diari ramadhan ke 26
Assalamualaikum.
Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja. Sebentar lagi Imam akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya.
Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja. Sebentar lagi Imam akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya.
Mata meliar sebentar ke kiri kanan hadapan serta belakang. Kiri kanan dipenuhi wanita-wanita berusia yang sudah berkedut kulit wajah mahupun tangannya. Di hujung kiri ada seorang wanita tua duduk di atas kerusi sahaja. Meliar pula mata ke hadapan. Di tengah saf kedua lelaki barangkali, seorang lelaki bertubuh melidi juga di atas kerusi. Sakit pasti. Tapi tetap menggagahkan diri menyahut seruan malam-malam terakhir Ramadhan. Dikilas badan ke belakang. Mencari raut wajah tegang, wajah gagah serikandi ummah. Ada. Melunjur kaki di sisi dinding sambil menekan punat telefon bimbit.
Ada nya aku pada hari ini di sini, sekali dalam jarang-jarang, sesekali dalam sekali-sekala. Di mana aku pada saat ini pada hari semalam? Jika tidak di hadapan komputer riba, sudah di kamar tidur pastinya.
Esok. Harapnya digagahi hati ini mengadap sisa-sisa ramadhan kali ini. Jika tidak penuh, harapnya untuk memenuhi 8 pun hati tetap utuh. Hari esok lusa pun bukan ada urusan ke sekolah seperti hari-hari biasa. Malam ini pun, bukan letih mana lagi-lagi dengan pak imam yang lantang mengalunkan bacaan ayat suci-Nya.
Sedang siang dalam lapar dahaga boleh pula berpusu-pusu mencari kelengkapan raya.. Mengapa tidak dikejar amalan di malam hari? Mana ada penat? Cuma hati yang malas mencari rahmat.
Salam hari-hari ramadhan terakhir buat semua..
p/s : Jam tepat 12.15 malam. Baru selesai makan kuey teow goreng yang digoreng mak. Mahu masak sendiri mak nak teman last-last mak yang masak. hik2.
p/s ii : Credit to Sara, kalau bukan sebab dia tak adjust masa buat menulis sebentar. Musim sibuk.
Comments
syahdunya rasa
adik... tahniah... semoga gagah sampai ke akhir...
:)
menagis perginya ramadhan
sayang
kamu tahu kan sya sayang kamu
salam aidilfitri dear..
maaf kalo ade slh silap selama ni..
selamat hari raya aidil fitri
dan salam 8-2
pergi cari baju raya tak pe berpenat penat..tapi untuk ibadah...