Posts

Showing posts with the label isu semasa

Perlukah subjek Pend. Islam diwujudkan di universiti?

Image
Assalamualaikum. Subjek Pendidikan Islam. Bunyinya seperti sering didengar, kelihatannya seperti tidak penting sahaja, bukan? Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan telah membelakangkan aspek rohani. Sehinggakan seringkali disebut singkatan JERIS berbanding IRESJ iaitu keutamaan pada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berbanding membawa aspek rohani ke hadapan.  Benar, masing-masing sudah mulai meningkat dewasa maka santapan rohani boleh diusahakan oleh individu itu sendiri berlandaskan kesedaran kendiri. Namun, selantang mana kita membuah bicara, masih tidak dapat menafikan tegarnya gejala keruntuhan akhlak yang kita hadapi era ini. Jika di universiti boleh diwujudkan subjek untuk membekalkan kemahiran komunikasi kepada para siswazah demi menghadapi temuduga juga alam pekerjaan, mengapa tidak boleh diwujudkan satu waktu untuk Pendidikan Islam bagi membekalkan peringatan buat bekalan se...

legging with tudung

Image
Assalamualaikum. Legging with tudung. What's that? It is not trendy at all. You doesn't look pretty at all. You won't be called fashionista (by me). You look terrible of course.  Dear sister, what's the purpose of wearing tudung in the first place? Think! Isu ni dah lama, I couldn't stand anymore.

Undilah

Assalamualaikum. maCy rasa dah ramai pun tahu tentang video ni. maCy first tengok video ni dari blog delarocha tak silap. I posted at my FB tapi tak sempat mahu post di sini. I knew that some of us don't really like the video. Mungkin kerana lebih banyak pihak pembangkang berbanding sisi government. Tapi perlu admit sebenarnya memang ada banyak mesej tersirat, yang baik kita telan yang buruk kita recycle.  Some people say they don't wanna vote at all. Tapi bagi maCy, satu undian pun penting untuk tentukan masa depan negara kita. Ingatlah, walau apapun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita Weeks without update. Exam mode.

ikhlas - kisah Nabi s.a.w

Image
Assalamualaikum. maCy sedang menyiapkan floor plan sebenarnya, mencuri sedetik waktu untuk berkongsi komen Encik Shameel Iskandar pada entri masuk Imam Muda itu riak? yang dikongsi sebelum ini. maCy tertarik dengan komen beliau yang menyelitkan kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Mari kongsikan bersama :) "Kita hanya menghukum pada zahir dan apa yang tersembunyi dalam hati itu urusan Allah. Pernah dalam satu peperangan, seorang sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorang tentera kafir quraisy dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir quraisy itu melafazkan dua kalimah syahadah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini kerana baginya kalimah syahadah yang dilafazkan hanyalah pura-pura semata-mata untuk menyelamatkan diri. Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya untuk mngetahui dia ikhlas atau tidak? Mesej dari kisah ini ialah, kita jangan persoalkan keikhlasan orang dan yang penting ...

masuk Imam Muda itu riak?

Image
Assalamualaikum. Wah lambat sungguh maCy keluarkan entri ini, Imam Muda 2 sudah pun diketahui siapa. Baik, straight to the point. Siapa pernah dengar ada mulut yang berkata seperti di bawah : "Aku benci peserta Imam Muda sebab guna agama untuk naikkan nama sendiri, tak ikhlas namanya, riak saja!" Memang benar, apa-apa pun dengan agama perlu ikhlas. Hatta makan sekalipun perlu ikhlas, makan juga ibadah kan. Ikhlas itu antara kita dan Dia,  tuntut ilmu agama kena lah ikhlas, buat apa nak masuk program Imam Muda bagai. Riak lettew , kata mereka. "Imam Muda tu palsu. Jangan harap aku nak tengok, baik depan kaca televisyen saja!" Kata ikhlas itu antara mereka dengan Dia, mana pula tahu palsu dimana? Biar sekalipun mereka palsu dalam Imam Muda, sekurang-kurangnya mereka tidak palsu dalam menuntut ilmu selama hidup mereka sebelum ini. Atau ada yang mahu kata, sebelum mereka belajar pada tahun-tahun yang lalu, sudah dapat diramal adanya program seperti Imam Muda ini?...

darjat di majlis perkahwinan

Image
Assalamualaikum. Musim cuti sekolah sudah berakhir. Maka berakhir sudah musim kenduri-kendara. Apa yang ingin maCy kongsikan kali ini ialah mengenai darjat semasa majlis perkahwinan. Menjadi adat dalam masyarakat Melayu menyediakan bunga telur sebagai tanda ingatan. Jika dahulu bunga telur sudah mencukupi, hari ini pelbagai jenis cenderahati yang berbeza bentuk dan rupa menjadi pilihan bergantung kepada kemampuan, citarasa serta kesederhanaan pihak rumah pengantinnya. Apa pula kaitannya dengan darjat yang maCy maksudkan? Jika dahulu satu jenis cenderahati atau bentuk bunga telur sudah mencukupi, hari ini pihak tuan rumah biasanya menyediakan beberapa bentuk cenderahati. Sebagai contoh, si polan A mengadakan majlis perkahwinan sempena perkahwinan anak bongsu kesayangannya. Cenderahati berupa : 1. Bunga telur untuk orang dewasa dan manisan untuk kanak-kanak. 2. Beg kertas berisi bunga telur, kuih baulu dan kerepek. 3. Beg kertas berisi bunga telur, mug kecil, kuih baulu dan kerepek. Cend...

Pertandingan Sweet Couple di FB

Image
Assalamualaikum. I never thought I would write something about the stupid fanpages at FB. Bermula dengan quotes merepek, ayat-ayat famous dari movies serta contest-contest merapu. And now another merapu+merepek+whatsoever contest --> Pertandingan Sweet Couple . What the fishcake?? My dear, Gambar peluk pegang-pegang laga pipi sweet sangat dah rasanya tu ala macam dunia ni kita yang punya. Pangg~ Up to you lah dah besar dosa sendiri bahu kiri tanggung tapi dah expose macam tu timbul fitnah dah jadi dua hal. Your photo being manipulated dah tiga hal. Kami yang tertengok serta gatal tengok ni pun dah empat hal. I love the way Eman Zamani someone i do not know yang keep posting gambar merepek juga just to make the admin himself and the contestant semua sedar betapa merepeknya contest ini. Sebelum ni ada contest apa kacak cantik semua itu maCy malas nak campur but this time I feel like wanna say something that is, please, stop lah buat benda merepek macam ni. Macam galakan pada zina pun...

update bantuan ke Mesir

Assalamualaikum. Disini ada info mengenai bantuan ke Mesir. 1. Penerbangan TUDM dari Kaherah ke Jeddah 2. Penerbangan TUDM dari Iskandariah ke Jeddah 3. Pelayaran TLDM dari Pelabuhan Al-Adabiyah ke Pelabuhan Jeddah 4. Jeddah menjadi Pusat Transit Pelajar Malaysia (Info directly daripada Pejabat Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia) Sumber : FB Page Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir *** Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka. "Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Berna...

rusuhan mesir

Image
Assalamualaikum. maCy rasa semua update dengan apa yang berlaku di Mesir sana. maCy harap semuanya akan selamat dan kembali kepada asal segera. Doakan saudara kita di sana, Asada Ryutaro , AdrinaQamarina dan semuanya. Dan siapa-siapa ada contact number Rina kasi maCy ya? Kalau kenal sesiapa di Egypt, boleh sampaikan info di bawah ni kepada mereka. Credit to Gengblogger . To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses : Twitter : "128.242.240.52" Fb : "69.63.189.34" Google : "172.14.204.99" A French ISP offers free dial up internet access : +33 1 72 89 01 50 Login username+password : toto. Here ada gambar rusuhan di sana yang maCy jumpa di Sini . Video boleh dilihat di Sini . maCy wonder la Mubarak tu tak faham-faham agaknya selama ni. Probability akan jadi macam ni dah syak lama dah. Finally, go Egypt! Go for reform & freedom! For revolution! Dalam negara, jangan lupa doakan mereka yang menjadi mangsa bencana banjir juga... p...

lagi mengenai Cikgu Shida

Image
Assalamualaikum. maCy tertarik dengan entry Linda Bulan di Sini . Mengenai Cikgu Shida. Ya, siapa yang tidak kenal Cikgu Shida? Seorang guru yang dengan beraninya ... bla bla bla. Semua tahu maCy tidak perlu huraikan lagi. Kisah ini barangkali dirasa sudah lapuk, tetapi percayalah di wall beliau kata maki menjengah tanpa henti. maCy tahu entry ini barangkali mencetuskan kontroversi. Tetapi cuba lapangkan dada dan terima pendapat dengan hati yang tenang tanpa prasangka. Beliau merupakan seorang guru. maCy merupakan bakal guru yang akan berkhidmat dalam tempoh masa 3 tahun lagi. Justeru maCy mempunyai sebab yang munasabah untuk tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kerana satu individu yang membawa lumpur, pastinya semua yang termasuk dalam kumpulan itu akan tercalit sama. Namun, sejak awal lagi maCy tidak pernah pula mahu membuat satu entry khas untuk mengutuk beliau. Dan secara jujurnya, berapa banyak pun video yang telah video upload untuk tatapan umum, tidak pernah satu yang maC...

Picisan Kata Seorang Blogger yang Bencikan Kekejaman Israel

Image
Assalamualaikum, salam semarak jihad.. Tujuan asal entry ini adalah untuk menyeru sahabat blogger untuk sama-sama menyertai kempen Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel . Tiga tonggak utamanya adalah blogger Farid@Mofasad , Bon Alvin dan Sabariah . Hanya letakkan banner seperti di atas. Mudah bukan? Maklumat lanjut sila ke ( Sini ). Kanak-kanak tidak berdosa Hari ini entry maCy bukan berunsur emo yang apa-apa saja. Hari ini entry maCy bertemankan marah dan duka. Tatkala mengenangkan nasib saudara seIslam kita di sana, dan tatkala mengenangkan kekejaman tentera Zionis kuffar yang langsung tidak berhati perut! Dan tatkala mengenangkan kembali apa yang maCy lakukan untuk membantu? Sungguh, aku pengecut! Pengecut kerana tidak mampu berbuat apa. Boikot? Cukupkah dengan itu? Benci? Cukupkah sekadar itu? "Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." Ali-Imran : 14...

Ya Allah! Selamatkan Flotilla!

Image
Assalamualaikum, maCy sebenarnya sedang menyiapkan entry tag . Tiba-tiba menerima ym mesej dari Abang Ammar yang sedang sibuk dengan peperiksaan : Ammar: salam.. Ammar: maC.. Ammar: minta tolong sebarkan mengenai serangan Israel ke atas flotilla: bantuan kemanusiaan ke gaza.. Ya. maCy terhenti mengetuk keyboard. Terlalu lalai dan leka dengan dunia sehingga alpa dengan nasib saudara seIslam disana sini. Segera maCy mencari-cari di mana, apa terjadi. Ya Allah, bagai katak dibawah tempurung, maCy memang leka sedangkan umat Islam dunia sedang mengutuk keras serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa lebih 10 ribu tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Konvoi tanpa senjata itu terdiri daripada 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah, dan juga aktivis dari Malaysia. Mana mungkin mereka yang mengikuti konvoi ini dian...