Monday, July 4, 2011

masuk Imam Muda itu riak?

Assalamualaikum.
Wah lambat sungguh maCy keluarkan entri ini, Imam Muda 2 sudah pun diketahui siapa. Baik, straight to the point. Siapa pernah dengar ada mulut yang berkata seperti di bawah :

"Aku benci peserta Imam Muda sebab guna agama untuk naikkan nama sendiri, tak ikhlas namanya, riak saja!"


Memang benar, apa-apa pun dengan agama perlu ikhlas. Hatta makan sekalipun perlu ikhlas, makan juga ibadah kan. Ikhlas itu antara kita dan Dia,  tuntut ilmu agama kena lah ikhlas, buat apa nak masuk program Imam Muda bagai. Riak lettew, kata mereka.

"Imam Muda tu palsu. Jangan harap aku nak tengok, baik depan kaca televisyen saja!"

Kata ikhlas itu antara mereka dengan Dia, mana pula tahu palsu dimana? Biar sekalipun mereka palsu dalam Imam Muda, sekurang-kurangnya mereka tidak palsu dalam menuntut ilmu selama hidup mereka sebelum ini. Atau ada yang mahu kata, sebelum mereka belajar pada tahun-tahun yang lalu, sudah dapat diramal adanya program seperti Imam Muda ini? 

"Aku belajar sebab nak masuk program Imam Muda sepuluh tahun lagi", kata Imam Muda Hassan di zaman remajanya.

Ada ke?

Melengkapi diri dengan ilmu agama perlu ada usaha, bukan mudah seperti pergi ke audition Akademi Fantasia, boleh bergantung pada talent semata-mata.  

Sekali lagi, "Aku benci orang jual nama guna agama."

Pandang sebelah mata, pernah lengkapi diri sendiri dengan ilmu-Nya? Ada diam-diam tutup aurat jaga mata maruah terbela? Ada senyap-senyap perbaiki baris bacaan ayat Al-Quran yang masih lagi banyak silapnya? Ada terfikir dengan menonton kita boleh belajar walau sedikit cuma?

Oh, ada ke menangis tengok bayi terbuang, atau kau  jejaka yang tanam benih dalam rahim gadis lain dan minta untuk digugurkan? Atau kau gadis itu yang sedia untuk menggugurkan?

Entahlah. Program macam Imam Muda jadi pertikaian, program realiti nyanyian dialah nombor satu yang tekan nombor buat undian.

Dalam meluahkan pendapat, jangan terlalu extreme tetapi jangan pula terlalu liberal. Dan jangan lupa kita dipertanggungjawabkan atas setiap patah yang kita sebarkan. 

maCy pun bukannya mengikuti setiap episod rancangan tu, cuma kurang selesa mendengar bicara yang suka-suka mengata. maCy rasa, dari dikutuk peserta Imam Muda, baik dikutuk mereka yang menganjurkan program yang sia-sia, sekalipun kedua program itu dari channel yang sama.

Akhir kata, bersangka baiklah. 

Semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy.



p/s : 2 more days to go before the Science Fair~~ Fuhh~

30 comments:

JIJI YU said...

haha..aku tau citer imam muda..

iqbalsyarie said...

Superb. Pandangan yang sangat baik. Terima kasih, maCy :)

Liyana Zahim said...

Btol macy.. Apa pulak riak? Bkn dorg ckp menyombong dri.. Kte tgk adiah imam muda pun sudah... Xselumayan akademi fantasia dan sgale fantasi2 duniawi smate2 tu.. At least bile dterbitkan rcngn cmtu blhgak jd pcetus inspirasi golongan mude yg nk bjinak2 dgn agama... Tadek istilah riak.. Sbb stu mlysia tgk, itu riak? Haaa.. Emo nihh... Eh macy nk tnye dgn pnuh rase humble ni.. Sy bute IT.. Pop up window tu da wat tp tadek brubah ape2 pon.. Itu utk ape ek? Hihihihihi... =D

Atika Aula said...

saya setuju dengan pendapat awak :)

beautiful_rose said...

mana lebih baik,dengar orang melalak suara sumbang terkinja2 atau dengar orang mengaji Al-quran?


fikir2 kan.... =_

sYaMi-Satu Penjuru said...

yg lyk menghukum haanyalah Dia..

good job!

monologtinism said...

kita hanya penyeru bukan penghukum. lebih baik kita ini menyeru kepada kebaikan daripada beriya-iya mengkomen itu dan ini. mari!

Fay said...

ok la kan masuk Imam Muda dari yang duk mengata tu x masuk apa2 pun.. =)

Wawa Amran said...

Dari tgk AF, Maharaja Lawak, baik tgk Imam Muda.. Dari duk download lagu Finalist AF, baik download lagu tema Imam Muda lg best! Great opinion & judgement.. Thanks 4 sharing =)

dak eina said...

imam muda ok ape dr kilauan emas..kekeke :P

yusuf mujahidin ™ said...

mulut manusia..

intan.maisarah said...

jaga diri yunk

pendapat orang berbeza kan?

good luck :)

James Alexander said...

bila semua nak jadi penghukum, begitu la jadinya...

Un Phat Lee said...

sampai begitu sekali spekulasi?hadiuh.

A retarded kitty said...

ikhlas ke riak ke, tu urusan Allah

Raji and Yeen said...

aku x saangka ader jugap y bengang y ckp cam tuh=.= sori owh aku mmg emo giler kot lau bab cam nih..ader kew ckp cam tuh, nih bnder baik...y rncngan dop mlalak tuh bkn maen lak dop support..

lavender harum wangi said...

lulz~ semua org ada hak bersuara. betul atau salah juga hak mereka untuk tentukan. dan kita, dgn pendirian kita. :">

Amiey White said...

bab ni aku cuma kata aku kenal salah seorang . tapi yang first lah . secara peribadi kenal beliau . yang lain no comment , bergantung pada mereka .

ghost writer said...

kalau tak suka jangan kutuk..diam itu lebih dari tanda protes.enough.

soal imam muda cari nama melalui agama tak nampak kerna ia cuma program pertandingan.siapa pun yang menyertainya memahami kalau program itu harus berusaha untuk tonjolkan diri utk menang.

aku tak tengok program tuh so aku tak tau kalau dowang jadi popular atau tidak.

caliph shuriken said...

bersangka baik saja laa :)

asip محمد said...

ini barulah macy.. haha

cik ciput said...

aku rasa tak timbul soal tu..sbb program tu sendiri aku nmpk membawa ke arah kebaikan..

*niat manusia, hanya Dia yang tahu..

penjajah minda said...

kita tak tahu apa yang tersirat disebalik hati peserta dan juga penganjur.serahkan pada yang Esa.hanya Dia yang tahu isi hati hambaNya.tapi aku kurang gemar program tue.

Khairul Antasha said...

org hanya pndai bercakap..

xnmpak pun program imam muda tu seperti digembar gemburkan..

sy ikut program ni dr musim pertama lagi.

shameel Iskandar said...

kita hnya menghukum pada zahir dan apa yg tersembunyi dlm hati itu urusan Allah.

Prnh dlm satu peperangan, seorg sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorg tentera kafir quraisy dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir quraisy itu melafazkan dua kalimah syahdah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini krn baginya kalimah syahadah yg dilafazkan hanyalah pura-pura semata2 utk mnyelamatkan diri.

Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya utk mngethui dia ikhlas atau tidak.

Mesej dari kisah ini ialah, kita jgn persoalkan keikhlasan org dan yg penting kita mesti menyangjung usaha dan program yg murni. Sudah lama org kita dibuai dgn realiti TV berbentuk hiburan semata-mata jadi kemunculan Imam muda, perlu disokongi.

d_LA said...

apa pun tak boleh..
yg dla tahu bkn senang nk jd Imam muda..perlu ilmu yg luas, yg lain x pk dah..

koko cokelat said...

siape yang beranggapan mcm tu mmg ape pon xboleh. Program Imam Muda tu mmg bagus sgt utk meramaikan lagi imam2 kat negara kite nih..tanpa golongan mcm tu, sape la yg nak jadi pelapis kan cik macy?

khairul_bariyyah said...

imam muda is good.. masa musim 1 x tngok tp yg musim 2 baru tgok.. even housemate sy yg india pon tgk n kate program ni bagus.. tp, org melayu ( islam) sdiri? hmmmm~

plumpy.tootsie said...

komen saya sama seperti komen di entry selepas entry ini :)

Zed said...

Setuju sgt2.....realiti show mcm imam muda 2 la yg ptt ditanyngkn dan pttnya dpt sokongan drpd smue malaysian. Negara kt dh byk sgt realiti show yg sia2....& cnth trbaik AF (sorry if being too direct). Drpd AF1 smpai bpe dh yg plng latest....duk menyanyi je. Last2, ada membuahkn hasil? Ada yg nama btl naik, tp ada gk yg smbung blk keje lama. Lgpn buat apa la nk lahirkn rmai2 penyanyi negara...bek lahirkn golongn professional. Xpn businessman malaysia ke...at least blh bantu nekkan ekonomi negara.