Saturday, January 22, 2011

muntah

Assalamualaikum.


"Wekk..". Kepala paip silver yang tampak mewah digenggam dan dipulas segera bagi memuntahkan air bersih, mengurangkan kepekatan cairan muntah putih kuning gadis berusia 19 tahun itu. Berkumur serta membasahkan muka. Kepala paip dipulas kembali menghentikan muntahan air bersih sebentar tadi.

Kali itu merupakan kali ketiga dia muntah untuk hari ini. Kesal merobek dada. Air mata mencurah laju, menahan sakit loya, menahan sakit senak kepala memikirkan masalah dunianya hari itu. Muntahan perasaan itu benar sukar dilayan tetapi tetap menguasai ceruk kepala minda dan akal yang sebenarnya waras tapi diperbodohkan nafsu sendiri. Bodoh yang tetap bodoh. Menjadi gadis cantik punya aset mahal yang diberi percuma untuk dicoba jantan hilang akal tidak dipastikan kemampuan untuk menjadi imam sebuah keluarga bahagia.

Kebodohan semalam membenarkan jantan keparat itu memuntahkan air mani ke ruang sempitnya benar-benar memakan dirinya kali ini. Dipegang perutnya sekali lagi, bagaimana bila tiba saat perut itu memboyot dek hasil sperm sihat buah hati haramnya kian matang di dalam rahimnya?

Lelaki, jangan muntah merata-rata. Perempuan, jaga diri, jangan muntah kerana roh yang bakal ditiupkan hasil dari perbuatan yang tidak sihat. Apa jua cara untuk mengelakkan persenyawaan berlaku, jika dari awalnya sudah haram, dosa tetap dosa.

~Coretan hasil idea entry Miecyber. Valentine menyumbang kepada perbuatan kes buang bayi di Malaysia.


p/s : kasihan bayi hasil sperm yang penat mengatur strategi untuk menang dalam perlumbaan hebat demi bertemu ibunya, akhirnya dibuang begitu sahaja~

56 comments:

MATAHARI said...

ffufuuuuu. ini paling power pok.

muntah!

nisa said...

wah, muntah boleh bawak banyak maksud rupanya.
really nice. (:

d_LA said...

kene pandai bawak diri walau di mana kita berada..kuatkan iman di dada..

PecahKata said...

kadang-kadang muntah sendiri.

JIJI YU said...

muohohoh..dasat tol..mmg aku teruja ni tgk penggunaan bahase ko..claps2....huuuuu siyes truje

zulaikha zulkifli said...

nice,,kak macy..

Izan Ishak said...

jangan terlalu ikut kata hati.

Miecyber said...

Iman adalah benteng untuk mempertahankan diri dari segala perkara terlarang...

Ehh..Miecyber tu macam nama saya jer...

Thanks maCy...:D

Dana 1MDB : Q & A

hiro said...

bakal guru sila ambil berat..keh2

syarifah radiah ibrahim said...

insyaAllah iman dan hati yang kuat dapat elakkan kite dari 'muntah'



nice one macy!
;)

echah mashuri said...

er..er..yg pnting jgn turutkan nafsu sgt!

emieysandra said...

bagus2..

kasihan, sia2 je sperma tu..

niesz said...

betul2..niesz setuju!jgn mudah terpedaya ngn ayat manis laki..yg rugi, pompuan tu jgk nnti..

gabanMorka said...

mase aku kecik, aku muntah olok-olok sebab xnak puasa..haha

Uchi kay-f @hmad said...

pergh dasat muntah.........entry pun cun..


dik2..ehem3..ni pedagang mosepad dah dtg...

mouse pad......mousepad... meh2 dtg blog saya...ade byk design mousepad..hi3 :p


http://uruchimaru-kf.blogspot.com/2011/01/merajuk-dengan-ebay-jadi-saya-nak-jual.html

Chaoi said...

besgitu sadis seh entry ni..takut lak nak bace..hehe

padin said...

bluekkkk muntah kat sini ekekee

wah baik penulisan macam ni, indah je bila di baca...

Poyaty said...

macy, sis kagum. hahaha. memula bc nak termuntah sbb imagine yg bebukan

althafunisa said...

jgn buang mani merata2...kalau tak tahu nk buang kat mana, buang kat pusat sperm donation cam cter 3dad 1mom...

