Tuesday, December 27, 2011

Oh Yusry KRU!

Assalamualaikum.



Semua pun tahu kisah Lisa Surihani dan Yusry KRU kan. Selamat berbahagia keduanya. sroooot~

I was a big fan of KRU. Err, I am, still. Cuma sekarang KRU sibuk dengan produksi mereka jadi kurang lagu hot hot seperti dahulu kala. 

When I was about 4 to 5 years old, few of my cousins and siblings buat macam dancing competition saja saja dalam rumah. My sister and cousins buat lagu irama Malaysia, lagu Siti Nurhaliza dan apa tah lagi. The older cousin pasang kaset pada radio, dan uruskan penyampaian hadiah which was we all guna piala-piala abang kakak dalam sukan. Like real. huhu

I could still remember one of my cousin terjatuh waktu menari then dia buat-buat macam sengaja bagi terjatuh, like it was one of her dancing part. haha. And me? I chose untuk menari lagu rap KRU and I managed to make one step which got a big clap from the 'audience' aka my cousins and siblings tu.

See, I am their big fan since I was a kid. And surely my biggest crush is Yusry KRU! Oh, abe Yusry. maCy ingat abe Yusry sanggup tunggu maCy habis belajar. sob sob

Here is one of KRU's song late 90's. One of my favourite salain yang rancak-rancak tu. Apa Saja Untukmu.


Tapi untuk kali ini, maCy dedicate lagu ni khas buat Yusry KRU. Janji Tinggal Janji~


Oh kasih... sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku... kerna mu~

Abang Yusry, akan maCy simpan pembalut cikedis kenangan percintaan kita.. SOb sob

Hehe. Ok lah. Sebelum maCy semakin mengarut. Selamat berbahagia Lisa dan Yusry. Tata~ :)



Cuti bakal berakhir~

Thursday, December 22, 2011

renungan

Assalamualaikum



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.

Renung-renungkanlah dah selamat menuntut ilmu serta mengamalkannya! :) -->


Monday, December 19, 2011

Perlukah subjek Pend. Islam diwujudkan di universiti?

Assalamualaikum.

Subjek Pendidikan Islam. Bunyinya seperti sering didengar, kelihatannya seperti tidak penting sahaja, bukan?



Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan telah membelakangkan aspek rohani. Sehinggakan seringkali disebut singkatan JERIS berbanding IRESJ iaitu keutamaan pada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berbanding membawa aspek rohani ke hadapan. 

Benar, masing-masing sudah mulai meningkat dewasa maka santapan rohani boleh diusahakan oleh individu itu sendiri berlandaskan kesedaran kendiri. Namun, selantang mana kita membuah bicara, masih tidak dapat menafikan tegarnya gejala keruntuhan akhlak yang kita hadapi era ini.

Jika di universiti boleh diwujudkan subjek untuk membekalkan kemahiran komunikasi kepada para siswazah demi menghadapi temuduga juga alam pekerjaan, mengapa tidak boleh diwujudkan satu waktu untuk Pendidikan Islam bagi membekalkan peringatan buat bekalan sepanjang hayat?

Belia diharapkan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Tetapi apa gunanya jika pelapis itu mendapat anugerah diraja pada hari konvokesyen mereka tetapi cetek pada ilmu agamanya. Lihat sahaja kepimpinan pada hari ini, tidak perlu menuding jari pada siapa-siapa. Cermin media massa sudah terbentang luas memantulkan hakikat pemimpin kita. Gejala rasuah? Judi yang dihalalkan? Riba yang dimestikan? Atau pemimpin yang gagah di medan perjuangan mahu membela nasib rakyat sedangkan belum mampu menyuruh isteri sendiri melitup aurat sempurna. 

Juga tidak perlu diceritakan lagi betapa nazak negara kita hari ini dengan pelbagai kes murtad, rogol, seks songsang dan sebagainya. Manusia ini pelupa. Semakin tua semakin pelupa. Maka, apa salahnya sebelum usia tua menjengah, peringatan demi peringatan disalurkan terutamanya pada saat kritikal sebelum belia dibebaskan untuk menjalani kehidupan sendiri, iaitu ketika belia, malah maCy sendiri berada di peringkat universiti.

Maklum, Pendidikan Islam sudah diwujudkan bermula dari sekolah rendah lagi. Tetapi apa salahnya disesuaikan dengan peringkat usia serta keperluan dalam membina benteng dalam belia sedang senak disogok dengan pelbagai hiburan duniawi. 

Di surau misalnya, ada dijalankan ceramah juga aktiviti sebagai pengganti. Tetapi sejauh mana dapat memaksa semua penuntut universiti menghadirkan diri dalam kekangan masa dan tugasan menjadi zikir sebagai alasan. Malah, untuk diri maCy sendiri. Maka, barangkali pengisian masa subjek Pendidikan Islam yang pendek itu sedikit sebanyak mampu mengusik hati saat kita, maCy, terleka.


Semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy.



Mengetuk keyboard sambil menghala mata menonton sinetron.
Teringat kisah pelajar lelaki tajaan Petronas yang berkahwin juga dengan lelaki di Dublin seperti yang digembar-gemburkan  tahun lepas.

Friday, December 16, 2011

triffles + Novel Noor Suraya

Assalamualaikum.

Tadi Intan Maisarah call. A good blogger friend, my twin my sweetheart my darling. Remind me on Asada Ryutaro, Rin Catherine, Lucifer, Iqbal Syarie, etc etc yang dahulu sama rajin update sama rapat dan kini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. 

People changed, so do I.

Um, tadi maCy pergi kedai buku tau. Terjumpa buku 'Oh, Mudahnya Menjahit Baju Kurung' tapi finally hampir-hampir bayar maCy tukar dengan Majalah Solusi.. Sebab.... Boleh ke belajar benda praktikal macam tu melalui pembacaan sahaja? Geram pula tak beli tadi.



Oh, see apa yang maCy buat semalam. Triffles! Tapi rupa tak cun. Apa yang penting, rasanya memang yummeyh! Haha. Plan mahu buat apam polkadot hari ini sebenarnya. Tapi mak bising suruh habiskan dulu apa yang ada. Huu~

Few friends keep asking me to write novel. Tapi kan... I hardly read one, so how can I write one? Even cerpen pun ya Allah malasnya nak baca. The only novel maCy habis baca seumur hidup adalah 'Surat Ungu Untuk Nuha' dan 'Panggil Aku Dahlia'. Both by Noor Suraya. Even Ombak Rindu maCy tak habis baca tahu? ~Ok, sebenarnya maCy siap tertidur lagi baca Ombak Rindu walaupun sebenarnya baca depan dan belakang aje. hehe

If you have same 'taste' with me in reading, I think you might fall in love dengan tulisan Noor Suraya juga. Bahasa yang cantik, kurang imaginasi percintaan romantik melampau dan yang paling penting, watak-watak dalam novel beliau biasanya terdiri daripada watak yang mempunyai nama yang biasa-biasa dan tidak dicirikan dengan rupa paras yang serba menarik dan indah seperti kebanyakan novel cinta di pasaran. Try baca!

Err.. My nephew is crying now. Got to go. See ya later! :)


Teringat pula kisah buat kek, entri tahun lepas. Teruk betul. Huhu

Tuesday, December 13, 2011

the only puding this year


Assalamualaikum.

Here I come. Sebulan without updates. My eldest brother ke Mekah jadi sibuk jaga anak-anaknya 6 orang. Tambah-tambah selalu kakak balik bawa anak-anak saudara lain, jadi penuhlah rumah.

Cuti panjang tahun ni sebenarnya maCy berangan nak belajar menjahit dengan mak. Tapi tak berkesempatan. Main masak-masak pun tak sempat. Baru semalam mula. Tapi bahan pula serba tak ada. Jadi dapat buat benda simple dengan apa yang available sahajalah.





Puding karamel yang sangat lah simple bahan memang surely available dalam almari dapur. Dikurangkan manis agar boleh dimakan oleh abah yang tak berapa nak boleh makan manis tu. Tapi dibantai durian banyak-banyak aci pulak. =="


Aiskrim laici. Ala-ala main masak-masak dengan adik-adik je buat ni. Haha. Tapi my nephew and niece tersangat lah suka. Nama pun aiskrim kan..

How I wish my sister, Kak Sya ada dengan maCy. Boleh buat sama-sama. I love pudding while she loves to bake cakes. Tapi ape pun she's better at dessert lah. Dia study food biotech jadi memang banyak belajar macam-macam. Untung!

Ok. That's all for now. Nak ajak kakak (another sister) pergi kedai beli tepung kastard, serbuk koko and few things lagi. Mood tengah rajin. Cuba dulu jadi tak jadi belakang kira.Hihi. Tata~


Senyum senyum senyum senyum.
Sorry lama tak sempat visit even before ni updates few times.
dan err, pakai header yang pernah pakai sekejap. boring dgn yg lama. nak buat yg baru busy pula.

Monday, November 21, 2011

cinta pertama

Assalamualaikum.



Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa.

Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa.

Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur janji sehidup semati, dipanah hati si gadis dengan kata-kata cinta lunak bahasa. Bila tiba saat ada, terbuka mata seluasnya mencari tingkah yang salah. Dilontar suara tinggi bergema melepas amarah. 

Lagu cinta lama bermain di dalam kepala. Indah, asyik. Seasyik air mata yang deras mengalir tanpa dipinta. Mengimbau saat indah yang sementara. Mengenang dia yang masih.. Masih dicinta seadanya... 



Ops. Tulisan ini tidak sesekali mencerminkan emosi saat ini. Sudah mula menutup papan markah lama. Cuma meletakkan diri dalam kantung rasa yang pahit untuk mengizinkan jemari ini kembali menulis. Rasa tenang dan gembira merencatkan pertumbuhan idea. Barangkali kerana permulaannya adalah duka..

Once posted at skandaldarilangit.

Tuesday, November 8, 2011

i heart you

Assalamualaikum.


I'm appreciating someone who always make me a priority and never ever make me an option.

It's him.


 


;p



mr. defender alan no.3, ily~

Saturday, November 5, 2011

legging with tudung

Assalamualaikum.



Legging with tudung. What's that? It is not trendy at all. You doesn't look pretty at all. You won't be called fashionista (by me). You look terrible of course. 
Dear sister, what's the purpose of wearing tudung in the first place? Think!
Isu ni dah lama, I couldn't stand anymore.

Tuesday, November 1, 2011

Good Time

Assalamualaikum.

A week before final exam. This semester going just great. Seriously.


 Having great circle of friends during School Based Experience

Our Science Fair been praised by everyone :)


Dapat makan almost everything I craved to eat. Pizza Hut, US Pizza, Secret Recipe, Seoul Garden. 

This semester I really put all my stress onto food. Then now my pocket is empty. Huu


Having good friends. She is one of them. We commonly have same taste esp in foods and movies. That's why its fun to bring her along :)

And ah, one the thing I love most is to be able to capture memories even without a DSLR. hihik


Trip to FRIM and Zoo Negara was light and fun. Short trip we ever had. Just to let us carry out our practical task.


 Trip to Tg Piai was fun. It wasn't the trip organized by us, so thanks to da senior :D

 
 Taman Rama-Rama, Melaka. Menumpang task BIG cikgu-cikgu senior. Thanks to Pn. Rohaya, my lecturer sebab ajak me and others ikut sekali. Plus, it was freeeee :D

Ah, and lusa ada dinner for Science Department. But for now I can't eat anything I want :(

Anyway, the only thing that matter for now is my final examination. Wuuwuu. Pray for me okies? 

Hopefully next semester will be going just fine too :)

Wednesday, October 26, 2011

dear ex : quote

Assalamualaikum.



Dear ex, just because I'm nice to you, doesn't mean I want you back. Sincerely, I'm just a nice person.

Just quote.
Nothing to do with personal life.
I once, create a signature.
A combination of two names.
But it was in the past, currently I'm too busy falling in love with my summer <3

Wednesday, October 19, 2011

Pandang Pertama

Assalamualaikum.

Pandangan pertama. Perempuan mudah jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar, sedangkan lelaki mudah jatuh hati pada apa yang mereka lihat. Tapi itu sebenarnya bukan apa yang mahu dibicarakan kali ini. Tetapi berkenaan dengan pandang pertama atau kata lainnya, first impression.


Dibaca dari satu teratak yang sering saja membawa maCy ke laman pemikiran di luar kotak, kali ini mencuri sedikit isi dengan penulisan dan perkongsian yang dasarnya sama tapi berbeza cungkilan ideanya.

Dipetik dari sana, "Segala macam benda dan pakai, tak lebih dari wasilah kehidupan.  Jadi, jangan menghukum sebelum mengenal."

Sembilan ratus sembilan puluh sembilan kata setuju, kerana kata-kata itu ada benarnya. Kata mereka, luar cantik  dalam tak semestinya sama. Adakalanya fizikal luaran masih belum mampu menterjemah hakikat individu itu sendiri. Ada yang luarnya pakai mewah, tapi sebenarnya hutang mencekik darah. Adakalanya pakai sedang-sedang sahaja, tapi punya wang bulanan berjuta-juta.

Samalah dengan ilmu. Hatta yang berkopiah putih berjubah sama warna juga ada melakukan khilaf luar dari jangkaan minda. Pandangan pertama barangkali berkata hati lelaki ini pasti penuh ilmu di dada. Sedangkan adakalanya mereka juga punya miskonsepsi perihal agama. Maka usah mudah tunduk akur dengan sekali dengar cuma. Tangguklah ilmu di merata-rata usah dengar hanya dari satu punca.

Tapi yang harus dikata tapi dengan huruf besar, kata mereka, luar cantik dalam tak semestinya sama. Tapi, ibarat ubi kentang. kalau luarnya hitam berkulat, masakan ada yakin dalamnya penuh khasiat?

Tuntasnya, luar dalam perlu sama rata sama timbangannya. Apa yang penting, masing-masing perlu timba ilmu semahunya moga tak mudah percaya, moga tak mudah terpedaya.


Hidup ini jika asyik memandang khilaf yang lain,
diri sendiri terasa tak pernah tak benar walau sekali.
 Maka bersederhanalah.

dan terima kasih, AJ.

Monday, October 10, 2011

Undilah

Assalamualaikum.



maCy rasa dah ramai pun tahu tentang video ni. maCy first tengok video ni dari blog delarocha tak silap. I posted at my FB tapi tak sempat mahu post di sini.

I knew that some of us don't really like the video. Mungkin kerana lebih banyak pihak pembangkang berbanding sisi government. Tapi perlu admit sebenarnya memang ada banyak mesej tersirat, yang baik kita telan yang buruk kita recycle. 

Some people say they don't wanna vote at all. Tapi bagi maCy, satu undian pun penting untuk tentukan masa depan negara kita.

Ingatlah, walau apapun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita


Weeks without update.
Exam mode.

Wednesday, September 28, 2011

penantian

Assalamualaikum.


Senja yang dilitupi langit merah kian hilang diganti gelap langit malam. Kaki masih lagi terjuntai di kaki beranda. Memicit butang telefon bimbit yang masih terkunci. Sengaja dipicit kuat-kuat buat lepas geram penantian khabar kekasih hati yang sudah lama berdiam diri.

Kau sedang sibuk. Begitu juga aku. Tapi di mata aku kau masih kelihatan tiap malam di dada langit. Di hari siang wajah kau tetap juga aku terbayang seakan menemani pemanduan aku sehari-hari. 

Kelopak-kelopak bunga yang kau hadiahi kemarin sudah mulai layu selayu rasa hati aku saat ini. Cuba aku cari ke mana hilang harumannya. Senyumlah, kerana harumannya masih mekar di dalam jiwa.

Secebis lagi kisah cereka duka.
Lama aku menghirup perit luka dari merasa manisnya gula-gula kapas. Sehinggakan aku hanya pandai mengait kata duka dari memahami indahnya menikmati pelangi petang. Bahagia aku, izin biar aku sahaja yang tahu. Kerana bahagia aku seisi dunia turut mahu cemburu.

Saturday, September 10, 2011

::. kapal terbang kertas

Assalamualaikum.


Kapal terbang kertas ada nota.
Dilempar terbang hinggapnya pada siapa?

Introducing my second blog, kapal terbang kertas.
Ruangan catatan pendek, catatan jiwa merdeka.
Just quotes and short thought.


Teratak ini masih nyawa~

Wednesday, September 7, 2011

Final SBE '11


Assalamualaikum.


I'm supposed to prepare for my next micro-teaching this Friday. My friend hit me real hard just a few moments ago because since I haven't prepare ANYTHING. ha ha. The schedule is too pack so I really shouldnt postpone any longer.

Back to the topic. Actually this cerita is a basi one but I still wanna share with you readers because it was my forth and last school based experience (SBE) and it was the greatest SBE among all. Next semester I gonna face practical phase already. Fuuuu~

It was great, seriously. There were 15 of us. I'm the only one from Malacca campus, and the others were from kampus Antarabangsa, Kota Bharu, Kuala Lipis, Cheras and Sultan Mizan. 

15 of us!

Big thanks to Mija, Nad, Elliey, Norus and Aina. Six of us were sOoo close so mostly we spent all the time together, even when we entered classes. 

Nad, Aina, Norus, Mija, Elliey, maCy

There were 15 of us but I felt like there were just 13 of us. But still everything was fine and fun. The other great thing besides friends was the school environment. Very good and committed teachers. Salute!

To all esp yg di atas ni, Aena, Nad, Norus, Elliey, Mija, Azami, Din, Azuwan and err sorry to the other 3 guys maCy tak tahu nama >.<"", miss you guys so much. Hope to see you next time. Good luck ;)

Okay, sambung buat kerja. Jangan rindu-rindu! ;)




Bulan 9 ni tersangat pack, doakan maCy tak demam ok!
Hey Intan Maisarah, imy :)

Monday, September 5, 2011

life

Assalamualaikum.



Life is not about yourself but it involves people around you.
Family, friends, lovers, and even stalkers.

I don't care how much you hate me.
cz its hurting yourself, not me.

p/s : alang, Rawr =)

Thursday, September 1, 2011

raya. short update

Assalamualaikum.

Salam aidilfitri salam merdeka everyone! My sister is getting married this Saturday so we are quite busy with the preparation.

Seems like everyone is enjoying their raya holiday. Twitter sangat kosong. Facebook pun kalau dapat 5 likes pun cukup baik. hihi. I have a lot to write actually. Merdeka. Raya. Previous SBE (School Based Experience). Tapi sibuk. That's why sometimes I am just updating a short meaningless crap. huhu
 

Me and my second nephew on 1st raya. It wasnt baju raya actually. But that orange kain was given by someone so I made it into baju kurung and wear it on 1st raya :)


That's all for now. maCy mahu sambung buat bunga telur pula. Janeh! :)


Rumah mula penuh dengan siblings and kids.
Family is the greatest treasure :)

Monday, August 29, 2011

tunggu sekejap

Assalamualaikum.

tunggu sekejap!
aku belum bersedia.
tunggu sekejap!
amalku belum cukup sempurna.
tunggu sekejap!
*zap*
maaf. kini sudah tiba ajalnya. tunggu sekejap angan cuma.

Ilham tulisan AkuBukanMalaikat

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua.
Ikhlas dari Macy Humaira, dan teman SkandaL dariLangit.

Saturday, August 27, 2011

diari ramadhan ke 26

Assalamualaikum.


Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja.  Sebentar lagi Imam  akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya. 


Mata meliar sebentar ke kiri kanan hadapan serta belakang. Kiri kanan dipenuhi wanita-wanita berusia yang sudah berkedut kulit wajah mahupun tangannya. Di hujung kiri ada seorang wanita tua duduk di atas kerusi sahaja. Meliar pula mata ke hadapan. Di tengah saf kedua lelaki barangkali, seorang lelaki bertubuh melidi juga di atas kerusi. Sakit pasti. Tapi tetap menggagahkan diri menyahut seruan malam-malam terakhir Ramadhan. Dikilas badan ke belakang. Mencari raut wajah tegang, wajah gagah serikandi ummah. Ada. Melunjur kaki di sisi dinding sambil menekan punat telefon bimbit.

Ada nya aku pada hari ini di sini, sekali dalam jarang-jarang, sesekali dalam sekali-sekala. Di mana aku pada saat ini pada hari semalam? Jika tidak di hadapan komputer riba, sudah di kamar tidur pastinya. 

Esok. Harapnya digagahi hati ini mengadap sisa-sisa ramadhan kali ini. Jika tidak penuh, harapnya untuk memenuhi 8 pun hati tetap utuh.  Hari esok lusa pun bukan ada urusan ke sekolah seperti hari-hari biasa. Malam ini pun, bukan letih mana lagi-lagi dengan pak imam yang lantang mengalunkan bacaan ayat suci-Nya. 

Sedang siang dalam lapar dahaga boleh pula berpusu-pusu mencari kelengkapan raya.. Mengapa tidak dikejar amalan di malam hari? Mana ada penat? Cuma hati yang malas mencari rahmat.

Salam hari-hari ramadhan terakhir buat semua..


p/s : Jam tepat 12.15 malam. Baru selesai makan kuey teow goreng yang digoreng mak. Mahu masak sendiri mak nak teman last-last mak yang masak. hik2. 
p/s ii : Credit to Sara, kalau bukan sebab dia tak adjust masa buat menulis sebentar. Musim sibuk.

Tuesday, August 23, 2011

mitos

Assalamualaikum.


Menyisir rambut panjang separas bahu yang legap warnanya. Duduk di hadapan cermin memantul cahaya matahari terang menjadikannya perang warnanya. Memandang langit tinggi, cerah namun mendung langit seakan mahu menemani hati yang sedang bergelodak rasa entah apa-apa.

Kembali melangkah perlahan memandang cermin. Hukum fizik meletakkan pantulan objek dan pantulan imej sama darjahnya. Memantulkan imej sebuah kotak kecil jingga warna. 

Apa di dalam? Hati berbisik seakan tidak mahu tahu. Tapi hati di ceruk paling dalam sedia ada tahu. Sebentuk cincin silver bersaiz 8. Kecil sehalus jari tuan empunya badan. 

Gadis bertubuh kecil itu berpaling. Namun mata kembali membalikkan cahaya menangkap imej kotak hadiah pertama si dia. Dibelek perlahan dibuka sengaja. 

Lekas! Hati mendesak keras. Lalu berlari gadis bertubuh kecil itu menggenggam sebentuk kenangan lalu menuju ke tasik tinggalan 200 meter dari lokasi teratak kediaman. Dalam mengah nafas dalam adrenalin mengalir pantas dilontar satu-satunya bukti percintaan yang sudah lunyai itu sejauh yang mampu. 

Senyum. Senyum jujur atau senyum menipu. Biar air mata sahaja yang mendefinisi segala rasa yang sudah lama membeku..


Segalanya mitos belaka..


p/s : At home. Seminggu di sekolah =)

Sunday, August 21, 2011

me

Assalamualaikum.


Yesterday I was ME. Today I am ME. Can't you see the difference?


p/s : Thanks to Intan Maisarah for her raya card, and that note :)
And thanks to you too for the BIG green raya card, with no name. Sweet ^^




Wednesday, August 17, 2011

beloved

Assalamualaikum.


To the one in maroon,
I'll be there at KLIA to wait for you. Welcome home. No matter how fun it was in Melbourne, Australia, I hope you'll be missing me like I do. I miss you more than words can say. I do waited for you everyday on skype, hoping that you're online to make a video call. So I can listen to your voice, so I can see your pretty face. 

And...

I wanna ask you a favor. Can you please don't ever leave me again?


Love, 
ur lil sister.



p/s : ur getting married. we won't be able to chat d whole night again. aite?




Tuesday, August 16, 2011

spread love, not hate

Assalamualaikum.



Think.


p/s : life is so hectic. i need time to blog. to read. to hang out. to work less.

Thursday, August 11, 2011

kesayangan

Assalamualaikum.



Lagu Random Awesome-Yuna sebagai latar.

Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata.

Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi. Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya. 

Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti.

Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma.

12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kembali dari lena yang panjang..


p/s : :)

Saturday, August 6, 2011

yang mudah dirasa susah

Assalamualaikum.


Telefon bimbit. Awalnya tidak pandai untuk mengoperasikan model terbaru, akhirnya menjadi cekap kerana sering menggunakannya. 

Memandikan mayat. Memandikan mayat itu lebih mudah berbanding memandikan budak kecil. Mayat statik tanpa gerak, kanak-kanak melompat adakalanya sukar dikawal. Tetapi kita merasa susah kerana tidak mahu mencuba,  tidak mahu belajar, menganggapnya sukar dan mengkomplekskan yang sunat seperti ianya wajib.

Agama itu mudah. Tetapi menjadi susah kerana tidak mengamalkannya.


p/s : selamat beribadah semua. maaf atas kesibukan. tidak berpeluang menjenguk dan berkongsi ilmu. Gambar atas tu tak ada kena mengena, sekarang tengah mode assignment siapkan video guna kartun cicak dengan siput tu. huhu

Wednesday, July 27, 2011

quote #love hate

Assalamualaikum.


"I don't have time to hate people who hate me because I am busy loving people who love me."


p/s : not in such a stable emotion. err, not because being hate by anyone. this quote is specially dedicated to my sweetheart Syafiqah Amirah. ;)

p/s ii : sara, dakcomot, fay, iema, zaizax, rin~ err you guys still my sweet lolypop too. miss ya! :)

Sunday, July 24, 2011

lagu dan isinya

Assalamualaikum.

When I was still a teenager, err meaning zaman sekolah I was into English songs. Memang tak tahu lagu bm langsung. I listened to MCR, Avril Lavigne, Linkin Park, etc. Kena lah dengan soul pada zaman itu. Dan maCy akan rasa sangat tensionnya! bila dengar lagu yang terlalu slow. Hati keras, degil, always dengar lagu kuat-kuat bila besar ni seriously I can feel the effect, a lil sound trouble @_@

As I grow up, ke tempat baru, kawan-kawan baru, maka environment baru. Err and honestly having a boyfriend pun buat hati lebih lembut. Lol. Then I started to listen to slow music and malay songs. But that isn't what I wanna share today. That's just for the introduction :p

Pada satu-satu lagu, maCy lebih tertarik pada lirik dan bahasanya. Lagu yang paksa maCy concentrate untuk fahami isinya. 

Contoh, mari compare :


Lagu ni sedap, tapi penyampaian makna sangat direct. Dengar masa laloq pun boleh faham.


Lagu ni? Bahasa sangat cantik! And meaningful.


Lagu ini? The best of all. Addictive. Tidak direct.

Itu contoh lagu yang familiar di radio sekarang. Mudah nak compare. Dulu maCy addict dengar lagu Ilusi dan Tolong Ingatkan Aku. Dari aspek bahasanya, buat jiwa melayang saja.. huhu

Ok lah, maCy nak sambung buat lesson plan. Pergi dulu, jangan-rindu ;D


p/s : blog pun maCy baca, more kerana bahasanya. Jadi no wonderlah :)

Friday, July 22, 2011

DSLR. everyone's dream but not mine

Assalamualaikum.

maCy rasa hari ini DSLR menjadi satu fenomena. I have friends who talk a lot about photography and bla bla bla and of course I'm not able to interrupt because I know nothing. ha ha. 

Photography isn't my interest. What I care most is to be able to capture memorable moments in life, and to be able to snap candid photos of the important people around me. 

2008, K550i was my first mobile, which I bought it using my very own saving+hadiah spm. Maka merangkap my first camera. I miss it a lot. There were so many memories captured by it, unforgettable.


Here's one of it. Merdeka 51 celebration. During latihan. Berjemur memang buat kami jadi hitam legam.


My housemate during Merdeka 51 celebration. I miss the time we were together. Kejar bas, makan, minum. Always the six of us. Another one tukang capture gambar. huhu



Still during Merdeka 51. Very funny. I don't really know him. Kedudukan maktab dia waktu koir sebelah maktab maCy. Waktu tu dia rapat dengan one of my housemate, Aifa. And that night masa ambang merdeka, ada abang bomba keep searching for me. Really scary. Okay, maCy memang kurang sikit dengan lelaki. Penakut! Aifa suggested me to stand beside her friend ni. And she told that abang bomba that he was my boyfriend. Then, that abang bomba stop cari-cari maCy and say sorry. Fuhh~ Tapi maCy pun dah lupa nama mamat ni. Lol. Err, actually maCy boleh kira gambar berdua dengan lelaki ada berapa. Tak sampai 5~~ Waktu ni kami pretending, alang-alang berlakon biar sampai orang percaya. keh2



I havent change a bit? Yeah. True =="

Last one. Ini gambar bunga. Ingat handphone murah tak boleh capture gambar cantik-cantik ke? I still can make it blurry at the front ape. hik hik poyo padahal biasa je. Its one of my last gambar yang diambil guna handphone tu sebenarnya. Sebelum riwayatnya tamat pada 2010.


Itu sahaja kali ini. Sebenarnya bukan ini yang maCy nak share tadi. Tapi tak apalah. Tata~ :D


p/s : baru lepas tengok harry potter :D

Friday, July 15, 2011

batu belah batu bertangkup

Assalamualaikum.

maCy minggu ni nak balik rumah. Yeay! Jadi sepeninggalan maCy ni, maCy nak jamu readers dengan video yang maCy jumpa masa search bahan untuk task Teknologi dalam Pendidikan. Dah lama dah ni tapi sangat comel  dan funny jugak. Tengok jom!


Pergi dulu, jangan rindu-rindu! :)


p/s : Thinking of updating my playlist. Any idea? Bosan dengan lagu-lagu sedia ada..