ikhlas - kisah Nabi s.a.w

Assalamualaikum.

maCy sedang menyiapkan floor plan sebenarnya, mencuri sedetik waktu untuk berkongsi komen Encik Shameel Iskandar pada entri masuk Imam Muda itu riak? yang dikongsi sebelum ini. maCy tertarik dengan komen beliau yang menyelitkan kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Mari kongsikan bersama :)


"Kita hanya menghukum pada zahir dan apa yang tersembunyi dalam hati itu urusan Allah.

Pernah dalam satu peperangan, seorang sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorang tentera kafir quraisy dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir quraisy itu melafazkan dua kalimah syahadah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini kerana baginya kalimah syahadah yang dilafazkan hanyalah pura-pura semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya untuk mngetahui dia ikhlas atau tidak?

Mesej dari kisah ini ialah, kita jangan persoalkan keikhlasan orang dan yang penting kita mesti menyanjung usaha dan program yang murni. Sudah lama orang kita dibuai dengan realiti TV berbentuk hiburan semata-mata jadi kemunculan Imam muda, perlu disokongi."


*** 

Tujuan maCy menulis entri lepas sekadar untuk menyampaikan pandangan maCy, sebagaimana mereka yang tidak menggemari rancangan itu menyampaikan pandangan mereka. Setuju atau tidak itu terpulang kepada penilaian masing-masing, kerana tidak semua yang merasa kurma merasa manisnya, dan tidak semua yang menghirup ubat merasa pahitnya.


p/s : doakan kejayaan event kami! :)

Comments

the dr said…
setuju. orang melayu kita ni kekadang senang sangat nak membenci sesuatu benda padahal diorang belum tentu faham akan benda tu. daripada dok lantang membenci satu2 benda tu adalah lebih baik untuk memahami dulu.kalau dah faham, pastu memang ternyata benda tu buruk, barulah boleh benci. lebih2 lagi bab2 agama ni.nice post and nice blog
Unknown said…
haha aku paham dah sekang ni
cik ciput said…
Good one macy.. :)

*oh, goodluck untuk event kamu.. =)
Sca Ndx said…
kalau tak suka, kadang2 baik diam sahaja. heehe
agreed~ ape hak kita nak pertikaikan keikhlasan org lain.... huuu~
intan.maisarah said…
sekadar meluahkan pendapat
tak salah kan
plumpy.tootsie said…
ikhlas atau tidak mereka itu,siapalah kite untuk menilai mereka bukan?

yang baik kita ikut,yg buruk kita buang

kan macy? ;)
apa saja pandangan macy, encik psychopath setuju.



macy ade backup besar skrg. =.=
Mr. Asada said…
suka dengan ayat terakhir entri ni..

"tidak semua yang merasa kurma merasa manisnya dan tidak semua yang menghirup ubat merasa pahitnya."

kita tak akan dapat menilai keikhlasan hati orang lain..
ghost said…
taraf populariti itu yang membuatkan semua orang mula melihat ianya sebagai lakonan..
emieysandra said…
ikhlas k x..biar lah diorg sndiri yg tepuk dada tnye iman ;)
Bidadari Syurga said…
kalau bertujuan baik rasanya ok kan...? hurmmm kitapun tak tahu nak komen apa... semuanya ada aja yg tak puashati...
WZulhilmi said…
wah! buat rancangan imam muda pun timbul isu?? = ="
NAZ said…
biar lenguh menjadi diri sendiri, asalkan kita puas selama berdiri - Lelaki Sulit Naz

ok terpromosi pulak hahahaha

cantik penaipan secantik tuan - Lelaki Sulit naz

ok terpromosi lagi hahahahaa.
Elie Lily said…
bukan kita untuk menilai akan keikhlasan seseorang tu kan? :)
belogkiter said…
stuju sangat. manalah kita tau keihklasan seseorang tu kan... sekurang kurangnya .. menonton rancangan ini, memberikan kita banyak contoh tauladan dari kita melihat rancangan yang tak berfaedah....
cores said…
betul tu... adus kekadang payah juga memikirkan minda manusia yang berbagai bentuk...
Salam Macy.
Saya sekadar berkongsi pandangan utk manfaat bersama.Yg baik jadikan tauladan dan yg tak baik jadikan sempadan.
Liyana Zahim said…
Iklas tak boleh dlihat tp hanya mmpu dirase~
lady-D said…
hrp yg x fhm tu bacalah jwpn tentang ikhlas ni kan..
ikhlas tu bukan kita , manusia yang menilai

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya