Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya

Assalamualaikum..

Hujung cuti sekolah ni, bukan murid je sibuk cari kelengkapan, cikgu-cikgu pun sibuk juga. Termasuklah maCy, sibuk cari kasut kerja. Almaklumlah banyak berjalan dalam sekolah.

Pusing-pusing dalam Parkson, akhirnya terjumpa kasut Larrie. Tak sangka rupanya jenama Larrie juga ada jenis yang menyokong arch kaki. Biasanya kasut yang lebih familiar untuk jenis ini adalah medical shoes atau kasut kesihatan seperti Medifeet dan Footlink. Tapi harganya... Aduh.. Bikin pusing.. Dan designnya agak kurang menarik bagi maCy..



Kasut jenis ini sangat bagus terutamanya untuk yang mempunyai masalah atau yang perlu banyak berjalan ketika bekerja. 

Antara kelebihannya ialah : (berdasarkan pembacaan selama ini dan pengetahuan sedia ada ya, betulkan jika tersalah)
1. Menyokong arch kaki
2. Mengurangkan rasa sakit berjalan
3. Lebih selesa, cushion yang sangat selesa
4. Mengurangkan sakit belakang

Berbalik kepada jenama Larrie tadi, harganya lebih mampu milik walaupun masih over budjet asal maCy. Huhu

Tapi! Sedikit malang apabila warna dan saiz yang dikehendaki out of stock! Tension sekejap. maCy pun apa lagi, Google di situ juga dengan harapan dapat jumpa design dan warna yang sama secara online.

Alhamdulillah, so kalau korang berminat juga, boleh lah ke website Kutsukutsu untuk membelinya. Free shipping within Malaysia ok.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca :)

Comments

AkuBiomed said…
Kasut femes nih. Saya ada sepasang buat kasut kahwin. :)
Miza Talib said…
i feel u. memang tensen bila yang berkenan out of Stock. tak pe ada masa lagi boleh jenjalan cari kasut
dear anies said…
sy selalu kompius kasut ni dgn jenawa lewre heheheh
msredcheesecake said…
sesuailah untuk Msred yang dah berumur dan sakit2 ni...hhee
Mrs Virgo said…
Jenama Larrie ni mmg legend kiranya...mmg berkualiti kan

Popular posts from this blog

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL (Part 2)

Restoran Ramly Burger

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL? Part 1