abang vs abang angkat

Assalamualaikum..

Salam mesra, salam satu agama, salam satu bangsa, salam satu malaysia~ Alhamdulillah, hari ini mood agak ceria. Terima kasih atas doa dan semangat oleh rakan-rakan blogger semua pada entry lepas. Semuanya amat-amat maCy hargai, dan harap dapat terus mendoakan agar segalanya segera kembali seperti biasa.

Abang maCy telah keluar icu dan masuk ke u c me pula. Eh, maksud maCy ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah. Bermakna telah keluarlah dia dari saat-saat genting.

Sewaktu di dalam kelas kimia, satu mesej masuk, menandakan dia telah meng'update status Facebook. Gembira! Itu sahaja yang mampu maCy katakan meskipun status itu sedikit menakutkan maCy kerana sedikit sebanyak menceritakan situasi yang berlaku sebelum ini.. Tandanya dia sudah sedikit bertenaga..

"my heart stopped 4-4x. i was in 'code blue' n thre were 10-15 specialists who were asked 2b on stndby. i wldnt hv made it if it hppnd outside of ICU & my chnce of surviving was ,50%. mati hidup semula. miracles do happen dgn kekuasannNYA n i'm living proof of dat.. alhamdulillah. disaat genting hanya 1 yg kufikirkan - andainya ajalku tiba saat ini, adakah hidupku satu akhiran yang baik yg mampu mmbawa aku ke syurga..."

Saat itu juga maCy terus menghantar sms kepadanya, menyuruh dia berehat bukan bermain FB, lepas gian katanya. Biarlah, semakin sihat, dan sedikit kata-kata daripadanya, itupun sudah cukup membuat maCy bahagia. Meskipun hati ini menangis tak henti, selagi tidak maCy lihat dia benar-benar sihat di depan mata..

Dahulu, semasa di alam sekolah menengah, maCy akui, maCy memang mahukan seorang abang yang usianya dekat dengan maCy. Kerana jiwa maCy kala itu yang kurang lembut barangkali, sukakan muzik yang keras, sukakan aktiviti lasak dan sebagainya. Tambahan pula, jarak usia dengan abang yang terdekat adalah sepuluh tahun dan hati ini sungguh rimas dengan bebelan kakak-kakak.

Kerana itulah barangkali maCy mempunyai seorang abang angkat di alam persekolahan dahulu. Namun, semakin meningkat usia, kematangan bertambah, dan hubungan adik-beradik juga kian akrab. Tidak lagi kerap mendengar bebelan kakak-kakak juga. Mentahnya pemikiran ketika kecil. Tidak berpeluang bercampur dengan yang dewasa, dirasakan kurang kasih sayang pula.

Abang angkat, sanggupkah berkorban demi adiknya seperti abang kandung sendiri? Pastikah menjadi teman ketika sukar? Dan err, juga tidak mampu menjadi wali kelak.. hee

Sungguh, ikatan yang sebenar itu sebenarnya memadai. Tidak perlu menambah adik angkat atau abang angkat. Kerana seribu abang angkat pun belum mampu menggantikan darah daging sendiri~

***

Jangan pula abang kakak angkat maCy merajuk dengan entry ini. Sungguh, maCy memang ramai abang dan kakak senior yang seolah-olah kakak dan abang angkat yang rapat dengan maCy. Sesiapa sahaja meskipun yang berbeza hanya setahun pun menganggap maCy seperti adik. Tidak hairanlah maCy ramai abang dan kakak~ Itu berbeza, rapat secara natural, bukan diambil kerana comel, kacak dan sebagainya.

Kakak yang bertudung maroon ini, seorang senior disini yang juga maCy anggap seperti kakak sendiri~

Kaum hawa lazimnya disinonimkan dengan abang angkat berbanding kakak angkat, tapi maCy lebih sukakan kakak berbanding abang dewasa ini. Akhir kata, sayangi abang, kakak, abang angkat serta kakak angkat anda :D


p/s : hati sedikit lega, sudah boleh buat kerja. err, semakin lama entry maCy semakin panjang, lama-lama tak ada yang mahu baca. isk

Derma doploh sen : Klik Sini

Comments

aien said…
alhamdulillah... semoga segalanya bertambah baik nanti.. amiin...

ho3.. abg n kakak kandung memang takkan same dgn yg angkat2 nieh.. hehe

sayangi keluarga kita ^__^
iemaZAIMAH said…
alhamdulillah..hope he will get well soon..huhuhu..

abg angkat ke akak angkat ke abg btul or even akak btul,yg ptng kasih syg yg kite paterikan tu..klu btul2 syg,even bkn adik beradik btul pun boleh sgup bergadai nyawa..

hehe...cara ckp mcm ade adik beradik rmai je iema ni :D
smoga dia bertambah sehat...

p/s:- ayat maC menunjukkan kematangan!!~
K I L said…
wah,,bestnya ada abg angkat yg baik ye..
stylo stylo..
kirim salam kat dia eh..HAHA
gurau..
doakan abg maCy cepat sembuh :D

cuba ni virus datang menyerang
miszgarfien said…
syukur abg macy dh beransur pulih...moga2 cepat sihat n cepat keluar dr hospital...byk kan zikir ye..
Unknown said…
abg angkat time muda2 dulu xpela...hihih
Nekmo said…
erm..abg angkat kalau ada tak semestinya nak menggedikkn macy?nek xde abg kandung...
salam ziarah Macy.

hargai keluarga kita seadanya. teringat kisah kawan sy, seorg anak tunggal. sentiasa sedih bila melihat kawan2nya ada adik beradik.


p/s= ttg abang angkat atau kakak angkat zaman persekolahan, rasanya ia berlaku kpd kebnayakkan pelajar. Tapi sejujurunya, kebanykan mrk yg bergelar angkat2 ni( w/pun tak kesemuanya), mempunyai matlamat trttnu di sebalik hubungan abang dan adik angkat. Dlm surat khabar bbrapa minggu yg lepas, ada 3 kes abang pelajar tingkatan 2 dirogol abang angkatnya yg telah berhenti sekolah.,
Althafunisa said…
family first, boyfriend keep the last..hahaha...
*perlu ke statement nih*

i hope everythng will be ok dear...
be strong okeh...
love you...
Althafunisa said…
family first, boyfriend keep the last..hahaha...
*perlu ke statement nih*

i hope everythng will be ok dear...
be strong okeh...
love you...
terokai seni said…
alhamdulillah keceriaan dah kembali... moga cepat sembuh

abg/kakak angkat heeee sindrom jiwa bebudak tapi koi tak pnah percya walaupun ada yang melamar sebab adik sendiri kat rumah pon tak terjaga
Unknown said…
ya...keluarga sendiri is always irreplaceable..takde ganti..tak mcm kawan..hargailah peluang yg sekali ini~Post baru:Ini baru mukaddimah
Keyyah said…
Alhamdulillah...semoga abg macy semakin sehat...

Air dicincang xkan putus, itu lah ibarat adik beradik..susah senang bersama...
Aida Azryn said…
Ader ni,yang mahu baca... ;)
yeay! da boleh komen...hehe

alhamdulillah,berkat doa semua orang,abang macy cepat sembuh..

dulu zaman sekolah ada jugak orang nak amek jadi akak/adik angkat.. tapi,tak bminat.. cukup la abg 5 org ngan akak 3org kat rumah 2.. hehe.. =)
Mr. Asada said…
alhamdulillah.. hope rehat yg ckup leh pulihkan keadaan menjadi seperti sediakala..

wahh.. abg angkat tu kena ramai, karang nak kawen boleh pilih yg mana satu palling berkenan.. hahaha. *men je* lalala~
macy..
gua sama ngan lu la..
gua suka kakak dr abg!!
Anonymous said…
rase macam esok keluar nak pakai tudung dan jubah la macy lepas bace status FB tu.

(-_-")
M a W a D D a H said…
alhamdulillah abg macy da siht...

main angkat2 ea..hehehe...
family first..dulu2 kecik2 memang la macy xmatang..sib baik skrg ni dah matang...hehehe
lumut said…
abg akak?
jgn smp satu salah disalah anggapkan atr satu sama lain..sbb slalunye cenggitu ler kan..
kan macy?
take care
Mr. Asada said…
lupa lak.. kirim salam kat kakak dalam gambar tu ea.. lalala~
hentakbelipat said…
semoga abg kamu sihat dan boleh berlari kencang
¶A.K.I¶ said…
huhuhu..
aki ad abg sndri je ckp la..
abg2 senior~ respek as pro..
mcm tu jgk akak2 senior~
emieysandra said…
bile tgk gambar nie, mcm kenal..
rupenyer kite dekat yer..
maaf yer, awal2 dulu langsung xperasan sebab tak banyak gambar kamu..
ehehe

~_^
Pacifist said…
salam dik macy
abg ni kategori mane? he he he
fndrocka said…
aku memag tak pernah terjebak dlm angkat mengangkat ni..memnbawa imej tak rocck di kalangan lelaki.hukhuk.
alhamdullilah..klu da chat ;)

u remind me my bro ;)
caliph shuriken said…
alhamdulillah.. abg maCy smkin smbuh...

hmm, yg penting family..
apa pun yg berlaku, family tetap di sisi.. ketika yg lain dtg & pergi...
Anonymous said…
hehe. aku kepingin orang lebih tua drpd aku untuk melindungi drpd buli. itu impian masa kecil aku.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya