Assalamualaikum,
Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di Kuala Lumpur? Here, aktiviti kami suami isteri dan baby dengan RM50, tapi of course tak termasuk kos minyak kereta, parking dan tol. Kalau nak kira sekali ummm, tak berjalan lah pulak kita. Hehe
Mula-mula kami ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka. Bayarannya ialah RM5 seorang. Disebabkan tak plan, kami pun tak tahu sebenarnya ada entrance fee atau tidak. Haha. Tapi jangan risau, RM5 tu nanti ada gunanya.
|
Sila beratur ya |
Banyak info dan sejarah tentang Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia ni yang mungkin kita tak tahu kat sini.
|
Sempena chinese new year |
Lepas jalan sikit kat bawah, kami naik ke tingkat 2. Ada tayangan video yang memang menarik kerana disertakan dengan miniature (sebenarnya tak tahu nak gelar apa. Haha) Kuala Lumpur yang bewarna warni. Kat situ akan highlight sekali bangunan yang berkaitan dengan video yang ditayangkan.
|
Ha nampak tak ada yang berlampu tu |
|
Sementara tunggu turn. Hihi |
Then turun balik, kami sampai ke beberapa ruang galeri dan akhirnya ke ruangan akhir yang menempatkan hasil-hasil kraf dan barang jualan. Di situ terdapat juga cafe kalau tiba-tiba rasa nak makan or kudap-kudap.
|
Tak pasti bila buka, masa kami datang kosong macam ni |
|
Kotak mancis lama. Rare |
Di situ, seorang staf mengingatkan kami yang kupon masuk RM5 tadi boleh digunakan di sini, boleh memilih untuk membeli cenderahati atau spend di cafe. Pilihan kami semestinya untuk mendapatkan fridge magnet, kenangan dah sampai sini. Harganya RM10. Cukup-cukup dengan entrance fee yang dibayar tadi, tak perlu dah topup lagi. Hihi
|
Semestinya i luv kL pilihan kami |
Oh, lunch macam mana? Mesti kena spend lagi kan? Tidak untuk kami sebab encik suami dah tolong masakkan nasi goreng sementara maCy mandikan Aqid pagi tu.. Air pulak air masak dan air longan juga dari rumah. Jimat kan? Hihi
|
Sini takde orang beratur. So.... Hehe |
|
Nampak tak punya ramai beratur nak bergambar, kami cenggini jela. Hihi |
So, kat sini kami spend RM10 sahaja. Apa yang penting, seronok dapat sekali-sekala meluangkan masa bersama selain berwindow shopping di mall. Hihi
Ok next ke mana? Nantilah next entry ya. Byeeee
Comments
lama tak baca celoteh macy kat blog.
seronoknya dapat jalan-jalan....azie lama tau x ke KL sejak
duduk johor ni.rasanya dalam 3tahun kot tak jejak kaki ke sana.
macy sihat?
hope macy dan family sihat la ye ;)
Reen pun teringin juga nak tengok suasana KL sewaktu tiada lagi bangunan tinggi-tinggi.. :p
http://www.reenri.com