Resepi Ayam Bakar Black Pepper

Assalamualaikum, Lain rasanya dapat tinggal bersama suami. Tidak lagi tinggal berjauhan. Dari tak pandai masak, dah pandai masak. Dulu bukan tak mahu memasak, ada mak, ada kakak. Takut salah. Takut tak sedap. hihi Tapi kata suami, maCy taknak tunjuk bakat. hihi. Itulah kata-kata apabila masakan menjadi. Adakalanya simple tapi berselera! Tak lupa juga ada masa masak tak berapa menjadi. Tapi semuanya proses belajar. Kan :) Ok jom share resepi ringkas maCy. maCy guna bahan yang sangat mudah dan tolak tepi bahan yang tak ada di rumah. RESEPI AYAM BAKAR BLACK PEPPER Bahan-bahan : 6 ketul ayam 4 biji bawang merah (dikisar) 2 biji bawang putih (dikisar) 1 inci halia 3 sb sos blackpepper 2 sb sos tiram 1/2 sk blackpepper flavour Garam secukup rasa Gula secukup rasa Marjerin/Minyak Cara-cara : 1. Masukkan semua bahan untuk perapan kecuali marjerin/minyak ke dalam mangkuk. 2. Perap ayam selama 4 jam. Masukkan ke dalam peti bawah. (maCy perap 12 jam, sedapppp) ...