karma

Assalamualaikum.

Kali ini, maCy nak berbicara tentang karma. Ya, karma. Sebenarnya entri ini dah sudah dibuat sebelum soalan entry lepas ditanya. Atau lebih tepat sebenarnya entri ni dah lama dalam draft tunggu dimuntahkan keluar sahaja.

Kamu percaya pada karma? Karma disini bukan kepercayaan dalam agama hindu atau apa-apa seperti yang segelintir segera membuat konklusi sendiri. Bertanya, itu lebih baik berbanding terus membuat definisi sendiri. ~maCy memang garang lah dua tiga hari ni. maaf la ye. hihi

Apa karma yang maCy maksudkan? Mungkin seringkas kamu buat baik, dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tidak semestinya. Tapi begitulah.

Semuanya mudah. Kamu tidak suka orang tidak mendengar apa yang kamu sampaikan? Maka belajarlah mendengar apabila orang lain mula menyampaikan. Tidak suka dikhianati? Jangan cuba mengkhianati. Tidak suka ditipu, jangan cuba menipu. Mudah.

Tidak suka ibu, kakak atau adik kamu disakiti, jangan menyakiti ibu, kakak atau adik orang lain. Ibarat, kamu merosakkan anak dara orang hari ini, esok hari orang lain merosakkan adik, kakak atau kaum kerabat kamu sendiri. Suka? Siapa suka?

Di alam blog pula. Kamu mahu orang membaca setiap inci entri kamu, jadi belajarlah membaca setiap patah kata entri orang lain. Kamu mahu orang menghargai penulisan kamu, jadi belajarlah menghargai penulisan orang lain. Kalau kamu mahu orang klik iklan nuff kamu, kliklah iklan nuff orang lain. eh? Itu cuma sekadar contoh. Tapi konsep i follow u, u follow me tiada di sini. huhu

Apa lagi? Dari segi hubungan pula? Kalau tak suka bf/gf dirampas orang, jangan rampas gf/bf orang. Tak suka gf/bf main kayu tiga, sama-sama jangan menggatal dengan lelaki/perempuan lain juga. Apa yang dibuat, itulah yang dia dapat. Tidak sekarang, akan datang. Kamu pernah mengadu sakitnya rasa bila bf/gf dirampas orang, hari ini kamu pula merampas bf/gf orang buat apa? Pendek kata, jika berlaku sesuatu di luar kehendak kamu, usah benci, usah dendam. Jika tidak sekarang, mungkin di sana masing-masing akan mendapat balasannya. Pendek dan mudah, bukan? ~Peringatan untuk diri sendiri.

Itulah karma yang maCy maksudkan. Karma dari cara perbuatan. Bagaimana pula dengan kata-kata? Semalam kamu mengata anak orang tidak punya masa depan, hari esok siapa tahu anak kamu nasibnya seperti apa yang kamu kata dahulu? Kamu sibuk mencari kelemahan dan salah orang lain, tidak cukup di sini, lubang sana digalinya juga. Hari esok, ke lubang cacing orang lain melakukan perkara yang sama terhadap kamu pula. Percayalah.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

What You Give, You Get Triple Back!


p/s : Asada Ryutaro guna cara kotor nak jadi top commentator, tapi maCy pun guna cara sama untuk rampas takhta top commentator semula. haha

Comments

platipus said…
haha.hell yeah!..
aku rasa kan macy..kau belom move on..
ni pendapat aku..kalau tak setuju, macam biasa,.gi jamban kira tayyyikk kau..
haha..aku gurau..

sbnrnya..biar apa pon benda buruk orang buat kat kita..kita doakan apa yng baik je utk dia...tapi ssh..
orng hati tulus ikhlas suci muci je mampu
Padin said…
gotthca!!! Perenggan ke tujuh, baris ke 4!! heee "dila" tu mungkin merujuk "bila" hehe

detail tak aku baca entri ko maCy?
Anonymous said…
@platipus
hahaha.. platipus taktau ape yg berlaku sebenarnya. macy takde la sejahat yg disangka.

u jz, really duno wut happen.
and, this entry aint bout me. told ya up there, it was an old entry not been posted yet. macy jz edit skt2 j tu y laen sme lampau punya~
Anonymous said…
@padin
adeh. hahaha. mekaseh padin! akn diedit. err, tjuk best ke? lalala
tak paham sgt sbnrnye..hihi
dari sekolah lagi elmo belajar pasal karma.
secret ni.
elmo dulu player ouh.
haha.
tapi dah insaf lepas masuk matrik.
huh kau.
kene balik last sem.
ex-bf sorang player pulak.
memang best merana lebih 3 bulan saja.
then konon tak caya dah dengan lelaki.
tak bole jugak sebab statement wt u give u get back tu setepek kena kat dahi sendiri.

kesimpulan,

jangan buat lah kerja jahat² ni.
nanti kena balik punya. :)
Anonymous said…
@zulhilmi tempoyak
adeh bace ke x ni.huhu
Anonymous said…
@elmo gemOk
i once feel like wana be one. tapi tipu je. hati stil xsmpai nk buat cmtu. ade entry sal d devil side of me. memang ase nak, tapi alhamdulillah d god side of me lebih mnguasai. alah cinta. ape la sangat. hahaha ;D

thx for sharing elmo. jgn nakal2 dah tau! :)
platipus said…
ok2..aku tak tahu ape2..ketinggalan barangkali..:(
plumpy.tootsie said…
karma.
when karma strikes u wouldnt be able to take abreath.
sesungguhnye saya benci karma.
Fello Ariza said…
wat u give u get back :)

tp x jgak..hehe

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas degan buah :)
what u give, u get back double X triple X double X triple X triple back!!
Hellioz said…
karma police - radiohead
Anonymous said…
@platipus
lambat naek train.hik2
Anonymous said…
@plumpy.tootsie
karma2, buat tamo wat jahat ;D
Anonymous said…
@Fello Ariza
mmg ler. jz keep dat in mind so tht we wont do any mstake again~ :)
Anonymous said…
@::cdot the dot::
sound a lil scary already. haha
Anonymous said…
@Hellioz
err.. best ke
M a W a D D a H said…
dah agak macy berusaha jadi top commentator di blog asada...hahaha...korang main lumba2 erk...hihi

hukum karma pasti ada dlm hidup ni..
Keyyah said…
yup buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat... maksudnya bukan kita yg balas, tapi keadaan..
mcm kalo kita tolong org masa dia ngha ssh, nnt bila kita ssh mst ada org lain yg akan tlg kita...walaupun bukan org yg kita tlg 2 yg tlg kita..
Lan Bingka said…
jangan la garang2.. takut..hehe
The Poyo Me said…
wa kalau bab karma wa memang expert lah.

wa suka prank orang.
tapi sorang mamat ni, tiap2 kali wa prak dia mesti ada apa2 benda buruk jadi kat wa.

tapi dia wat macam2 kat geng wa die ok lah pulak.

moral of the story, karma ni cuma untuk kanak-kanak terpilih aje.

wawawawawawa
¶A.K.I¶ said…
aki taw mcm mne nk jadi top komentor!!
huh dl BULLET slalu buat!
aki tiru balik kat n3 dia!!
ahahahha.....

love karma...
aki ske...
wht goes around...
absolutely will come around
orang buat baik kita balas baik...orang buat jahat sekali kat kita, kita balas 10kali jahat!

haha
cikpia said…
i've been keeping in touch ngan ex bf. aku rasa tak salah sebab aku dah takdak rasa apa ngan dia. tapi bila ex gf of my new partner dok kontek dia, aku macam kecik ati..... so i'm trying my best to avoid my ex bf..... (hope itu bukan my karma..... sakit ati douh!!!)
Unknown said…
buat baik berpada2...buat jahat tentu sekali...muahahahahahahahaaa :P

yeah, agree wif u...tp somtime dorg xpernah serik...sbb apa ea??hurmmm..


jadah lumba psl top comentator ni???meh aku komen 1entry ko ni 500juta kali..kompem terus top kan...ngeeeee :P

sory, terbuaat entry plak..ngeee
camtaek kan!!
Linglung said…
betol lah tu, karma dalam hidup. buat baik pada org lain, xrugi pun (kalau mampu). ye dak?
anayilz said…
salam.

er,nak tanya.part :
"Karma dari cara perbuatan. Bagaimana pula dengan kata-kata? Semalam kamu mengata anak orang tidak punya masa depan, hari esok siapa tahu anak kamu nasibnya seperti apa yang kamu kata dahulu? Kamu sibuk mencari kelemahan dan salah orang lain, tidak cukup di sini, lubang sana digalinya juga. Hari esok, ke lubang cacing orang lain melakukan perkara yang sama terhadap kamu pula. Percayalah."

kalau kita ambil tahu hal orang yg kita sayang.means pantau dye tanpa pengetahuan.uhuuuu.camne tua?

btw.nice sharing..^_^
anayilz said…
salam.

er,nak tanya.part :
"Karma dari cara perbuatan. Bagaimana pula dengan kata-kata? Semalam kamu mengata anak orang tidak punya masa depan, hari esok siapa tahu anak kamu nasibnya seperti apa yang kamu kata dahulu? Kamu sibuk mencari kelemahan dan salah orang lain, tidak cukup di sini, lubang sana digalinya juga. Hari esok, ke lubang cacing orang lain melakukan perkara yang sama terhadap kamu pula. Percayalah."

