ikhlas - kisah Nabi s.a.w
Assalamualaikum.
maCy sedang menyiapkan floor plan sebenarnya, mencuri sedetik waktu untuk berkongsi komen Encik Shameel Iskandar pada entri masuk Imam Muda itu riak? yang dikongsi sebelum ini. maCy tertarik dengan komen beliau yang menyelitkan kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Mari kongsikan bersama :)
"Kita hanya menghukum pada zahir dan apa yang tersembunyi dalam hati itu urusan Allah.
Pernah dalam satu peperangan, seorang sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorang tentera kafir quraisy dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir quraisy itu melafazkan dua kalimah syahadah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini kerana baginya kalimah syahadah yang dilafazkan hanyalah pura-pura semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya untuk mngetahui dia ikhlas atau tidak?
Mesej dari kisah ini ialah, kita jangan persoalkan keikhlasan orang dan yang penting kita mesti menyanjung usaha dan program yang murni. Sudah lama orang kita dibuai dengan realiti TV berbentuk hiburan semata-mata jadi kemunculan Imam muda, perlu disokongi."

***
Tujuan maCy menulis entri lepas sekadar untuk menyampaikan pandangan maCy, sebagaimana mereka yang tidak menggemari rancangan itu menyampaikan pandangan mereka. Setuju atau tidak itu terpulang kepada penilaian masing-masing, kerana tidak semua yang merasa kurma merasa manisnya, dan tidak semua yang menghirup ubat merasa pahitnya.
p/s : doakan kejayaan event kami! :)
Comments
*oh, goodluck untuk event kamu.. =)
tak salah kan
yang baik kita ikut,yg buruk kita buang
kan macy? ;)
macy ade backup besar skrg. =.=
"tidak semua yang merasa kurma merasa manisnya dan tidak semua yang menghirup ubat merasa pahitnya."
kita tak akan dapat menilai keikhlasan hati orang lain..
ok terpromosi pulak hahahaha
cantik penaipan secantik tuan - Lelaki Sulit naz
ok terpromosi lagi hahahahaa.
Saya sekadar berkongsi pandangan utk manfaat bersama.Yg baik jadikan tauladan dan yg tak baik jadikan sempadan.