diari ramadhan ke 26

Assalamualaikum.


Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja.  Sebentar lagi Imam  akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya. 


Mata meliar sebentar ke kiri kanan hadapan serta belakang. Kiri kanan dipenuhi wanita-wanita berusia yang sudah berkedut kulit wajah mahupun tangannya. Di hujung kiri ada seorang wanita tua duduk di atas kerusi sahaja. Meliar pula mata ke hadapan. Di tengah saf kedua lelaki barangkali, seorang lelaki bertubuh melidi juga di atas kerusi. Sakit pasti. Tapi tetap menggagahkan diri menyahut seruan malam-malam terakhir Ramadhan. Dikilas badan ke belakang. Mencari raut wajah tegang, wajah gagah serikandi ummah. Ada. Melunjur kaki di sisi dinding sambil menekan punat telefon bimbit.

Ada nya aku pada hari ini di sini, sekali dalam jarang-jarang, sesekali dalam sekali-sekala. Di mana aku pada saat ini pada hari semalam? Jika tidak di hadapan komputer riba, sudah di kamar tidur pastinya. 

Esok. Harapnya digagahi hati ini mengadap sisa-sisa ramadhan kali ini. Jika tidak penuh, harapnya untuk memenuhi 8 pun hati tetap utuh.  Hari esok lusa pun bukan ada urusan ke sekolah seperti hari-hari biasa. Malam ini pun, bukan letih mana lagi-lagi dengan pak imam yang lantang mengalunkan bacaan ayat suci-Nya. 

Sedang siang dalam lapar dahaga boleh pula berpusu-pusu mencari kelengkapan raya.. Mengapa tidak dikejar amalan di malam hari? Mana ada penat? Cuma hati yang malas mencari rahmat.

Salam hari-hari ramadhan terakhir buat semua..


p/s : Jam tepat 12.15 malam. Baru selesai makan kuey teow goreng yang digoreng mak. Mahu masak sendiri mak nak teman last-last mak yang masak. hik2. 
p/s ii : Credit to Sara, kalau bukan sebab dia tak adjust masa buat menulis sebentar. Musim sibuk.

Comments

GR said…
akhir ramadhan, sangat sukar meneguhkan hati, menguatkan diri untuk terus beribadah seperti di awalnya
penjajah minda said…
teringat kampung lak.adeh
James Alexander said…
semoga kamu tetap gagah sehingga ramadhan berlalu pergi...
ramadan bakal berakhir.
syahdunya rasa
JIJI YU said…
ak tgk bumi pon menangisi pemergian ramadhan
PENCONTENG said…
Pesanan Syekh Yusuf Abdullah al-Qaradawi berkenaan ibadah di bulan Ramadhan:"Siapa yang beribadah kerana Ramadhan,Ramadhan akan berlalu dan jika beribadah kerana Allah ibadah yg dikerjakan tidak akan berakhir."
the dr said…
salam akhir ramadhan.kalaulah boleh delay hari raya lagi best rasanya.
Bidadari Syurga said…
penconteng... ya betul......

adik... tahniah... semoga gagah sampai ke akhir...
intan.maisarah said…
:) hihi, dapat juga adjust masa ye

:)

menagis perginya ramadhan

sayang
kamu tahu kan sya sayang kamu
ch!natsu said…
sayu memikirkan ramdhan hampir berakhir~
malam ni terawih last sudah.. isk2~ :(
d_LA said…
sape tahu ini mungkin Ramadhan terakhir kita..sob2..
salam aidilfitri dear..
maaf kalo ade slh silap selama ni..
Lun said…
selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada macy. sedihkan ramadhan dah habis. moga ramadhan kalini dapat mendidik kita adi insan yang lebih baik kan macy :)
Mario said…
selamat hariraya…maaf zahir batin
fairuz said…
selamat hari raya macy!! :D
gedek! said…
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Macy
Zul Fattah said…
salam ziarah..
selamat hari raya aidil fitri
dan salam 8-2
si para para said…
betul tu,..

pergi cari baju raya tak pe berpenat penat..tapi untuk ibadah...

Popular posts from this blog

kisah tragedi manis seorang junior 2003

Restoran Ramly Burger

Short Vacation in Penang 2017