cek pertama dari nuffnang!
Assalamualaikum, Sebelum melangkah lebih jauh, mahu ditanya, kalau kita sebut "salam satu Malaysia" contohnya, diterima tak salam tu? Baik-baik, kembali ke pangkal jalan. maCy baru sahaja selesai makan nasi dari rumah. Ya, mak datang pusing-pusing Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sana jumpa anak-anak mereka sebelum menjelang ramadhan ini. Kenyang sudah makan durian, dibawa pula bekalan milo, cereal, biskut, kurma semua. Siap termos pun ada! Takut anaknya ini malas bangun sahur agaknya.. huhu Melangkah sahaja maCy masuk ke gate kampus, nada dering One Love by Arashi itu menjerit-jerit pula. Oh, mak rupanya. Kenapa? Ada surat katanya terlupa mahu diberi. HSBC? Sah. Cek pertama dari Nuffnang sudah tiba. Yahoo! Menjerit dalam hati. Tapi sebelum itu, banyak sungguh soalan dari mak. "Dari mana?" , "ma buat apa?" , "Sumbernya dari mana?" . Dijawab satu-persatu soalan yang diaju. Soalan terakhir dari abah, "nak masuk dalam akaun ma?" ...