darjat di majlis perkahwinan

Assalamualaikum.

Musim cuti sekolah sudah berakhir. Maka berakhir sudah musim kenduri-kendara. Apa yang ingin maCy kongsikan kali ini ialah mengenai darjat semasa majlis perkahwinan.

Menjadi adat dalam masyarakat Melayu menyediakan bunga telur sebagai tanda ingatan. Jika dahulu bunga telur sudah mencukupi, hari ini pelbagai jenis cenderahati yang berbeza bentuk dan rupa menjadi pilihan bergantung kepada kemampuan, citarasa serta kesederhanaan pihak rumah pengantinnya.

Apa pula kaitannya dengan darjat yang maCy maksudkan?


Jika dahulu satu jenis cenderahati atau bentuk bunga telur sudah mencukupi, hari ini pihak tuan rumah biasanya menyediakan beberapa bentuk cenderahati. Sebagai contoh, si polan A mengadakan majlis perkahwinan sempena perkahwinan anak bongsu kesayangannya. Cenderahati berupa :

1. Bunga telur untuk orang dewasa dan manisan untuk kanak-kanak.
2. Beg kertas berisi bunga telur, kuih baulu dan kerepek.
3. Beg kertas berisi bunga telur, mug kecil, kuih baulu dan kerepek.

Cenderahati jenis 1 diberi kepada kebanyakan tetamu yang hadir, cenderahati jenis 2 diberi kepada rakan akrab serta saudara-mara manakala cenderahati jenis 3 diberi kepada mereka berpangkat Datuk dan sebagainya. Itu sebagai contoh sahaja.

Renungkan kembali. Apa tujuan majlis tersebut diadakan? - untuk menghebahkan mengenai ikatan sah yang baru terjalin. Apa pula tujuan para tetamu dijemput hadir? - untuk memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan.

Tujuan yang sama, niat yang satu, tetapi mengapa berbeza pula cara layanan yang diberikan? Pangkat? *senyum*

Difahami sekiranya tuan rumah menyediakan 'extra' untuk rombongan pengantin yang diraikan serta saudara-mara, tetapi di mana pula relevannya perbedaan dalam cara meraikan tetamu-tetamu kesemuanya? Adakalanya mereka yang berdarjat 'rendah' itu amat jauh perjalanannya demi meraikan pihak tuan rumah. Ada yang terasa? Siapa tahu?

Jika tidak mampu menyediakan tanda ingatan yang tampak gah untuk semua tetamu, bersederhanalah kepada semua. Tidak perlu terikut-ikut dengan trend semasa. Jangan sampai satu masa nanti jenis kad undangan juga berbeza mengikut darjatnya..

Seperti biasa di akhir kata, semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy :)


p/s : Solat orang yang sudah berkahwin lebih tinggi pahalanya berbanding mereka yang belum berkahwin.. ;D

Comments

Qib said…
Hehe.. orang manyak duit leh ar

| Update!|
Mr. Asada said…
bagi menunjukkan rasa hormat, kita bagi layanan yang lebih (vip) bagi orang besar(pemimpin/guru). bukan bermakna tetamu lain mendapat layanan yang buruk. tetap layanan yang baik..

macam datuk, ayah dan abang.. semua pun kita hormat. tapi cara layanan tak sama kan?

pasal doorgift tu, tak pernah pulak asada jumpa berlainan bentuk mengikut pangkat..
James Alexander said…
itulah jadinya bile manusia kini mementingkan darjat...
tu belum kira lagi yg bungkus2 bwk balik.. hahahha
Anonymous said…
asada, all i mean is pasal doorgift je la.
kad pon da ade yg ikot golongan2 tertntu...

yg order dri indon, cantik, keras, tebal n ekslusif - utk org2 penting n family rapat

biasa, cantik dan keras - utk kenalan2 rapat

fotostat kaler warna warni - utk mereka2 yg kenal biasa je n kemungkinan xakan dtg~
macy !!!

mey la join giveaway anis ~

http://amethyst89saphire.blogspot.com/2011/06/giveaway-anisumbrella-boutique.html
lady-D said…
tol la macy, skang ni kalo doorgift mmg beza tuk tetamu tu dan yg ni..kad pun sm la macy..kalo tuk kwn2 mmg gempak pnye tp kalo org2 kg yg fotostat je..ntahla, kad ni buat yg mhl2 pun bkn org simpan kan..dh lps date tu mesti buang pnya.
syafiqa said…
perasan tak, kalau kawen kan
mesti ada meja vvip dgn vip dan
biasa.

kalau bagi gift, pun beza2.1 bakul ni
ada isi telur n bahulu. 1 lagi telur,
muffin, gula,etc, 1 lagi lain2.

hahaha.padahal pengatin tu dpt
hadiah sama je.frame, album, jug,
album,jug, frame,jug, album..ok stop iqa. ;P
Amiey White said…
hurmmm nanti amiey take note , semua dapat telur je hihi
Mr. Asada said…
tadi asada jawab persoalan macy :

Tujuan yang sama, niat yang satu, tetapi mengapa berbeza pula cara layanan yang diberikan? Pangkat? *senyum*
PenjuruKosong said…
discriminasi..

utk apa??

mkn beradab pun dh boleh kata diskriminasi..

inikan pula doorgift..
sebenarnya kita perlu berpada2 dlm mengadakan majlis kenduri kahwin. jgn sampai terbeban dan jgn smapai wujud unsur riak. Masalahnya hari ini, puluhan ribu terpaksa dibelanjakan utk majlis kahwin. Tiba-tiba saya teringat akan rencana dari Dr asri ttg menyelewengya majlis kahwin hari ini. Rencana berjudul Apabila zina lebih mudah daripada berkahwin.
BERMASALAH said…
saya menyokong equality for all.

kalau saya kawen nnti, makanan pun mesti sama. tak de maknanya vvip makan nasi 5 lauk.org biasa makan nasi 3 lauk. hehe

oh ya, macy dijemput kenduri saya nnti :)

pasti. insya Allah.
Anonymous said…
asada, get d overal point.
beautiful_rose said…
sigh~

sepupu aku telah melakukan 1 pembaziran y amat merugikan.hanya kerana mendengar kata mak nya yang mahukan majlis itu kelihatan nampak gah.

sedangkan tetamu yang hadir tak seperti yang di harapkan.jumlahnya mungkin kurang daripada bajet makan yang di belanjakan.dan banyak cenderahati yang masih punya baki berkotak2 tak di habiskan kerana kurangnya tetamu yang hadir.

ada 1 kesilapan sebenarnya majlis itu tidak seperti majlis perkahwinan yang biasa kita lihat.ketibaan pengantin hanya di sambut oleh paluan kompang rakaman tanpa di lihat tetamu.






ya,tetamu semua sudah pulang.sila salahkan pengantin lelaki yang sering melengahkan masa dan tidak menepati masa.




okeh komen sedikit emosi sebab aku sgt marah pada keluarga pihak lelaki yang tidak menghormati majlis.









owh,hai sayang macy........ =)
Robot | Sakti said…
nice point. :)

tak perlu diskriminasi. kita semua sama sahaja di mata- NYA.

:)
sahidzan said…
pehh! berapa hati yang terasa just kerana cendera hati tu..

baik toksah jemput orang kebanyaka..jemput dato-dato datin datin je kalau macam tu.
Wawa Amran said…
Setuju2.. I've been in that situation.. Cam x adil plak kn.. Kalu lebih rombongan yg diraikan xpe lar jgk sbb itu yg diraikan.. Macam2 lar trend org skarang kawen..
HEROICzero said…
nowadays, dpt bunga telor pun dah besar rahmat. asek2 dpt gula2. ceh
Unknown said…
betul jugak tuh.tp kalau kt kmpung ecah.yang bagi hadiah dapat doorgift.yg xbagi hanya dapat bunga telur.tu tanda terima kasih sbb bg hadiah.
ghost said…
suatu yang dibiasakan lama-lama akan jadi satu 'kewajiban' mesti ada.kadang yang lebihkan hal tuh pun orang yang nak melangsungkan perkahwinan.konon nak bagi nampak cool.
puteri ain said…
bergantung kepada kemampuan masing2 :)
Unknown said…
i got it. septotnya kene bg sama rata. semua org dtg kan? heh ;p thanks . u remind me :)
Unknown said…
alya pernah jumpa yg camni..pergi kenduri kawen umah datuk..kawan abah..doorgift dia ada 3 bakul n packing lain2..cara bagi pon nmpak la..bila yg datang tu slam peluk2 which is org berpgkat juga, dapatla yg packing paling "mewah" n bila yg salam tu org biasa (tetamu biasa) dapat yg bakul belakang :)

*nak kawen cepat la cmni..cari keredhaanNYA :)
NAZ said…
kalau lah ada pihak perempuan yang berfikir macam ni. i pilih macam macy tak berkira. kita buat bunga telur je ye macy hahahahaa entry cun
Althafunisa said…
bukan kad pon dah ikut darjat gak ke? kwn2 dok jemput dalam fb jer...
Althafunisa said…
bukan kad pon dah ikut darjat gak ke? kwn2 dok jemput dalam fb jer...
SYAFIQAHSALEH said…
ye bersederhana itu lebih baik :)
Anonymous said…
antara dua darjat
Ihsan Khairir said…
rasa cam nak setuju je dgn pendapat ni... dulu masa adik saya kahwin pun family saya mmg ada buat door gift yg berbeza2 utk tamu2 berbeza... rasa cam tak adil pulak kan
emieysandra said…
setuju sgt!! buat pe nk buat beza2 kn^^
intan.maisarah said…
kenduri sara nanti

cukuplah sekadar bunga telur
untuk semua yang hadir..

teringat dulu
masa sara kecik kecik
ada nasi bungkus untuk kanak kanak
sekarang dah tak ada ye

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya