Wednesday, June 2, 2010

Picisan Kata Seorang Blogger yang Bencikan Kekejaman Israel

Assalamualaikum, salam semarak jihad..


Tujuan asal entry ini adalah untuk menyeru sahabat blogger untuk sama-sama menyertai kempen Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel. Tiga tonggak utamanya adalah blogger Farid@Mofasad, Bon Alvin dan Sabariah. Hanya letakkan banner seperti di atas. Mudah bukan? Maklumat lanjut sila ke (Sini).

Kanak-kanak tidak berdosa

Hari ini entry maCy bukan berunsur emo yang apa-apa saja. Hari ini entry maCy bertemankan marah dan duka. Tatkala mengenangkan nasib saudara seIslam kita di sana, dan tatkala mengenangkan kekejaman tentera Zionis kuffar yang langsung tidak berhati perut! Dan tatkala mengenangkan kembali apa yang maCy lakukan untuk membantu? Sungguh, aku pengecut! Pengecut kerana tidak mampu berbuat apa. Boikot? Cukupkah dengan itu? Benci? Cukupkah sekadar itu?

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."
Ali-Imran : 142


Jihad bererti :
a) Berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam
b) Memerangi hawa nafsu
c) Mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam
d) Membanteras kejahatan dan menegakkan kebenaran
(Tafsir hijau hadiah kak Syamila)

Sungguh, belum ada satu hasil dari tangan ini, melainkan sekadar mencetus rasa tidak puas hati melalui penulisan yang tidak seberapa, selain memboikot yang bukanlah sepenuhnya.. Lemahnya aku!

Terngiang teringat komen abang Pacifist di entry lepas. Komen inilah yang berjaya membuat maCy berfikir panjang, mengetuk keyboard dan menaip itu dan ini di sini :

"Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita."

Terkedu terpana tak terlawan apa. Diulangi di sini, "bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama."

Banjir darah, sanggupkah melihat sahaja?

Sungguh, aku terdiam lagi.. Sanggupkah melihat penderitaan mereka, sedangkan aku bersenang-senang di sini. Aku yang masih lagi alpa dengan dunia, sedangkan mereka sedang bergelut mempertahankan agama dan nyawa? Pemimpin, bangunlah bersama~

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entry yang sedikit panjang ini... Dan maaf atas penggunaan kata "aku" kerana entry ini dibuat seakan sambil berkata dengan diri sendiri..

Mari membaca entry Ayuh Berjihad di blog Abang Pacifist (Di Sini).


p/s : masih bertungkus-lumus menyiaspkan 3 fail~

28 comments:

akuinsanlemah said...

salam. persoalan:
mengapa saya melihat komen en.pacifist itu terpampang di blog shabat saya dgn ayat yg amat sama? oh..tak mungkin..

oh ya..org yg sama memberi komen!
ha..

ayuh!
BANGKITKAN JIHAD!!!!!!!!!
TAKBIR!

p/s: teringat lagu Ini langkahku di blog saya~
shotul harakah

maCy said...

aduh.. takkanla dia nak komen maCy punya sorang macam tu.. tak ke bermakna komen tu, sayang la nak kasi sorang..hihi

khairul_bariyyah said...

aduh... sedih tengok naseb2 anak palestine jadi mangsa kekejaman israel laknatullah... =(

iqbalsyarie said...

TQ macy~ilang mengantuk..artikel2 tulisan maCy mmg berkualiti

ishiko said...

yep maCy, same2 la kite mnyokong..
ouhh... jatuh chenta ama ladybird2 kt blog qmu ~

MaryamJamilah said...

alahai. budak tu macam tidor je. tenang je. Doa untuk saudara Islam. :)
-----
I Won 4 Tickets - Toy Story 3D

Roronoa Zoro said...

='(
berhijad hawa nafsu.. contohnya lawan nafsu nak makan mcD.. boikot2 semua... itu pon ada yg x mahu boikot.. huhu..

T_T

hanie@nisya said...

skadar mampu berdoa...

sweeTSour said...

sanggup kah berjihad hawa nafsu..boikot semua barang2 israel..facebook pn still on..huhu...McD pn mkn lg.. Tp Israel mmg kejam..kejam sangat...

zai said...

kalau nak boikot bab2 makan tu, erkk maybe susah skit

::Mamalyna:: said...

salam maCy,
thank u join LYNA'S GIVEAWAY... moga2, lyna cabut nama macy yer...hehhehe... good luck!

¶A.K.I¶ said...

terbaek!!
jom sama berjihad dengan cara kita....

baincardin said...

Salam...

Aminkan Doa Imam Masjidil Haram

✿nenek moden✿ said...

nek baca..
hehe..hmm...
kalau golongan mcm kita golongan perempuan ni?kita nk buat mcm mana?
kita nk angkat senjata..kita tak mampu..
kita nak berperang,kita tak terdaya
kita nak p sana..entah bola,entah tidak..
tapi,belum cuba belum tau an?
Cara yg senang la untuk membantu org disana..kita berdoa..
bila ramai2 berdoa..Insyaallah,
Allah permudahkan..
tol tak macy?nek tak pandai nak ckp lbh..
kunk ckp je xguna..huhu..

psst:macy,jom dating..hehe

@ien_R@z said...

lemahnya kita.. boikot pon tak sepenuhnya.. rasa nak menolong tapi tak tau mcm mane.. just mampu berikan doa utk mereka...

bersyukur lah kita krna berada di Malaysia yg aman.. alhamdulillah ^__^

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

cemomoi said...

kita dah banyak sangat berborak, daripada bertindak, amacam boikot aje mereka punya produk

iemaZAIMAH said...

org dh ltk!jmpe logo tu 1st kt blog macy lah..thx macy!

sugar2 kapas strawberry said...

saket hati ngn israel...

why shud they do this??
bodoh israel.Smoga Allah laknat mereka

NichKhun said...

israel jahat.. laknatullah !

kersani said...

post yang menarik!

:)

M a W a D D a H said...

sedey tengok umat islam di tindas...

Frodo Baggins said...

tidak perlu kita berdarah pejuang tuk jd seorg pejuang. berjuang dgn cara kita.yg termampu.


... berdoa palestin akan damai akhirnya.

alvin takda rumah harga 8juta.... said...

macy..
lu buat satu kebangkitan di sini..


respect!!

cik pingu said...

maCy, xde shoutbox ke kat tepi? xjumpe lor..

Farid said...

terima kasih kerana sudi membantu kempen kami :)

sYaMi-Satu Penjuru said...

mereka itu ba ya nun alif ta nga (yeke eje ni)..

huwah, geramnye hambe~ anthrax developer, where are u (jawbnye:die da mati)
napela die tak ajar sape sape wat antrax tu....huuuuuuu.

islam kuat, lebih dr yahud.
yahud ape ade...tuhan pun diorg tade.
(marahnyeeee)
kalau bukn isu agama pun ,manakah perikemanusiaan.

Yuni Aisyah said...

tak sanggup melihat saudara seIslam di palestin menderita dan terkorban disbbkan rejim Zionis Laknatullah...

sungguh lama mereka menderita...dan sudh banyak nyawa yg terkorban...

ingin membantu tapi tidak ada tenaga, kekuatan, keberanian dan senjata..=(