Posts

Showing posts with the label Birthday

kesayangan

Image
Assalamualaikum. Lagu Random Awesome-Yuna sebagai latar. Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata. Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi.  Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya.  Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti. Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma. 12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kem...

30 jan 2011

Image
Assalamualaikum. Awak dari dulu memang sweet. Memang macam perempuan. Hati pun lembut macam perempuan juga. Awak kan gadis pink. Tak macam saya, kepala nak dengar lagu tak Avril, MCR sahaja, lagu slow rasa sakit jiwa. Muka lembut, perangai ganas, awak selalu kata macam tu. Sampai jejaka pilihan pun, awak suka yang smart-smart ala-ala artis korea, untuk saya Billie Joe Armstrong tetap selamanya. Kita kawan. Dulu saya rasa banyak buat salah pada awak, cakap pakai lepas. Awak kata, dalam ramai-ramai saya sorang berani tegur awak depan-depan, yang lain semua pakai okay sahaja. Tapi saya tahu, cara saya kasar, saya cakap straight tak ada simpang-simpang. Cuma, bahasa saya tak adalah kejam. hehe Sampai satu tahap, kita tak bercakap. Gara-gara saya cakap awak kena pergi PLKN, padahal tak pun. Awak marah betul, awak kan benci betul aktiviti lasak macam tu. hihi Makin besar, saya dan awak makin rapat. Bak kata awak, dekat bau tahi, dah jauh bau bunga, mula tercari-cari. Cuma konflik dalam sambu...

rojak story

Image
Assalamualaikum! ;D Eh excited pula. Hari ini maCy berasa amat senang hati kerana telah memulangkan buku kenalan maCy yang maCy pinjam semester lepas. Walaupun call tida k diangkat, terpaksa bertanya kepada pakcik lori, abang yang tolong bawa maCy tu pun berhenti tanya kat kedai runcit, tak apalah asal selamat sampai. Ditambah dengan sebelum ini pernah tanya pakcik-pakcik semua tak tahu, jadi maCy buat muka tak malu minta senior maCy, abang afiq untuk bawa ke sana drop buku. Tak pernah-pernah mesej beliau tiba-tiba minta dari kawan nombor dan terus minta tolong. huhu Wah bebel panjang. Sebenarnya hati maCy benar-benar lega walau sedikit luka dila yan sebegitu rupa. Tak apa, yang baik kita kecohkan, yang buruk kita simpan di ceruk hati paling dalam. motif gambar ni? saje nak cakap yang maCy ni rabun sebenarnya. haha Ah, hari ini birthday maCy. Jujur maCy tidak pernah sambut. Lagipun buat apa celebrate umur naik, celebrate umur panjang tak apa. hihi. Hadiah terbaik maCy ialah bertemu de...

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Image
Assalamualaikum. Tanggal 16 Januari 1990, lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.06 kg. Hari demi hari, tahun demi tahun, membesarlah bayi tersebut dengan sepenuh kasih sayang. 1990 menangis tanpa diingati sebabnya 1997 kot. hari graduasi kakanda abang longnya form 3, 2005. kem krs daerah seremban selatan yang disertainya form 5, 2007. gambar lain miliknya di zaman sekolah Sini 2010. reunion sekolahnya Kini? 2011? Mungkinkah begini sentiasa? Tapi hakikatnya masih begini.. ==" ;D Semoga beliau cepat matang. Diharapkan semua dapat mendoakan beliau murah rezeki, selamat iman, dan dikurniakan jodoh serta anak-anak yang soleh serta solehah. Selamat blablabla ;p Edit ;D Gurau sahaja. 3 tahun lagi sebelum tamat study. Macam-macam boleh jadi. :) p/s : kata Abah, kita kena doa walau untuk generasi yang belum ada~ p/s ii : thanks fayzaitul akmar, sangat happy dating dengan kamu tadi^^

buat abang

Assalamualaikum, Hari ini ulangtahun kelahiran abang long maCy. Bukan 'abang'. Ini abang betul. Abang long tu cuma gelaran di FB sahaja. Kadang-kadang kami adik-beradik bahasakannya kekanda. Sudah 3 bulan berlalu. Seakan baru semalam maCy menulis entri nasihat dari seorang abang . Sudah 20 tahun berlalu, seakan baru semalam merasai saat didukungnya. maCy tak ingat banyak kenangan dengan dia. Mungkin kerana jarak usia yang terlalu jauh. Tetapi ketahuilah sejak kecil abang jie adalah hero di dalam hati, maCy menyimpan hasrat mahu menjadi peguam sejak kecil lagi, sehinggalah akhir Tingkatan 4. Semata-mata kerana abang jie ialah seorang peguam, dan maCy mahu mengikut jejak langkahnya. See, sejak kecil, dialah inspirasi. Di Tingkatan 4 dan 5, maCy bersekolah di sekolah asrama 20 minit dari rumah. Abang jie juga bekerja di sana. Tetapi, setiap kali pulang di hujung minggu, abang jie kebiasaannya telah bergerak kembali ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Selalu maCy berk...

untukmu abah

Image
Assalamualaikum, Hari ini maCy rasa sihat tidak sihat. Dari semalam lagi rasa macam ni tapi maCy buat dek sahaja siap pergi keluar tengok movie The Other Guy, makan Pizza balik terus rasa macam nenoneno sahaja. Kepada follower setia blog ini, masih ingat entry kenapa begitu abah ? Hari ini sebenarnya baru betul tarikh ulangtahun kelahiran beliau. Jadi, walaupun abah tak baca blog. Selamat hari lahir, abah. ma sayang abah sangat. Semoga abah terus panjang umur, sihat selalu, murah rezeki, etc, etc. Mak dan abah yang tak ternilai pengorbanannya Abah di usia 64 tahun, masih kuat. Kredit to kak sYami yang edit. Tiba-tiba teringat, dulu bila balik rumah dari hostel, terutamanya jika berpuasa, abah mesti pergi belakang rumah ambil air kelapa untuk anaknya ini. Wajahnya kini masih ada riak garang, tapi bila ditembusi, lebih nampak riak penyayang.. Abahlah hero kesayangan yang tiada galang gantinya. p/s : sayang abang Jie jugak. Nak cakap depan-depan malu. kekanda abang long besdaynya 23h...

kenapa begitu abah?

Assalamualaikum, Entry ini panjang, bersifat sedikit peribadi, meluah rasa yang adanya terpendam.. Abah, Dahulu ma merasakan abah tidak memahami. Sekalipun sebenarnya abah sentiasa memenuhi segala keperluan ma. Tapi dahulu segalanya seakan tertutup kerana seringkali abah berkata tidak dalam banyak hal yang ma minta. Hanya kerana satu, kerisauan abah.. Kerisauan abah yang dahulunya tidak ma fahami.. Tingkatan 1 Abah menghantar ma ke sekolah berasrama jauh dari rumah. Mak menangis. Saat itu abah pertama kali mengucup dahi.. ma? Sedikit pun tidak terasa apa. Dan juga melayan ego sendiri. Kecil-kecil sudah ada egonya. Sememangnya ma dari dulu lagi begitu, bertubuh kecil tapi berhati batu. Tinggal jauh langsung tidak homesick, dan pulang hanya ketika cuti panjang. Kisahkah? Tidak, sedikit pun ma tidak kisah. Bukan kerana ma tidak sayangkan mak dan abah, tapi ma memang begitu. Tidak seperti kak sya yang luarnya keras dan lantang, tetapi dalamnya lembut sahaja. Sehinggakan ketika di Tingkatan...

a story behind two large cokes~

Image
Assalamualaikum~ I am so the very busy, jadi maCy nak buat entry..Takut-takut tiada ruang untuk bergembira nanti, takut-takut nyawa terbang tiba-tiba, takut-takut segalanya~ Here's the story~ It was 2008. We were involved in the Merdeka Day celebration at Dataran Merdeka. We met in the rain, while running catching for the bus. The final day, he asked for my number. At first, I reluctantly gave him mine, but thinking we won't be able to meet again, I just gave it to him. 'Jangan jual kat bangla..' , I said, and he said he won't, then he laugh~ From the first day he texted me, I realized that we were in such a different world. Eventhough the world collide, we got closed really quick. It was maybe what we called as, chemistry in friends~ This was the first pic I found at his Friendster. "Look, so cute!" , I said. I couldn't remember when was this pic taken, but it became my favourite till the end. Look at his eyes, so red. There was a story behind t...

hari ini seorang lagi blogger dilahirkan

Image
Assalamualaikum semua! Lihat gambar di bawah dan katakan kepada maCy apa makna sign merah itu. a) Pejalan kaki dilarang masuk b) Kereta dilarang masuk c) Dilarang turun bukit Dengan bangganya kemarin seorang blogger memberitahu maCy sign tu bermaksud dilarang turun bukit. hahaha ;D Sebenarnya hari ini ialah ulangtahun kelahiran blogger tersebut, bukan sahaja blogger malahan kekaseh hati maCy di alam maya, zaizax . Blogger baru barangkali kurang mengenali gadis berbaju biru itu kerana dia mempunyai simptom malas mengupdate dan kes ini diakui sendiri oleh Dokter maCy dan disahkan oleh beliau sendiri. Happy birthday sayang! Sori tak sempat nak buat wish grand-grand macam wish untuk Asada Ryutaro . Tahu kan maCy sedang berpulun habis menyiapkan assignment. Huu Dan hari ini juga adalah birthday kakak maCy, kak Nabiela. Happy birthday oh kakakku yang tak tengok blog. So tak payah wish kat sini. Hihi To zaizax, sweet 21. semoga panjang umur, murah rezeki dan jodoh persahabatan kita berkeka...

surat buat seorang blogger...

Image
Assalamualaikum.. Kali ini biar gambar sahaja bercerita... saye owner blog~ ni AsaDa Ryutaro, pemilik blog ni ( Klik Sini ) dalam surat ni saya nak bagitau something kat dia.. ~sebenarnya... v v v itu saja.. yang you all fikir lain tu kenapa?? ki3 ha, sweet kan? saya memang sweet pun ;p AsaDa Ryutaro, birthday on 28th July 198* Sahabat dunia akhirat. Kami kamceng. Fullstop. Dulu namanya selalu masuk entry maCy. Sampai tahap kadang-kadang sengaja exclude nama, sebab selalu sangat dah masuk. Sampai kawan kampus, ilham , tanya, "asada tu kawan maCy ke?, macam dah kenal lama je" . Dan paling tak boleh tahan, ada yang komen kat shoutbox tanya "maCy ada apa2 ke dengan asada?" . Tidak lah! Ketawa geli hati. Macam mana boleh baik? Entahlah. Kebetulan sahaja. Dia baik dengan semua. Cuma mungkin agak selesa untuk bercerita dengannya. Tapi sekarang dia dah jarang datang blog maCy, sangat jarang ok? Dah tu, tak jadi top commentor lagi. Siap perasan blog maCy sudah bertukar ru...

Happy Birthday!

Image
Assalamualaikum semua! maCy lama sudah tidak berceloteh membebel serta berkata-kata di ruang maya. maCy seriously amat sibuk. Tak lama lagi maCy dan ahli unit (kelas) maCy akan ke Pulau Perhentian untuk Eksplorasi Marin. Makin sibuklah kami apabila terlalu ramailah pensyarah yang mahu menyertai kami. Dan bertambah-tambah sibuk lah apabila Timbalan Pengarah IPG maCy juga mahu turut serta. Lalu maCy yang ditugaskan sebagai bendahari sibuklah berlari-lari mengejar kesibukan kuliah sendiri dan jadual pensyarah untuk mengutip hutang bagaikan along bertauliah. ~sirius maCy termimpikan Timbalan Pengarah semalam. Bertapa stress kerana susahnya mahu berjumpa dengan orang besar-besar ini! huh Tapi bila teringatkan petang khamis lepas kami sekelas bersepah-sepah di bandar Melaka mendapatkan dana bagi meringankan perbelanjaan kami nanti, sungguh kelakar rasanya. Tapi sukarnya menjalankan program sendiri, Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan kami juga terikat dengan beberapa program wajib sebaga...