Posts

Showing posts from December, 2017

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya

Image
Assalamualaikum.. Hujung cuti sekolah ni, bukan murid je sibuk cari kelengkapan, cikgu-cikgu pun sibuk juga. Termasuklah maCy, sibuk cari kasut kerja. Almaklumlah banyak berjalan dalam sekolah. Pusing-pusing dalam Parkson, akhirnya terjumpa kasut Larrie. Tak sangka rupanya jenama Larrie juga ada jenis yang menyokong arch kaki. Biasanya kasut yang lebih familiar untuk jenis ini adalah medical shoes atau kasut kesihatan seperti Medifeet dan Footlink. Tapi harganya... Aduh.. Bikin pusing.. Dan designnya agak kurang menarik bagi maCy.. Kasut jenis ini sangat bagus terutamanya untuk yang mempunyai masalah atau yang perlu banyak berjalan ketika bekerja.  Antara kelebihannya ialah : (berdasarkan pembacaan selama ini dan pengetahuan sedia ada ya, betulkan jika tersalah) 1. Menyokong arch kaki 2. Mengurangkan rasa sakit berjalan 3. Lebih selesa, cushion yang sangat selesa 4. Mengurangkan sakit belakang Berbalik kepada jenama Larrie tadi, harganya lebih mampu

Short Vacation in Penang 2017

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan bercuti di Pulau Pinang bersama yang tersayang. First of all thanks dear husband for spending the whole holiday with us, wifey and son 😊 So nak share sedikit mengenai bajet kami. Sambil-sambil blog jadi diari untuk rujukan masa hadapan. Sebelum travel, isi siap minyak full tank. Kami bergerak seawal 7.30 pagi. Awal? Well, berjalan dengan anak kecil, banyak yang perlu diambil kira. Di rumah breakfast ala kadar sahaja. Then dalam 9am begitu kami stop di rnr, makan spageti yang dimasak pagi tadi di rumah. Hero makan licin, jarang jumpa spageti agaknya. Oh ya, tak lupa, kami sudah bersedia dengan snek, air mineral, air sarsi dan air Minute Maid sebagai bekalan perjalanan.  Jam 1.30 tengah hari, kami tiba di Kepala Batas. Singgah untuk melawat geng cikgu dan baby barunya. Alhamdulillah, rezeki dapat makan lunch sedap lagi free. Hihi. Memang sedap baq hang.. Makan tak cukup pinggan. Hihi.. Tq kak tpah and family.

Mios Kitchen Memang Puas Hati!

Image
Assalamualaikum. Sihat tak? Baru ni tekak taknak terima nasi,  lalu mengajak suami ke port western food favourite kami,  Mios Kitchen.  Kami biasanya ke Mios Kitchen Bandar Kinrara,  tetapi difahamkan terdapat beberapa lagi cawangan Mios Kitchen termasuk di Shah Alam.  Tak payah cakap banyak,  jom usha gambar makanan di sana.  Chicken Burito Maccaroni Cheese Chicken Grill Meatball + creamy Mashed Potato, kami minta asingkan gravy sebab nak suap anak So far,  gravy dia memang one of the best. Mashed potato sangat sedap kerana creamy gravy yang sedap.  Lamb chop juga tidak terlalu liat jadi boleh enjoy.  Air buah setakat ini memang puas hati.  Tak adalah rasa tawar macam sesetengah kedai kan.  Bab service pun ok. Tempoh menunggu tak lama.  Apa yang paling penting,  tempat bersih.  So,  kepada yang berdekatan.  Jangan lupa singgah sini insyaallah puas hati!  :) P/s jemput follow google account maCy,  insyaallah maCy follow semula.  Sedang gali