darjat di majlis perkahwinan
Assalamualaikum.
Musim cuti sekolah sudah berakhir. Maka berakhir sudah musim kenduri-kendara. Apa yang ingin maCy kongsikan kali ini ialah mengenai darjat semasa majlis perkahwinan.
Menjadi adat dalam masyarakat Melayu menyediakan bunga telur sebagai tanda ingatan. Jika dahulu bunga telur sudah mencukupi, hari ini pelbagai jenis cenderahati yang berbeza bentuk dan rupa menjadi pilihan bergantung kepada kemampuan, citarasa serta kesederhanaan pihak rumah pengantinnya.
Apa pula kaitannya dengan darjat yang maCy maksudkan?
Jika dahulu satu jenis cenderahati atau bentuk bunga telur sudah mencukupi, hari ini pihak tuan rumah biasanya menyediakan beberapa bentuk cenderahati. Sebagai contoh, si polan A mengadakan majlis perkahwinan sempena perkahwinan anak bongsu kesayangannya. Cenderahati berupa :
1. Bunga telur untuk orang dewasa dan manisan untuk kanak-kanak.
2. Beg kertas berisi bunga telur, kuih baulu dan kerepek.
3. Beg kertas berisi bunga telur, mug kecil, kuih baulu dan kerepek.
Cenderahati jenis 1 diberi kepada kebanyakan tetamu yang hadir, cenderahati jenis 2 diberi kepada rakan akrab serta saudara-mara manakala cenderahati jenis 3 diberi kepada mereka berpangkat Datuk dan sebagainya. Itu sebagai contoh sahaja.
Renungkan kembali. Apa tujuan majlis tersebut diadakan? - untuk menghebahkan mengenai ikatan sah yang baru terjalin. Apa pula tujuan para tetamu dijemput hadir? - untuk memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan.
Tujuan yang sama, niat yang satu, tetapi mengapa berbeza pula cara layanan yang diberikan? Pangkat? *senyum*
Difahami sekiranya tuan rumah menyediakan 'extra' untuk rombongan pengantin yang diraikan serta saudara-mara, tetapi di mana pula relevannya perbedaan dalam cara meraikan tetamu-tetamu kesemuanya? Adakalanya mereka yang berdarjat 'rendah' itu amat jauh perjalanannya demi meraikan pihak tuan rumah. Ada yang terasa? Siapa tahu?
Jika tidak mampu menyediakan tanda ingatan yang tampak gah untuk semua tetamu, bersederhanalah kepada semua. Tidak perlu terikut-ikut dengan trend semasa. Jangan sampai satu masa nanti jenis kad undangan juga berbeza mengikut darjatnya..
Seperti biasa di akhir kata, semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy :)

p/s : Solat orang yang sudah berkahwin lebih tinggi pahalanya berbanding mereka yang belum berkahwin.. ;D
Comments
| Update!|
macam datuk, ayah dan abang.. semua pun kita hormat. tapi cara layanan tak sama kan?
pasal doorgift tu, tak pernah pulak asada jumpa berlainan bentuk mengikut pangkat..
yg order dri indon, cantik, keras, tebal n ekslusif - utk org2 penting n family rapat
biasa, cantik dan keras - utk kenalan2 rapat
fotostat kaler warna warni - utk mereka2 yg kenal biasa je n kemungkinan xakan dtg~
mey la join giveaway anis ~
http://amethyst89saphire.blogspot.com/2011/06/giveaway-anisumbrella-boutique.html
mesti ada meja vvip dgn vip dan
biasa.
kalau bagi gift, pun beza2.1 bakul ni
ada isi telur n bahulu. 1 lagi telur,
muffin, gula,etc, 1 lagi lain2.
hahaha.padahal pengatin tu dpt
hadiah sama je.frame, album, jug,
album,jug, frame,jug, album..ok stop iqa. ;P
Tujuan yang sama, niat yang satu, tetapi mengapa berbeza pula cara layanan yang diberikan? Pangkat? *senyum*
utk apa??
mkn beradab pun dh boleh kata diskriminasi..
inikan pula doorgift..
kalau saya kawen nnti, makanan pun mesti sama. tak de maknanya vvip makan nasi 5 lauk.org biasa makan nasi 3 lauk. hehe
oh ya, macy dijemput kenduri saya nnti :)
pasti. insya Allah.
sepupu aku telah melakukan 1 pembaziran y amat merugikan.hanya kerana mendengar kata mak nya yang mahukan majlis itu kelihatan nampak gah.
sedangkan tetamu yang hadir tak seperti yang di harapkan.jumlahnya mungkin kurang daripada bajet makan yang di belanjakan.dan banyak cenderahati yang masih punya baki berkotak2 tak di habiskan kerana kurangnya tetamu yang hadir.
ada 1 kesilapan sebenarnya majlis itu tidak seperti majlis perkahwinan yang biasa kita lihat.ketibaan pengantin hanya di sambut oleh paluan kompang rakaman tanpa di lihat tetamu.
ya,tetamu semua sudah pulang.sila salahkan pengantin lelaki yang sering melengahkan masa dan tidak menepati masa.
okeh komen sedikit emosi sebab aku sgt marah pada keluarga pihak lelaki yang tidak menghormati majlis.
owh,hai sayang macy........ =)
tak perlu diskriminasi. kita semua sama sahaja di mata- NYA.
:)
baik toksah jemput orang kebanyaka..jemput dato-dato datin datin je kalau macam tu.
*nak kawen cepat la cmni..cari keredhaanNYA :)
cukuplah sekadar bunga telur
untuk semua yang hadir..
teringat dulu
masa sara kecik kecik
ada nasi bungkus untuk kanak kanak
sekarang dah tak ada ye