study, jangan lupa makan* p/s : selasa sudah mula ada paper. thats why no blog less FB. doakan maCy ya :)

what she said, and the truth hiding behind them

Assalamualaikum, -this is a story of a girl name camelia- She said she love to see your face. She said its worth to have you around. She said she could see paradise by just looking into your eyes. She said she is totally in love with you. She said that you are her everything. The truth is, she just love you cz you are good looking. The truth is, she is just proud to show off to her peers. The truth is, i know the truth that she flirt with another guy at that time. The truth is, the guy she is flirting with is my very dear friend. p/s : damn hungry at the moment. and, not getting my nite wish again. tetido eh? :) autopost.

diam

Assalamualaikum, Diam adalah lebih baik. Tapi diam untuk melarikan diri dari kesalahan bukan yang terbaik. Walau dia tidak memilih diam tetapi bersuara untuk bertanya dan memberi penjelasan, tetapi maCy yang memilih diam dari memberi jawapan. Bukan kerana marah, bukan juga kerana merajuk. Tetapi sekadar diam untuk merehatkan diri dari keadaan. Esok, atau mungkin malam ini. maCy janji, maCy akan sejuk. Itulah maCy dari dulu, kamu sudah tahu. Satu sahaja, usah menjadi manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri, terlalu memikirkan kebahagiaan diri sendiri sehinggakan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa untuk dilukakan. Berterus-teranglah dari awal, usah berpura-pura yang akan datang bakal merosakkan keadaan. Bijak mencuri peluang adalah berbeza dari bijak melepaskan diri. maCy tidak suka orang yang gemar sekadar melepaskan diri sendiri. Itu kamu tahu. p/s : ingat. bijak mencuri peluang adalah berbeza dari bijak melepaskan diri. amat berbeza.

usah mengahwini wanita yang enam

Image
Assalamualaikum, Hari ini mood baik macam biasa. Cuma kaki maCy yang pernah retak itu terasa berdenyut-denyut hari ini. Barangkali kerana semalam terlalu sibuk semasa TPM datang, banyak berjalan dengan heels. Jadi hari ini sudah rasa sakit-sakit sedikit. ihsan Mr. G aka Mr. Google Lupakan tentang itu, pernah dengar mengenai wanita yang enam? maCy baru semester ini terdengar mengenainya, tetapi kebanyakan sumber yang maCy temui, semua penerangannya agak kompleks dan panjang. Tapi tadi maCy berziarah ke satu blog kerana tertarik dengan tinggalan jejaknya di shoutbox. dan maCy menemui penerangan ringkas mengenai wanita yang enam ini. "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah" -Imam Ghazali- wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini men

used to be enemy, but now we're bestfriend ;D

Image
Assalamualaikum, In a good mood. Lupakan kisah semalam kerana maCy sudah lama tidak hot, tapi yang penting maCy memang cepat cool. Cuma since sudah terpost entry geram itu maCy biarkan sahaja lagipun memang rasa better lepas menulis~ Very quick update this time. Alkisah tadi TPM datang ke IPG maCy, sebenarnya maCy agak keletihan kerana tidur lambat tetapi terubat kerana bertemu dengan sahabat lama. Ada pic maCy dengan dia di FB tapi muka maCy macam alah, letihnya jadi maCy tak mahu letak sini. hihi Echa yang comel ;D Apa pun maCy suka caption pada gambar kami di FB, "used to be enemy's, now we are bestfriend. do you remember girl? ♥" I do remember sayang! Dulu si Echa ini agak kerek di sekolah, maCy yang tak banyak cakap ni memang malas nak campur. Sampai satu hari ketika di Tingkatan 2 dia mengamuk dalam kelas dengan segala carutannya lalu maCy berkata dengan selambanya, "memanglah sukati ko nak cakap ape tapi kalo ko mati kubur sebelah aku nyusahkan je." Haha.

hey si awek, fikir sendiri!

Assalamualaikum, Harini maCy menulis dengan keadaan yang agak geram. Fuh.. Sabar maCy sabar.. Tapi tak tahu la kenapa maCy rase geram je. Nak cerita la ni nak cerita. Hey si awek, maCy tahu lah memang normal kalau a girl jealous atau risau tentang bf dia Tapi, maCy dengan bf awak tu hanya kawan lama. Tidak keep in touch, sekadar baik bila ada pergi 'event' sama-sama and now dah tamat 'event' tu masing-masing dalam dunia sendiri. Kami sekadar membawa semula kenangan zaman sekolah kepada kawan-kawan, dan yang dah sudah, sudahlah. maCy dari awal lagi dah expect yang awak ni jealous tak bertempat. Awalnya maCy faham, so maCy siap add di FB, siap tegur, siap mahu berkawan dengan cara baiknya dari awal lagi, showing yang maCy ni tak ada niat nak sorok-sorok belakang, nak kacau bf awak tu. Hey, i'm not desperate lah! and i'm not interested with your bf tu! maCy siap pernah delete your bf dari FB, sebab kamu lah! Risau kamu tu jealous sangat, and i don't want to be

serasi bersama

Image
Assalamualaikum, Semalam maCy bermesej dengan seorang member kamceng, dan beliau dengan selambanya berkata, "profile pic maCy kat FB takleh blah ok?" . maCy pun tak faham apa yang takleh blahnya. Sila lihat. Apa yang takleh blah? Walaupun aki kata yamapi ni ex dia. uhh~ ;p Lihat baik-baik. Bukankah kami serasi?? muahahaha *buat muka comel* I wish dia pakai jam tangan kanan, kalau tak lagi serasi. hahaha. Ok. Over ketawa pula. maCy sebenarnya sedang penat-penat study. Tu yang terhasilnya entri tiada motif ini. Sudah mahu final jadi doakan maCy ya? Kalau tidak final bolehlah dating dengan sis Adah sambil dia belanja window shopping. ~memang sah-sah free. haha Ok-ok maCy pergi dulu. Jangan rindu-rindu~~ ;D p/s : makan makan makan makan makan. ~autopost lagi.

buat abang

Assalamualaikum, Hari ini ulangtahun kelahiran abang long maCy. Bukan 'abang'. Ini abang betul. Abang long tu cuma gelaran di FB sahaja. Kadang-kadang kami adik-beradik bahasakannya kekanda. Sudah 3 bulan berlalu. Seakan baru semalam maCy menulis entri nasihat dari seorang abang . Sudah 20 tahun berlalu, seakan baru semalam merasai saat didukungnya. maCy tak ingat banyak kenangan dengan dia. Mungkin kerana jarak usia yang terlalu jauh. Tetapi ketahuilah sejak kecil abang jie adalah hero di dalam hati, maCy menyimpan hasrat mahu menjadi peguam sejak kecil lagi, sehinggalah akhir Tingkatan 4. Semata-mata kerana abang jie ialah seorang peguam, dan maCy mahu mengikut jejak langkahnya. See, sejak kecil, dialah inspirasi. Di Tingkatan 4 dan 5, maCy bersekolah di sekolah asrama 20 minit dari rumah. Abang jie juga bekerja di sana. Tetapi, setiap kali pulang di hujung minggu, abang jie kebiasaannya telah bergerak kembali ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Selalu maCy berk

untukmu abah

Image
Assalamualaikum, Hari ini maCy rasa sihat tidak sihat. Dari semalam lagi rasa macam ni tapi maCy buat dek sahaja siap pergi keluar tengok movie The Other Guy, makan Pizza balik terus rasa macam nenoneno sahaja. Kepada follower setia blog ini, masih ingat entry kenapa begitu abah ? Hari ini sebenarnya baru betul tarikh ulangtahun kelahiran beliau. Jadi, walaupun abah tak baca blog. Selamat hari lahir, abah. ma sayang abah sangat. Semoga abah terus panjang umur, sihat selalu, murah rezeki, etc, etc. Mak dan abah yang tak ternilai pengorbanannya Abah di usia 64 tahun, masih kuat. Kredit to kak sYami yang edit. Tiba-tiba teringat, dulu bila balik rumah dari hostel, terutamanya jika berpuasa, abah mesti pergi belakang rumah ambil air kelapa untuk anaknya ini. Wajahnya kini masih ada riak garang, tapi bila ditembusi, lebih nampak riak penyayang.. Abahlah hero kesayangan yang tiada galang gantinya. p/s : sayang abang Jie jugak. Nak cakap depan-depan malu. kekanda abang long besdaynya 23h

karma

Assalamualaikum. Kali ini, maCy nak berbicara tentang karma. Ya, karma. Sebenarnya entri ini dah sudah dibuat sebelum soalan entry lepas ditanya. Atau lebih tepat sebenarnya entri ni dah lama dalam draft tunggu dimuntahkan keluar sahaja. Kamu percaya pada karma? Karma disini bukan kepercayaan dalam agama hindu atau apa-apa seperti yang segelintir segera membuat konklusi sendiri. Bertanya, itu lebih baik berbanding terus membuat definisi sendiri. ~maCy memang garang lah dua tiga hari ni. maaf la ye. hihi Apa karma yang maCy maksudkan? Mungkin seringkas kamu buat baik, dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tidak semestinya. Tapi begitulah. Semuanya mudah. Kamu tidak suka orang tidak mendengar apa yang kamu sampaikan? Maka belajarlah mendengar apabila orang lain mula menyampaikan. Tidak suka dikhianati? Jangan cuba mengkhianati. Tidak suka ditipu, jangan cuba menipu. Mudah. Tidak suka ibu, kakak atau adik kamu disakiti, jangan menyakiti ibu, kakak atau adik orang lain. Ibarat, kamu mer

saya tanya awak jawab 3 : karma

Image
Assalamualaikum.. Soalannya : Anda percaya pada karma? bukan karma dalam kpercayaan agama sana tu. and this is a ques, learn how to understand a ques bkn buat konklusi cepat sangat . [edit] p/s : Gambar tak ada kena mengena dengan entry. Sebenarnya selalu juga maCy usha-usha sport cars. Sebab mereka cool ;D p/s : 3rd entry hari ni. lalala~

lagu bikin angau

Image
Assalamualaikum.. Second entry for today. muahahaa~ *pastu buat muka comel* Ha, sorry, tapi maCy seriously paling tak suka 4 benda dalam alam blogwalk ni : word verification comment setting bukan pop-up window spam message lagu-lagu kat blog yang ahhh... metallica punya tahap maCy tahu its up to you lah kan nak letak lagu apa, tapi maCy admit yang maCy ni jenis pemalas suka buka tab banyak-banyak terus so bila lagu 'keras' sangat, tambah-tambah banyak pula blog yang ada lagu, dapat pula maCy tengah layan lagu Maher Zain si kekasih hati, buat maCy rasa cepat-cepat nak tekan pangkah hujung kanan atas sana, sedangkan biasanya maCy akan singgah dan baca entry, kecuali tiada masa. It's seriously okay nak letak lagu. Tapi, bayangkan, sudah lah dah ada lagu yang tak boleh blogwalker stop-kan, entry dia dalam bentuk video pula, entah mana nak dengar. Tapi sebenarnya tak kisah pun. Saja je. Hik3 jangan marah ;D Eh, terlebih sudah. Sebenarnya hari ini maCy mahu cerita yang maCy jatuh

deleted entry

Assalamualaikum, i just post an entry 5 minutes ago, it was something true deep from my heart, but just deleted it, as i tried not to make this blog too personal.. wanna see it? no you don't need it, i just keep that as my draft here, just pray that i'm all okay.. p/s : hey hey hey! ~distracting myself.

saya tahu saya tak cantik tapi saya peduli apa

Image
Assalamualaikum, ~salam tetap ada ;D Jari menyentuh keyboard tanpa sebarang idea.. Lalu~ Saya tahu saya tak kaya macam awak Tak apalah tak kaya harta budi bahasa masih ada Saya tahu saya tak make up tebal macam awak Tak apalah saya tak mahu orang jatuh cinta kerana rupa Saya tahu saya tak glamour macam awak Tak apalah low profile pun apa salahnya Saya tahu muka saya asyik t-shirt dengan jeans sahaja Biarlah tak vogue asal selesa Saya tahu saya tak cantik macam awak Ah.. saya peduli apa~ Eh? Hey, ini bukan tentang Lisa Surihani ok? Atas ini bukan sengaja, bukan mengena, bukan niat atau apa-apa. Mengetuk keyboard tak kata apa. Mana ditekan dibiar sahaja.. Tapi gambar Lisa memang sengaja maCy letak sini. Tadi roommate suruh buka beautifulnara.com . Ada pasal 'kembar' Lisa. Kalau tidak, jarang lah maCy sampai ke sana. Apa pun. Lisa memang cantik ;D sini ade edit. sebab ade anasir dalam diri. [Edit] sori eh! p/s : hik2.. tak tahu nak cakap apa, mood baik. rasa nak senyum je ;D

mood tengok gambar pelamin

Image
Assalamualaikum.. Rasa nak balik rumah. Rindu abah, rindu mak. Previous entry buat maCy sedih mung kin. Dari mula menaip, sampai edit, sampai baca balik, bila baca komen semua blogger lagi buat ma Cy ras a sayu amat. Biarlah Asada Ryutaro nak cakap maCy budak cengeng lagi pun. Memang cengeng pun. hukhuk Alkisah semalam maCy ternampak gambar seorang sahabat lama di list friend profi le FB. Alangkah terkejutnya bila melihat dia dalam persalinan pengantin! Sudah lama rupanya tapi maCy baru tahu sahaja. Itulah kekurangan mempunyai terlalu ramai rakan di FB, tak sempat update semua. Kata classmate maCy, delete mana tidak perlu, tapi maCy yakin dari 872 orang rakan maCy di FB, tidak sampai seratus pun yang tidak maCy kenal, cuma mungkin tidak begitu rapat seperti junior contohnya. Tapi kalau dia kenal kita, takkan mahu delete pula? isk2. ~No stranger on FB please. Rasa macam tidak percaya sahaja sahabat sendiri sudah menjadi isteri orang seawal usia 20 tahun. huhu. Selesai khatam albu

kenapa begitu abah?

Assalamualaikum, Entry ini panjang, bersifat sedikit peribadi, meluah rasa yang adanya terpendam.. Abah, Dahulu ma merasakan abah tidak memahami. Sekalipun sebenarnya abah sentiasa memenuhi segala keperluan ma. Tapi dahulu segalanya seakan tertutup kerana seringkali abah berkata tidak dalam banyak hal yang ma minta. Hanya kerana satu, kerisauan abah.. Kerisauan abah yang dahulunya tidak ma fahami.. Tingkatan 1 Abah menghantar ma ke sekolah berasrama jauh dari rumah. Mak menangis. Saat itu abah pertama kali mengucup dahi.. ma? Sedikit pun tidak terasa apa. Dan juga melayan ego sendiri. Kecil-kecil sudah ada egonya. Sememangnya ma dari dulu lagi begitu, bertubuh kecil tapi berhati batu. Tinggal jauh langsung tidak homesick, dan pulang hanya ketika cuti panjang. Kisahkah? Tidak, sedikit pun ma tidak kisah. Bukan kerana ma tidak sayangkan mak dan abah, tapi ma memang begitu. Tidak seperti kak sya yang luarnya keras dan lantang, tetapi dalamnya lembut sahaja. Sehinggakan ketika di Tingkatan

sel masih aktif?

Image
Assalamualaikum, Hai semua. Maaf ya kesibukan melanda membuat tiada masa untuk bercengkarama mahupun membela lemak tepu sambil menekan button keyboard yang salah satunya tercabut dek keganas an anak saudara. Tipu je keyboard dah tukar baru, memakan rm150.. Mood merapu se dang on kerana sebenarnya maCy di library menggunakan segenap masa dan ruang yang ada sementara menunggu masa lecture yang akan bermula dalam masa setengah jam sahaja lagi. Baru sahaja tadi maCy memonteng kuliah selama 5 minit dengan pergi mini medical check-up under Tasly Health Screening, cost me rm10. Actually bukan ponteng, maCy mahu ke washroom, tapi keluar pintu sahaja classmate baru pulang dari check, katanya tengah tak ada orang. Maka? hee.. Pemeriksaan itu hanya menggunakan sejenis alat teknologi seperti mikroskop, skrin dan jari juga. Dengan melihat pada blood flow pada circulatory system. Alkisah beginilah perbualan pendeknya : A : abang tu B : maCy A : Adik nak check? B : Aah.. A : Bukak cincin tu

bukan entry autopost

Assalamualaikum, Baca komen entry lepas. Terharu sangat. Terima kasih banyak atas semua concern dan kata-kata semangat. maCy rasa macam disayangi je. Ok. maCy perasan. Tapi tak apalah perasan pun, thanks. maCy sayang kamu juga. um, maCy rasa maCy ada masalah tidur sekarang. Tiap malam, maCy akan berubah position entah berapa kali entah dan membuatkan maCy rasa mengantuk amat di siang hari. Itu insomnia ke? Apa pun, terima kasih amat kepada semua. maCy rasa better sikit. Mungkin... Ah, maaf atas entry tidak berkualiti kali ini, sekali lagi entry tiada motif, entry tiada fungsi. Kasihan mahu tinggal lama bersawang sahaja, tu lah 10.10.10 baru-baru ini 3 entry sehari.. Patut simpan buat autopost saja.. p/s : Online kurang. FB kurang. Apa lagi main Travian. p/s 2 : tibe-tibe maCy syak diri sendiri tengah tak betul..=="

hati terasa kosong

Image
Assalamualaikum, Hari ini hati terasa sedikit kosong. Secara luarannya, sememangnya aku gembira. Ramai kawan dari lawan. Banyak suka dari duka. Banyak bahagia tiada sengsara. Siapa yang tidak mahu sentiasa berasa senang hati dan bahagia? Tapi kadangkala kesenangan dan kebahagiaan itu membuat aku semakin jauh dariNya. Aku tidak mahu dekat padaNya hanya ketika duka. Sedangkan semalam ketika aku dalam kesusahan dikerjakan hati manusia yang punya hasad dengki, ditabur fitnah dan cerita seperti menyebar benih yang subur meninggi, menangis aku dihadapanNya. Seharian aku mendekatkan diri denganNya. Dan akhirnya ketenangan yang Dia hadiahkan kepadaku. Namun, setelah kembali tenang dan dikurnia bahagia, leka kembali aku. Hari ini, aku punya sahabat dan keluarga yang tiada galang gantinya, hidup sederhana selesa bahagia. Tapi, aku leka.. aku alpa dengan gembira.. Berdosakah aku? Ya Allah, jauhkanlah aku dari terus leka dan alpa sebegini. Ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.. Kerana walau

better than 10.10.10

Image
Assalamualaikum, Yes! Tarikh 10.10.10 sudah berakhir. Ramai sungguh yang jatuh cinta pada tarikh 10.10.10 bukan? Sehinggakan Hellioz dan J.Love juga mahu anniversary open relationship mereka jatuh pada 10.10.10. haha ;p Back to the title, maCy pun tak faham sebenarnya apa yang cantik, bukan sekadar nombor? Apa pun, maCy ada cadangan yang baik untuk mereka yang mengidamkan tarikh anniversary yang bukan sahaja menarik, tetapi unik, jarang dimiliki dan yang penting, menjimatkan! 29.02 setiap tahun~ tak ada yang mahu berebut? p/s : sangat teringin secret recipe saat ini =="

hujan rintik-rintik

Image
Hujan rintik-rintik Air bergelora Wajah nampak selamba Hati bagai menggila Siapa kata aku tak ada rasa? Muka brutal jiwa kaca kau apa tahu? Aku kental aku gagah kuat aku luar biasa Tapi aku juga manusia biasa Bisa tagih cinta manusia Aku tidak gila pada harta Tidak juga gila aku pada rupa Aku gila pada dia yang gila setia pada aku Tapi siapa dia? Usah tanya aku Kerana aku sendiri tidak tahu Kosong Mimpi aku kosong Dunia aku nyata kosong juga Aku tunggu kau Kau yang belum lagi aku tahu siapa Dan barangkali kau juga tidak tahu aku Esok lusa mungkin kau dan aku akan berselisih bahu Di pertukaran LRT tatkala manusia berpusu-pusu Wahai kau cinta hatiku Aku masih menunggu Wahai kau jiwa batinku Tunggu aku hasil ketukan keyboard setelah membaca satu entry seorang blogger hey alvin, hujan itu tanda p e l a n g i mahu tiba! :) p/s : esok ada paper. ini copy paste sudah sedia dalam lappy ;D p/s 2 :entry