Sca Ndx said...

muntah berdarah berdaging lah ea. p/s itu hebat. tak pernah terfikir.
menang yang takkan menang apa-apa.

iqbalhakimi said...

setuju dengan coretan macy nie =)

Mat Ganu said...

mintak jauh la...aminn

ruby bieha said...

hebat coretan kmu

hamzah ian said...

erm

dunia..

ijatnuar87 said...

aiyark...entri yang betul2 menikam kepala la...mintak2 la dijauhkan...smoga saper2 yg suke muntah tu sedar diri la deh...

f_aRa_aINa989 said...

wohoo..muntah yg bagus...

;)

NAJ HEBAT said...

Aku hanya mahukan yang suci dan halal. Lagi diredhai.

Muntah. Jadikan muntah itu satu memori indah.

Sekian.

Sayang.. jom kawen.

**sHiKinn** said...

erm..entry penuh bermakna.Harap semua mengambil iktibar.

**sHiKinn** said...

erm..entry penuh bermakna.Harap semua mengambil iktibar.

::cdot the dot:: said...

alhamdulillah...


aku halal sumanya...

daud said...

ni la akibat enjoy sampai muntah

Niz said...

uhuuuu!
best entri ni.
lagi?

*ketagih

=)

akubiomed said...

@nisa
Muntah tidak semesti mengandung atau morning sickness mugkin disebabkan perut masuk angin :-)

akubiomed said...

@nisa
Muntah tidak semesti mengandung atau morning sickness mugkin disebabkan perut masuk angin :-)

ishiko said...

wauuww... hebat~

*yee... yan tu clasmate sy~

cemomoi said...

muntah memikirkannya....

TUKANG KATA said...

nak termuntah tgk org islam sambut valentine day.

nice entri babe :)

Ieqa Swetluv said...

uishh muntah pun ada banyak makna kan macy! hehe

wachak said...

makan sorok2 dah kenyang sendawa depan org ...

Raji berkata said...

this is really meaningful ;D
its a different thing bayi yg disambut dgn gembira oleh ahli keluarga and bayi yg dsmbut dgn kutukan masyarakat sekeliling..
nauzubillahi min zalik

ASaDa RyutaRo said...

saya suka pesanan ini.. 'lelaki! jangan muntah merata!' ;)

perkasa benteng iman untuk melawan serangan nafsu..

HEROICzero said...

aiyo ingat muntah biasa2. hurmm~

eh,hidup tapi mati itu menarik. baru baca. =)

Cikbelog said...

bila nafsu mengawal minda dan emosi

TunTeja said...

post yang sangat best.
good job macy!

NuSaNa NoSa 91 said...

woooo~ terbaik la maCY.. walaupun simple, tp senang difahami~ ^_^

aLya said...

ish..takot jap alya bace entri muntah-muntah. scary bile muntah merata-rata. buruk akibatnya..

Akulah Aqilah Itu said...

niat saya nak komen entry atas, tapi tak boleh.. kenapa entah. =(

rossoneri said...

like the sarcastic word 'muntah', but hate the act of 'muntah'

Hazwan Basketball said...

abg suke entri muntah. well said! self-written kan?

LadyBird said...

sape yg salah ek dalam situasi ini?
adakah si gadis itu kerana memberi peluang? Ataukah si lelaki yang pandai mengambil peluang?

♥..cik_mas..♥ said...

entry terbaik macy

adrinaqamarina said...

sokong! penat3 berlawan dengan beribu sperm, last dibuang cam sampah je. sedey nye dye~

Encik Tikus said...

dah lama tak muntah

Dakwat Basah! said...

macy ~ klu muntahan sperm tu baru berlaku semalam, hari ini budak 19 tahun tu sepatutnya belum muntah lagi. biasanya tanda2 awal spt muntah2 akan berlaku selepas beberapa minggu mengandung. ada segelintir pula akn rasa mual slepas beberapa hari mgandung.

apapun, anda tulis kebaikan, mencegah kemungkaran.

d_tieah said...

Sangat best..
Terlepas entry ni sebab tak bw smlm dan smlm..
Byk kali word muntah kuar kan..
Hahaha.. ~nice

khairul_bariyyah said...

s.a.y.a.s.u.k.a.e.n.t.r.y.n.i :))