Assalamualaikum.. Sebenarnya sudah lama jari jemari ini menyentuh keyboard, namun lemah untuk mengetuknya bagi berkongsi perihal ini. Mengapa? Kerana sedar akan kelemahan diri, dan barangkali insan kerdil ini jauh lebih lemah dan kurang baik berbanding yang membacanya. Tapi bukankah kita perlu melihat pada apa yang disampaikan, dan bukan pada siapa yang menyampaikan? Hati ini sering tertanya-tanya, benarkah umat akhir zaman hari ini, sudah mula hilang rasa malunya? Mungkin tidak (dengan sinisnya), kerana kedengaran suara-suara halus merdu sesetengah mereka.. "aku malu dengan ko, aku tau ko baik, aku ngan bf aku jalan holding hands, aku tau ko tak macam tu.." "malu lah nak approve maCy kat Facebook, pic banyak freehair, nanti maCy cakap ape pulak.." Mengapa ya, malu denganku. Mengapa tidak malu dengan-Nya? Takut denganku, mengapa tidak kau takut dengan-Nya? Kadangkala hati ini berkecai, tatkala diri sendiri gagal untuk menegur pada mana yang buruk, sesungguhnya diri ...