masuk Imam Muda itu riak?
Assalamualaikum.
Wah lambat sungguh maCy keluarkan entri ini, Imam Muda 2 sudah pun diketahui siapa. Baik, straight to the point. Siapa pernah dengar ada mulut yang berkata seperti di bawah :
"Aku benci peserta Imam Muda sebab guna agama untuk naikkan nama sendiri, tak ikhlas namanya, riak saja!"
Memang benar, apa-apa pun dengan agama perlu ikhlas. Hatta makan sekalipun perlu ikhlas, makan juga ibadah kan. Ikhlas itu antara kita dan Dia, tuntut ilmu agama kena lah ikhlas, buat apa nak masuk program Imam Muda bagai. Riak lettew, kata mereka.
"Imam Muda tu palsu. Jangan harap aku nak tengok, baik depan kaca televisyen saja!"
Kata ikhlas itu antara mereka dengan Dia, mana pula tahu palsu dimana? Biar sekalipun mereka palsu dalam Imam Muda, sekurang-kurangnya mereka tidak palsu dalam menuntut ilmu selama hidup mereka sebelum ini. Atau ada yang mahu kata, sebelum mereka belajar pada tahun-tahun yang lalu, sudah dapat diramal adanya program seperti Imam Muda ini?
"Aku belajar sebab nak masuk program Imam Muda sepuluh tahun lagi", kata Imam Muda Hassan di zaman remajanya.
Ada ke?
"Aku belajar sebab nak masuk program Imam Muda sepuluh tahun lagi", kata Imam Muda Hassan di zaman remajanya.
Ada ke?
Melengkapi diri dengan ilmu agama perlu ada usaha, bukan mudah seperti pergi ke audition Akademi Fantasia, boleh bergantung pada talent semata-mata.
Sekali lagi, "Aku benci orang jual nama guna agama."
Pandang sebelah mata, pernah lengkapi diri sendiri dengan ilmu-Nya? Ada diam-diam tutup aurat jaga mata maruah terbela? Ada senyap-senyap perbaiki baris bacaan ayat Al-Quran yang masih lagi banyak silapnya? Ada terfikir dengan menonton kita boleh belajar walau sedikit cuma?
Oh, ada ke menangis tengok bayi terbuang, atau kau jejaka yang tanam benih dalam rahim gadis lain dan minta untuk digugurkan? Atau kau gadis itu yang sedia untuk menggugurkan?
Entahlah. Program macam Imam Muda jadi pertikaian, program realiti nyanyian dialah nombor satu yang tekan nombor buat undian.
Dalam meluahkan pendapat, jangan terlalu extreme tetapi jangan pula terlalu liberal. Dan jangan lupa kita dipertanggungjawabkan atas setiap patah yang kita sebarkan.
maCy pun bukannya mengikuti setiap episod rancangan tu, cuma kurang selesa mendengar bicara yang suka-suka mengata. maCy rasa, dari dikutuk peserta Imam Muda, baik dikutuk mereka yang menganjurkan program yang sia-sia, sekalipun kedua program itu dari channel yang sama.
maCy pun bukannya mengikuti setiap episod rancangan tu, cuma kurang selesa mendengar bicara yang suka-suka mengata. maCy rasa, dari dikutuk peserta Imam Muda, baik dikutuk mereka yang menganjurkan program yang sia-sia, sekalipun kedua program itu dari channel yang sama.
Akhir kata, bersangka baiklah.
Semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy.
Semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy.
p/s : 2 more days to go before the Science Fair~~ Fuhh~
Comments
fikir2 kan.... =_
good job!
pendapat orang berbeza kan?
good luck :)
soal imam muda cari nama melalui agama tak nampak kerna ia cuma program pertandingan.siapa pun yang menyertainya memahami kalau program itu harus berusaha untuk tonjolkan diri utk menang.
aku tak tengok program tuh so aku tak tau kalau dowang jadi popular atau tidak.
*niat manusia, hanya Dia yang tahu..
xnmpak pun program imam muda tu seperti digembar gemburkan..
sy ikut program ni dr musim pertama lagi.
Prnh dlm satu peperangan, seorg sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorg tentera kafir quraisy dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir quraisy itu melafazkan dua kalimah syahdah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini krn baginya kalimah syahadah yg dilafazkan hanyalah pura-pura semata2 utk mnyelamatkan diri.
Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya utk mngethui dia ikhlas atau tidak.
Mesej dari kisah ini ialah, kita jgn persoalkan keikhlasan org dan yg penting kita mesti menyangjung usaha dan program yg murni. Sudah lama org kita dibuai dgn realiti TV berbentuk hiburan semata-mata jadi kemunculan Imam muda, perlu disokongi.
yg dla tahu bkn senang nk jd Imam muda..perlu ilmu yg luas, yg lain x pk dah..