Posts

Showing posts from February, 2017

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL (Part 2)

Image
Assalamualaikum.  Lama sungguh nak dapat masa update second part ni.  Hihi. Ok,  last time maCy share jalan kat Galeri Kuala Lumpur kan.  Then kami jalan lagi area berdekatan iaitu Dataran Underground. Memang dekat. Depan aje.  Hihi.  Untuk yang belum tahu,  Dataran Underground tu betul-betul terletak di bawah Dataran Merdeka. Kebanyakan khiosk dan kedai masih tutup masa ni. Tapi ada satu lagi tarikan masa kami datang iaitu Galeri Mural Cheritera. Pada mulanya cuma nak ambil gambar je,  tapi then ada anak muda yang cuba mempromosi galeri mural ini. Suami tak mahu masuk,  tapi maCy kata jom lah cuba,  boleh tulis blog.  Haha.  Jadi selaku suami yang penyayang,  dilayankan sahaja isterinya ini.. Entrance fee RM5 untuk seorang.  AqidSoleh free of course.  Overall tempat tu masih dalam penambahbaikan.  Ada ruangan yang belum siap sepenuhnya,  digantikan dengan pameran hasil karya pelajar. Secara ringkasnya,  bila masuk,  memang mural semata.  Ada lah sikit-sikit

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL? Part 1

Image
Assalamualaikum, Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di Kuala Lumpur? Here,  aktiviti kami suami isteri dan baby dengan RM50, tapi of course tak termasuk kos minyak kereta, parking dan tol.  Kalau nak kira sekali ummm,  tak berjalan lah pulak kita.  Hehe Mula-mula kami ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka.  Bayarannya ialah RM5 seorang. Disebabkan tak plan,  kami pun tak tahu sebenarnya ada entrance fee atau tidak.  Haha. Tapi jangan risau,  RM5 tu nanti ada gunanya. Sila beratur ya Banyak info dan sejarah tentang Kuala Lumpur,  ibu negara Malaysia ni yang mungkin kita tak tahu kat sini. Sempena chinese new year Lepas jalan sikit kat bawah,  kami naik ke tingkat 2. Ada tayangan video yang memang menarik kerana disertakan dengan miniature (sebenarnya tak tahu nak gelar apa.  Haha) Kuala Lumpur yang bewarna warni. Kat situ akan highlight sekali bangunan yang berkaitan dengan video yang ditayangkan. Ha nampak tak ad