Ya Allah! Selamatkan Flotilla!

Assalamualaikum,


maCy sebenarnya sedang menyiapkan entry tag. Tiba-tiba menerima ym mesej dari Abang Ammar yang sedang sibuk dengan peperiksaan :

Ammar: salam..
Ammar: maC..
Ammar: minta tolong sebarkan mengenai serangan Israel ke atas flotilla: bantuan kemanusiaan ke gaza..


Ya. maCy terhenti mengetuk keyboard. Terlalu lalai dan leka dengan dunia sehingga alpa dengan nasib saudara seIslam disana sini. Segera maCy mencari-cari di mana, apa terjadi. Ya Allah, bagai katak dibawah tempurung, maCy memang leka sedangkan umat Islam dunia sedang mengutuk keras serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa lebih 10 ribu tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Konvoi tanpa senjata itu terdiri daripada 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah, dan juga aktivis dari Malaysia.

Mana mungkin mereka yang mengikuti konvoi ini dianggap sebagai membawa ancaman kepada keselamatan Israel, sedangkan niat mereka hanyalah untuk menjayakan misi kemanusiaan untuk penduduk-penduduk Gaza yang sudah lama merana di bawah sekatan ekonomi Israel.


Namun, pastinya Israel akan menggunakan alasan keselamatan untuk mempertahankan tindakan zalim tenteranya. Dan pastinya, alasan itu tidak boleh digunapakai sama sekali.


Lagi berita terkini : (dari Sini)

SHAH ALAM - Crisis Management Team (CMT), pasukan yang memantau keadaan sukarelawan Malaysia dalam pelayaran misi kemanusiaan 'Lifeline 4 Gaza' (LL4G) baru saja membuat sidang media di Hotel de Palma di sini sebentar tadi. CMT-LL4G telah mengeluarkan kenyataan medianya seperti berikut:

Gesaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas 'Flotilla' misi bantuan kemanusiaan LL4G ke Gaza

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza:

1. Sebagaimana yang dimaklumi, 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat daripada tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut:

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisme lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisme.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulama, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan daripada kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan dalam kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah subhanahu wataala menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Video boleh dilihat di (Sini)

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik, keselamatan juga kesejahteraan buat mereka semua..


p/s : Mari sama-sama doakan dan mohon sebarkan~

Comments

Unknown said…
bole ikuti status perkembangan terbaru berkaitan konvoi ini di facebook saya.. suda jadi friends pada anda.. berkaitan fotllito,dua kapalnye telah berlabuh di Israel.. aktivis dlm kapal tu ada dua pilihan.. satu ditahan selama 78 jam / dihantar pulang..
anayilz said…
This comment has been removed by the author.
anayilz said…
salam.

more latest info :

http://twitter.com/sahabatalaqsha

http://twitter.com/freegazaorg

http://twitter.com/lifeline4gaza

http://www.facebook.com/pages/LIFELINE-4-GAZA-Break-The-Siege/358514058399

dan byk lagi...

T_T
em.marilah sama2 mendoakan mereka.berserta Qunut Nazilah.

demi Palestin.
demi Gaza.
demi Al-Aqsa.
demi umat Islam.
demi Islam.
dayah said…
hrpn dan doa ku moga semua islam sentiasa selamat dmn sja
dayah said…
ada benda nk tnya. awk ke si dia dari blog asada ryutaro? mrajuk lagi ke :D
ciek niena said…
doakan mereka berjaya :)
aien said…
semoga Allah memberikan bantuan kepada para sukarelawan di sana.. ameen.. sama-sama kita doakan..

Allahu Akhbar!
dya adriza said…
Thnkz macy.. dya pn wat cmni gak kt blog.. cuma x detail cm macy jek..
M a W a D D a H said…
israel memang dah lama nak hancurkan umat islam..memang tiada perikemanusiaan langsung...

Jom berdoa: Ya Allah, ya tuhanku, moga kamu lindungilah mereka (umat islam) yang berada di sana...Amin..
zai said…
tu pasal la dlm berita dah gembar-gembur cerita pasal ni.Israel dari dulu sampai sekrang asyk nak attact negara lain, saja mau get attention dunia. sampai bila la dorang nak buang duit utk benda yg mmg jahil dan kejam tu.
misi keamanan pun dorang attact, uishh..halangan hidup daripada allah swt utk hambanya utk selalu beringat. >penulisan dibuat sungguh geram<
Allahuakbar!!

feel free,go here :)
izyan's
Keyyah said…
Israel btol2 xberhati perot..apalah yg dorg mahukan sebenarnya...bahagiakah mereka melihat org laen menderita..huhu
hanya bahasa perang yang boleh memahamkan anak-anak kera a.k.a yahudi
boikot barang2 israel laknatullah... ada lagi info kat sini.. feel free to go there..

http://map2street.blogspot.com/2010/05/gaza-menanti-telehayat-sabtu.html
nIsYa said…
israel memang pandai membela diri. hati nie cukup benci!!
Syahrul Iman said…
sama2 kita doakan misi bantuan bantuan tu berjaya dan semoga Allah SWT mmberi balasan yg setimpal pada puak israel nie..
qamarguyz said…
salam ziarah..
m0ga keangkuhan Israel ini kembali membuka mata dunia, masyarakat Islam khususnya..bahawa Gaza tidak pernah berhenti menangis! sama2 d0akan keselamatan mereka walau telah ada yG syahid..s0lat hajat, qunut nazilah menjadi senjata dr jauh
syahira ariff said…
a'arr
semalam ada dapat sms tentang nie
sy juga ingin mengutuk Israel
berlawan dengan org yg tak mempunyai senjata adalah tindakan pengecut
cik helena said…
sangat sedih bile kenangkan keganasan yang bagai tiada penhujung nih..
hencurlah kau rejim zionis!!

http://kupasrah.blogspot.com/2010/05/hancur-musnahlah-rejim-zionis.html
surayasafie said…
smoga diberi perlindungan & kesejahteraan dr Allah swt kpd org2 ISLAM...laknati israel & ngra2 bersekongkol...:(
Syafrizal said…
jangan setakat doa sahaja
jangan setakat tulis di blog
boikot produk2 Yahudi yang bermarajalela di Malaysia ini
bertukar kepada produk halal lagi baik seperti HPA
kalau itu tak mampu nak buat..
tak guna doa kita semua sebab kita masih menyumbang Yahudi bunuh umat Islam di Palestin dan yang ingin membantu mereka.
¶A.K.I¶ said…
nauzubillah...
ALLAH lindungi umat umat mu YA ALLAH!

amin2~
crystalzerosix said…
semoga selamat pulang semuanya....

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya