Posts

Showing posts from July, 2010

sabar dalam Al-Quran

Image
Assalamulaikum, Salam sejahtera salam ceria. Minggu ini masih masih sibuk seperti biasa. Sehinggakan masih belum berkesempatan lagi mahu blogwalk seperti biasa apatah lagi makan cendol bersama sis adah seperti yang di plan-kosong kan. Sabtu ini pula maCy ada reunion bersama ex-smapl batch '07, known as Genesis '03 . Maka terpaksa ditangguhkan lagi lah janji temu kita ya sis? Tidak sabar rasanya, sudah 5 tahun tidak ketemu dengan sahabat lama. Moga-moga plan menjadi seperti yang dirancang. Berbalik kepada tajuk entry, ujian itu ibarat darah daging dalam perjalanan kehidupan. Ujian serta dugaan itu barangkali adalah sekadar 'selingan' sebelum Allah memberikan satu-satu nikmat kepada hamba-hamba-Nya. Dan yang pasti, harus diingat, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ." (Al-Baqarah : 286) tengok sunset time kat pulau~ tiada kena mengena dengan entry Justeru, di sini maCy mahu berkongsi himpunan ayat-ayat yan

surat buat seorang blogger...

Image
Assalamualaikum.. Kali ini biar gambar sahaja bercerita... saye owner blog~ ni AsaDa Ryutaro, pemilik blog ni ( Klik Sini ) dalam surat ni saya nak bagitau something kat dia.. ~sebenarnya... v v v itu saja.. yang you all fikir lain tu kenapa?? ki3 ha, sweet kan? saya memang sweet pun ;p AsaDa Ryutaro, birthday on 28th July 198* Sahabat dunia akhirat. Kami kamceng. Fullstop. Dulu namanya selalu masuk entry maCy. Sampai tahap kadang-kadang sengaja exclude nama, sebab selalu sangat dah masuk. Sampai kawan kampus, ilham , tanya, "asada tu kawan maCy ke?, macam dah kenal lama je" . Dan paling tak boleh tahan, ada yang komen kat shoutbox tanya "maCy ada apa2 ke dengan asada?" . Tidak lah! Ketawa geli hati. Macam mana boleh baik? Entahlah. Kebetulan sahaja. Dia baik dengan semua. Cuma mungkin agak selesa untuk bercerita dengannya. Tapi sekarang dia dah jarang datang blog maCy, sangat jarang ok? Dah tu, tak jadi top commentor lagi. Siap perasan blog maCy sudah bertukar ru

maCy sudah pulang!

Assalamualaikum.. Lama ya maCy senyap sahaja? Sebabnya maCy ke Pulau Perhentian. Dan telah kembali pada 25hb yang lalu. Sangat seronok. Sangat banyak cerita ingin dikongsikan, kisah sesat, kisah hanyut dan kisah apa-apa lagi~ Tapi entah macam mana boleh demam ni. Badan panas semacam sahaja. maCy baru bangun ni. Tidur dari sepulangnya dari kelas, dan bersambung sehingga malam dan berdaya akhirnya jam 5.30 pagi. Diajak ke klinik tidak mahu pula. Sengaja mahu membiarkan sel darah putih bekerja keras sedikit. Masih tidak ada tenaga untuk blogwalk. Maaf ini entry orang sakit. Yang pasti, insyaAllah esok ada entry lagi :) p/s : abang sudah keluar hospital semalam. alhamdulillah..

mesej

Image
Assalamualaikum.. Rasanya ini entry terakhir maCy sebelum maCy ke Pulau Perhentian Khamis ini. Program Pedagodi P&P dan Eksplorasi Marin adalah projek kami semester ini. Balik nanti pasti kulit maCy hitam sunburn punya. Hitam tak apa, jangan kulit sensitif jadi apa-apa sudahlah.. Malam tadi maCy dapat mesej dari nombor ni, 013644****. Bila ditanya siapa tak berbalas pula. Ini isi mesejnya ; "Duhai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tak terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan manja, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu pemimpin pada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah lelaki itu sedang membina kepimpinannnya bagi memimpi n dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar-benar layak pasti hadir untuk melengkapkan dirimu.." Ihsan google Tak tahu kenapa atau siapa. Tapi barangkali kerana status maCy di Facebook, "Don&

abang vs abang angkat

Image
Assalamualaikum.. Salam mesra, salam satu agama, salam satu bangsa, salam satu malaysia~ Alhamdulillah, hari ini mood agak ceria. Terima kasih atas doa dan semangat oleh rakan-rakan blogger semua pada entry lepas. Semuanya amat-amat maCy hargai, dan harap dapat terus mendoakan agar segalanya segera kembali seperti biasa. Abang maCy telah keluar icu dan masuk ke u c me pula. Eh, maksud maCy ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah. Bermakna telah keluarlah dia dari saat-saat genting. Sewaktu di dalam kelas kimia, satu mesej masuk, menandakan dia telah meng'update status Facebook. Gembira! Itu sahaja yang mampu maCy katakan meskipun status itu sedikit menakutkan maCy kerana sedikit sebanyak menceritakan situasi yang berlaku sebelum ini.. Tandanya dia sudah sedikit bertenaga.. "my heart stopped 4-4x. i was in 'code blue' n thre were 10-15 specialists who were asked 2b on stndby. i wldnt hv made it if it hppnd outside of ICU & my chnce of surviving was ,50%. mati hidup semu

nasihat dari seorang abang

Assalamualaikum dari Kuala Lumpur.. maCy saat ini berada di rumah abang di Kuala Lumpur. Lewat petang semalam dijemput oleh abah dan abang untuk ke hospital bagi melawat seorang lagi abang yang dimasukkan ke hospital pagi semalam. Jam 9 malam semalam, kakak ipar meminta kebenaran doktor untuk membawa masuk adik bongsu melawat abang sulungnya. Dan kaki ini segera melangkah, menukar selipar yang disediakan, dan akhirnya berjalan perlahan menuju ke katil yang menempatkan tubuh abang. Belum pun tiba ke bucu katil, air mata mula mengalir, melihatkannya yang terbaring dengan wayar-wayar di atas tubuh. Bibir ini terkatup tak berkata apa. Biar mata sahaja berbicara. Jari jemari ini menggenggam erat tangan abang. Lalu si abang berkata, "ma, tengok, ape pun adik-beradik kita ada...". Kata-kata biasa didengar. Ingatan agar kami adik-beradik terus akrab begitu. Dia kemudian menyambung lagi, "ma, mati ni boleh bila-bila je. ingat tu.." . Dan air mata ini terus-terusan laju..

Tanya Sama Pokok

Assalamualaikum.. Tiada apa nak dikata. Teringat zaman kanak-kanak. Dan kemudian mengenang pula masa sekarang. Tapi masa lagu ini wujud maCy belum pun wujud di dalam perut. hihi. Apa pun, liriknya sangat bermakna~ TANYA SAMA POKOK Penyanyi: P. Ramlee Filem: Anakku Sazali Tanya pada pokok apa sebab goyang, Nanti jawab pokok angin yang goncang, Tanya sama langit apa sebab hujan, Nanti jawab langit tanyalah awan. Awan nanti kata aku kandung air, Sampai tempat sejuk aku pun cair, Tengok dalam air nampak bayang-bayang, Campak satu batu bayang pun hilang. Tanya sama hati apa rasa sayang, Adakah tandanya nampak dipandang, Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya, Punya tanda-tanda hubungan mesra. Tanya sama hati pernahkah merindu, Tiba masa lena apa mimpimu, Masa berjauhan apa nan dikenang, Bila difahamkan itulah sayang. Jikalau tidak kerana sayang, Kuntuman kasih tak mungkin kembang, Andainya jemu mengganti rindu, Jambangan mesra tentulah layu. Tanya sama hati pernahkah merindu

Blogging bermakna. Apa kata anda?

Image
Assalamualaikum semua, Salam ceria salam bahagia. Maaf kali ini tidak juga dapat maCy bawakan entry yang berunsur ilmiah. Jika dulu apabila ada masa, maCy akan selang selikan dengan entry yang berunsurkan ilmu, sains, info semasa dan sebagainya. Tapi masa kini kian mencemburui lalu tidak berkesempatan lah maCy untuk buat further research on certain topics. Yalah, mahu berkongsi pun perlu terlebih dahulu mencari ilmu, agar tidak salah perkongsian yang dibawa. Berbalik kepada tajuk. Apa sebenarnya faedah blogging dari mata kita sendiri para blogger? Maklum, setiap individu punya sebab sendiri untuk giat berblogging. Tapi sejauh mana blogging ini bermakna kepada kita? Atau blogging ini sekadar mampu mengisi masa terluang sahaja. Namun, bagi maCy, mengisi masa juga merupakan antara faedah yang maCy perolehi dari berblogging ini. Tidaklah seperti dahulu, masa terluang dipenuhi dengan menonton drama jepun atau movie sahaja. Bukan apa, ada juga sahabat yang tertanya-tanya, bagaimana maCy bole

Happy Birthday!

Image
Assalamualaikum semua! maCy lama sudah tidak berceloteh membebel serta berkata-kata di ruang maya. maCy seriously amat sibuk. Tak lama lagi maCy dan ahli unit (kelas) maCy akan ke Pulau Perhentian untuk Eksplorasi Marin. Makin sibuklah kami apabila terlalu ramailah pensyarah yang mahu menyertai kami. Dan bertambah-tambah sibuk lah apabila Timbalan Pengarah IPG maCy juga mahu turut serta. Lalu maCy yang ditugaskan sebagai bendahari sibuklah berlari-lari mengejar kesibukan kuliah sendiri dan jadual pensyarah untuk mengutip hutang bagaikan along bertauliah. ~sirius maCy termimpikan Timbalan Pengarah semalam. Bertapa stress kerana susahnya mahu berjumpa dengan orang besar-besar ini! huh Tapi bila teringatkan petang khamis lepas kami sekelas bersepah-sepah di bandar Melaka mendapatkan dana bagi meringankan perbelanjaan kami nanti, sungguh kelakar rasanya. Tapi sukarnya menjalankan program sendiri, Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan kami juga terikat dengan beberapa program wajib sebaga

Entry ini kosong

Image
Assalamualaikum.. Lama sudah maCy menyepi bukan? Maaf dipinta, bukan sengaja. maCy benar-benar amat sibuk dengan banyak kerja. Tetapi alhamdulillah, masih mampu menghidupkan hari-hari yang sibuk itu. Apa yang penting, pandai lah 'cover' masa dan kerja dan fahami keperluan orang lain juga. Gambar hiasan. maCy suka pantai Baru-baru ini maC ke Seremban bersama-sama dua orang kakak senior, untuk melawat sahabat yang sakit. Tidak begitu rapat tetapi hendak kata tidak langsung pun tidak juga. Maka, terdetiklah di hati untuk sama-sama menziarahi si sakit apabila mampu, semoga bila sampai waktu kita, tidak susah seorang diri. Dan baru-baru ini juga, ibu kepada seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah. Sedih rasanya bila yang disayangi pergi. Namun, semestinya perlu diingat, yang pergi tak akan kembali, yang hidup pasti juga akan mati. Al-fatihah... Berbalik kepada cerita, setelah ke Seremban, kami bergerak ke Kuala Lumpur dan berjalan-jalan sebentar mengikut suka hati kerana tidak