Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL (Part 2)

Assalamualaikum. 

Lama sungguh nak dapat masa update second part ni.  Hihi. Ok,  last time maCy share jalan kat Galeri Kuala Lumpur kan.  Then kami jalan lagi area berdekatan iaitu Dataran Underground. Memang dekat. Depan aje.  Hihi.  Untuk yang belum tahu,  Dataran Underground tu betul-betul terletak di bawah Dataran Merdeka.


Kebanyakan khiosk dan kedai masih tutup masa ni. Tapi ada satu lagi tarikan masa kami datang iaitu Galeri Mural Cheritera. Pada mulanya cuma nak ambil gambar je,  tapi then ada anak muda yang cuba mempromosi galeri mural ini. Suami tak mahu masuk,  tapi maCy kata jom lah cuba,  boleh tulis blog.  Haha.  Jadi selaku suami yang penyayang,  dilayankan sahaja isterinya ini..



Entrance fee RM5 untuk seorang.  AqidSoleh free of course.  Overall tempat tu masih dalam penambahbaikan.  Ada ruangan yang belum siap sepenuhnya,  digantikan dengan pameran hasil karya pelajar.

Secara ringkasnya,  bila masuk,  memang mural semata.  Ada lah sikit-sikit selain mural.  Jadi sebaik sahaja kita masuk,  kita akan diiringi dengan seorang panglipur lara lah kot, yang akan menceritakan kisah-kisah dongeng melayu dan kisah rakyat seperti Si Tanggang,  Batu Belah Batu Bertangkup, Pak Pandir dan sebagainya. Jadi,  sebenarnya lokasi ini amat baik untuk anak-anak yang pada era ini hampir tidak lagi mengetahui cerita-cerita dongeng zaman dahulu.



Seterusnya terdapat satu bahagian di mana lukisan-lukisan hantu dipamerkan.  Terdapat juga tayangan berkaitan mistik di bahagian itu.  Boleh lah tengok rupa hantu pocong,  penanggal,  raya dan lain-lain hantu. Hehe


Jadi worth it tak RM5 yang dibayar tadi?  Semuanya bergantung kepada penerimaan kita,  sekadar untuk 'melihat' atau untuk menimba sedikit sebanyak ilmu yang ada. Sejujurnya ada cerita rakyat yang maCy pun tak tahu,  masuk baru tahu.  Haha

Selesai di Galeri Mural tadi,  kami berjalan lagi di Dataran Underdround.  Terdapat food court di bawah tu ye kalau nak isi perut. Kami dah bawa bekal nak tunggu makan dalam kereta je.  Hehe.


Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya,  kami mencari surau untuk menunaikan solat.  Berpusing juga mencari sebab tak cukup penunjuk arah lah bagi kami.  Tapi apa pun alhamdulillah selesai dan mudah.

Jadi, 
Galeri KL RM5 x 2 orang
Galeri Mural RM5 x 2 orang
= Jumlah setakat ini ialah RM20.

Lokasi seterusnya? Tunggu next entry.  Bulan depan lah pulak kot.  Haha.  Mana sempat nak update selalu..

Tq for reading.  Byeeee

Comments

Perkongsian yang menarik macy
beautiful_rose said…
hahahha tak sabar nak tunggu next entry
Seorang Syed said…
wahhh suka pergi tempat macamni ya. Kalau syed RM50 tu boleh habis dekat makanan ja semua haha.
xpnh p situ lg..tp nmpk best.
Nour Adieb said…
sy minat juga p tempat galeri ni 😍
Pha Is said…
murah jugak.. kat penang ni banyak muzium tapi semua mahal2 sebb semuanya muzium swasta.. hehehe
Adam said…
Tak tulis lagi ke
Nina Mads said…
tak sangka kt kl ada muzium mcm ni igtkan luar kl
dear anies said…
dah lama x dtg sini... yg sy tau kat byk buat aktiviti2 menarik termsk lah mural ni...

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya