Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL? Part 1

Assalamualaikum,
Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di Kuala Lumpur? Here,  aktiviti kami suami isteri dan baby dengan RM50, tapi of course tak termasuk kos minyak kereta, parking dan tol.  Kalau nak kira sekali ummm,  tak berjalan lah pulak kita.  Hehe

Mula-mula kami ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka.  Bayarannya ialah RM5 seorang. Disebabkan tak plan,  kami pun tak tahu sebenarnya ada entrance fee atau tidak.  Haha. Tapi jangan risau,  RM5 tu nanti ada gunanya.



Sila beratur ya

Banyak info dan sejarah tentang Kuala Lumpur,  ibu negara Malaysia ni yang mungkin kita tak tahu kat sini.




Sempena chinese new year

Lepas jalan sikit kat bawah,  kami naik ke tingkat 2. Ada tayangan video yang memang menarik kerana disertakan dengan miniature (sebenarnya tak tahu nak gelar apa.  Haha) Kuala Lumpur yang bewarna warni. Kat situ akan highlight sekali bangunan yang berkaitan dengan video yang ditayangkan.

Ha nampak tak ada yang berlampu tu
 
Sementara tunggu turn.  Hihi

Then turun balik,  kami sampai ke beberapa ruang galeri dan akhirnya ke ruangan akhir yang menempatkan hasil-hasil kraf dan barang jualan. Di situ terdapat juga cafe kalau tiba-tiba rasa nak makan or kudap-kudap.


Tak pasti bila buka,  masa kami datang kosong macam ni

Kotak mancis lama.  Rare



Di situ, seorang staf mengingatkan kami yang kupon masuk RM5 tadi boleh digunakan di sini, boleh memilih untuk membeli cenderahati atau spend di cafe. Pilihan kami semestinya untuk mendapatkan fridge magnet, kenangan dah sampai sini. Harganya RM10. Cukup-cukup dengan entrance fee yang dibayar tadi,  tak perlu dah topup lagi.  Hihi

Semestinya i luv kL pilihan kami

Oh,  lunch macam mana?  Mesti kena spend lagi kan?  Tidak untuk kami sebab encik suami dah tolong masakkan nasi goreng sementara maCy mandikan Aqid pagi tu.. Air pulak air masak dan air longan juga dari rumah.  Jimat kan? Hihi

Sini takde orang beratur.  So....  Hehe

Nampak tak punya ramai beratur nak bergambar,  kami cenggini jela.  Hihi

So, kat sini kami spend RM10 sahaja. Apa yang penting, seronok dapat sekali-sekala meluangkan masa bersama selain berwindow shopping di mall.  Hihi

Ok next ke mana?  Nantilah next entry ya.  Byeeee 

Comments

Humaira said…
bestnya jalan2 kat galeri nie..hampir salah pandang ..ingatkan batak..rupanya batik..hahahha..
beautiful_rose said…
hai macy...rindu!
lama tak baca celoteh macy kat blog.
seronoknya dapat jalan-jalan....azie lama tau x ke KL sejak
duduk johor ni.rasanya dalam 3tahun kot tak jejak kaki ke sana.
macy sihat?
hope macy dan family sihat la ye ;)
Nour Adieb said…
kotak mancis lama? nmpk rare 😄
Reenri89 said…
Sangat jimat cuma RM10.. alhamdulillah.. Sekurangnya dapat tengok gambar dan info serba sedikit tentang KL..

Reen pun teringin juga nak tengok suasana KL sewaktu tiada lagi bangunan tinggi-tinggi.. :p

http://www.reenri.com

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan