Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya
Assalamualaikum..
Hujung cuti sekolah ni, bukan murid je sibuk cari kelengkapan, cikgu-cikgu pun sibuk juga. Termasuklah maCy, sibuk cari kasut kerja. Almaklumlah banyak berjalan dalam sekolah.
Pusing-pusing dalam Parkson, akhirnya terjumpa kasut Larrie. Tak sangka rupanya jenama Larrie juga ada jenis yang menyokong arch kaki. Biasanya kasut yang lebih familiar untuk jenis ini adalah medical shoes atau kasut kesihatan seperti Medifeet dan Footlink. Tapi harganya... Aduh.. Bikin pusing.. Dan designnya agak kurang menarik bagi maCy..
Kasut jenis ini sangat bagus terutamanya untuk yang mempunyai masalah atau yang perlu banyak berjalan ketika bekerja.
Antara kelebihannya ialah : (berdasarkan pembacaan selama ini dan pengetahuan sedia ada ya, betulkan jika tersalah)
1. Menyokong arch kaki
2. Mengurangkan rasa sakit berjalan
3. Lebih selesa, cushion yang sangat selesa
4. Mengurangkan sakit belakang
Berbalik kepada jenama Larrie tadi, harganya lebih mampu milik walaupun masih over budjet asal maCy. Huhu
Tapi! Sedikit malang apabila warna dan saiz yang dikehendaki out of stock! Tension sekejap. maCy pun apa lagi, Google di situ juga dengan harapan dapat jumpa design dan warna yang sama secara online.
Alhamdulillah, so kalau korang berminat juga, boleh lah ke website Kutsukutsu untuk membelinya. Free shipping within Malaysia ok.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca :)
Comments
no komen..