kalau kita ambil tahu hal orang yg kita sayang.means pantau dye tanpa pengetahuan.uhuuuu.camne tua?

btw.nice sharing..^_^
faINa989 said…
tringat lagu alicia keys, karma..hehe
Padin said…
hehe da edit tuh, bagus2.. err tajuk best? entahnye, keh keh..
Anonymous said…
@M a W a D D a H
hik3. biaselah kami. haha

um, mungkin ;D
Anonymous said…
@Keyyah
yup. wer on the boat ;D
Anonymous said…
@Lan Bingka
hik3.. tak dah ;D
Anonymous said…
@The Poyo Me
kire poyo la yg terpilih tu kan. hehe
Anonymous said…
@¶A.K.I¶
haha. tu lah. tapi jgn kite balas jahat sudah aki :)
Anonymous said…
@ain fathihah
aihhh ain semacam je. hahaha
Anonymous said…
@.s.o.f.i.a.
mcm tu la dear, if anything kite ase kite ta suke, try d best to avoid.. thats good darl :)
Anonymous said…
@eiffel
tu lah. takpe, yg penting kite jge diri sndri kan..

ahaha. besela kami memang kawan yg mesra. haha
Anonymous said…
@Linglung
short n compact! ;D
Anonymous said…
@anayilz
tht one notin to do with karma :)
Anonymous said…
@f_aRa_aINa989
lagu tu xbest. hik3 ;p
Anonymous said…
@padin
tengok. die ta kumen entry jigak. huhu

sori padin macy da g sane disqus xmo kua.. and da xd sbox eh~
patot la i da x jadi macy nye top commentors.. asada jaat!!!

asada,kalo anda baca ni, wat jahat dibalas jahat taw.. hahaha :P
aien said…
erm.. sentiasa beringat bila buat sesuatu..

tp.. kita tak buat pada org.. tp org buat pada kita.. macam mane? huk3
Tieah Madian said…
Owh..
Kira mcm hukum alam la kan?
Erm..
aLya maNip said…
betol 2..life is about karma..
alya pon rase pe yg jd kat alya skunk sbb pe yg alya penah wat dulu..huhu

lepas nie kene beware da..:-)
AngahSayang2314 said…
uittt macy kalu angah buat jahat x bole buat nakal leh tak??? hehehee
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

jom buat jahat 5x, nak? :D
zai said…
karma

tiap2 hari , saya hanya melawat blog aku, kau, & mereka.

hanya satu blog yg sempat diterjah

sebab saya sayang kamu.

ada kaitan dak comment zai dgn entry?
LadyBird said…
tegas sungguh kata2 macy hari ini..
memang betul2 dr hati..

nak tambah sikit, jika kita lukakan hati org.. org akan lukakan hati kite nanti.. walaupun bukan sekarang..mungkin esok , mungkin luse.. tibe lak giliran die.. setiap yang kite buat tu akan mendapat balasan setimpal..

p/s : tumpang wat luahan lak kat sini..
Hidayati Farhan said…
aikk, komen i ilang

i komen lagi sekali (letih type pnjg2)

saya suka entry kali ni

suka tahap gaban

mcm kena batang hidung sendiri

kalau saya nak pinjam beberapa ayat kamu boleh kah?

nnt sy tulis kredit skali

hrp kamu bg keijinan

hehe
Anonymous said…
@khairul_bariyyah
ala.. xde la slalu die wt cmtu :)
Anonymous said…
@c!k s!puT
Biarkan, orang baling batu, kita balas buah :)
Anonymous said…
@d_tieah
Lebih kurang macam tu la.hehe
Anonymous said…
@aLya
Haaa.. ape alya buat dlu? Hihi
Anonymous said…
@AngahSayang2314
Angah buat apa2 pun buleh. Hihi
Anonymous said…
@Vanilla Popsicle
Adeh.==”
Huhu
Anonymous said…
@zai
Zai, macy pun sayang kamu juga! ^^
Anonymous said…
@LadyBird
Hihi.. yeke?
Um, cmtu la.. kalau bkn dr org yg sama, oleh org lain. Ye x~
Rina Rossoneri said…
hahahaha motif utama nak cerita nya yang tang bawah sekali tu lah kan..
Mr. Asada said…
isk! bila lak asada guna taktik kotor?? asada hanya gandakan usaha mengomen setiap entry secara lebih sikit je.. tapi macy buat lebih melampau! uhh...
Mr. Asada said…
ni komen pasal karma lak. sy yakin dengan balasan Tuhan. Allah itu maha adil..

kalau taknak disakiti, jangan sakiti orang lain.. yeah! setuju dengan tu.. biarlah orang buat aniaya kat kita, jangan kita buat aniaya kat orang.

sabar je. tapi kalau dah melampau, susah jugak nak sabar kan. sabar ada tahapnya..
Mr. Asada said…
apa pun.. pesanan untuk diri jugak.

buat baik berpada-pada, tak yah buat jahat..

ni ada orang aniaya maCy ke? err..
Anonymous said…
@rossoneri
:)

terpulanglah nak fikir ape..
Anonymous said…
@ASaDa RyutaRo
org bagi batu, kita bagi madu :)
Unknown said…
Wahhhh...dah berapa puluh org komen da ni! apapun, saya setuju 100 peratus juga dgn entry kamu :)

Mari menjadi manusia
Anonymous said…
@iqbalsyarie
iqbal, kena bagai dua utk dptkn bil pengomen luar tanpa reply macy :)
what goes around comes around

eheh tetiba macam nak nyanyi lagi JT pulak
:))
macy..
jom jd yg baik2 selalu..tamau garang2..nanti monopos awal..


nge~~
aLya maNip said…
besela maCy..zaman x matured.kawan ngan laki, bile da boring mitak break ske2 ati..
skrang da kene tinggal..
rase je la..huhuhu
meraung pon die da x balik..huhu
Un Phat Lee said…
owh i see.gua ingat karma tu cokelat dulu.ehe XD
Fontonk said…
HUKUM KARMA.

Tapi kalau kita buat baik, tak dibalas baik macam mana?

contoh, saya dah klik nuff macy, tapi macy tak klik nuff saya? hahahahah
hentakbelipat said…
karma ini kalau nak ingat memg kdg2 x adil un bole jgk..tapi karma jgk buat sesetngah manusia trtunggu2 kdtangn karma
Anonymous said…
@jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR
klo macy monopos awl alvin tau sbb die.huhu
Anonymous said…
@aLya
pna kene ke.huhu
Anonymous said…
@Un Phat Lee
sedap gak kalo sume karma rase cekelat.huhu
Anonymous said…
@Fontonk
haha. mmg xpna klik nuff~
Anonymous said…
@hentakbelipat
ie pnting utk wt kite pk na wt bnde bek j~ huhu
~fais~ said…
sory ak da tertinggal nk bce comment dari mula..
hurm..hidup nie mmg karma..
ak pham mksud karma kt atas..
but....one more thing..
kekadang ka xpham gk.. kte xwat pon...owg akn wat kte..cmne 2??
wahahahahaha
Nur Qistina said…
what goes around comes around..

wosh! what you give you get triple back! wow! ada sedikit gerun di situ...

btw maCy garang eh? xtau pulak..=p
wah..ai like lah entry ni
sblm ni cm amik port sgt pasal hukum karma ni
lately bile diri sndri alami rasa macam "wow, betullah!!"

tp bukan alami bnda yg buruk, alami bnda yg baik..dan dalam masa yg sama rasa muhasabah diri..

dalam agama pun tuhan xckp hukum karma secara terang terangan, tp kl kite cube pikir balik "laki2 yg baik diciptakan utk prmpuan yg baik, dan perempuan yg baik diciptakan utk laki yg baik"..lbh kurg cmtu la..see??kt situ pun da ternyata kan?????

means, sama la cm buat baik balik baik secara simple mimple je.hehehe



maaf andai ada salah tutur bicara komen kali ni..agak jarang berbicara pasal agama sbb cetek pengetahuan, tp cuba utk mengaitkan mana yg terdaya.
Unknown said…
harap 'dia' kene hukum karma ape yang 'dia' dah buat pada ecah !!!!!
Anonymous said…
@aku dan hidupku..
mungkin belum karma. xpe, yg penting kita buat baik. ;d
Anonymous said…
@Nur Qistina
scary eh? but its d reality. agak garang la.hik3
Anonymous said…
@[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ
thx kamen. i really appreciate that :D

alhmdulillah dpt bnde baik. betul, sume tu wat kite muhasabah diri. if kena bnde buruk, kte xsuke, so jgn buat. if dpt bnde baik, kte bsyukur, so bg kgmbiraan kt org lain pulak.

xpe kamen kite kongsi2~
Anonymous said…
@echah mashuri
ingat echah, biar org buat jht, kita jgn ulanginya :)
CIK TOM said…
ciktom paling suka entry ni..sbb tue bl org buat jahat cik tom biar je..sbb nati dia akn 3x ganda lagi..*jahatnye niat..miahaha~
Anonymous said…
oh. teringat lagu group scorpion kalau tak silap. what u give, u get back. oh. tuhan bayar cash.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya