Wednesday, March 17, 2010

Malu denganku, mana malumu dihadapan-Nya?

Assalamualaikum..

Sebenarnya sudah lama jari jemari ini menyentuh keyboard, namun lemah untuk mengetuknya bagi berkongsi perihal ini. Mengapa? Kerana sedar akan kelemahan diri, dan barangkali insan kerdil ini jauh lebih lemah dan kurang baik berbanding yang membacanya. Tapi bukankah kita perlu melihat pada apa yang disampaikan, dan bukan pada siapa yang menyampaikan?

Hati ini sering tertanya-tanya, benarkah umat akhir zaman hari ini, sudah mula hilang rasa malunya? Mungkin tidak (dengan sinisnya), kerana kedengaran suara-suara halus merdu sesetengah mereka..

"aku malu dengan ko, aku tau ko baik, aku ngan bf aku jalan holding hands, aku tau ko tak macam tu.."

"malu lah nak approve maCy kat Facebook, pic banyak freehair, nanti maCy cakap ape pulak.."

Mengapa ya, malu denganku. Mengapa tidak malu dengan-Nya? Takut denganku, mengapa tidak kau takut dengan-Nya? Kadangkala hati ini berkecai, tatkala diri sendiri gagal untuk menegur pada mana yang buruk, sesungguhnya diri ini masih lemah dan kurang sempurna, tapi masih lagi mampu menangis tatkala melihat sahabat sendiri, berpelukan sesama lelaki perempuan! Aku sememangnya masih belum mampu menjadi seorang bidadari syurga mahupun dunia yang bisa menyejukkan mata-mata yang memandang, barangkali belum cukup layak juga untuk mencoret kata bagi memperkatakan tentang ini. Tapi aku benar-benar mahu menangis sepuas hati melihat kau yang tidak punya rasa malu dengan-Nya, begitu gah bangga berpelukan serta berkucupan. Menyentuh bibir lelaki perempuan yang belum menjadi hak, bagiku, itu sudah melampau!

"Demi Allah, adalah tangan Rasulullah belum pernah menyentuh tangan wanita kecuali yang beliau miliki (nikahi)." [HR Al-Bukhari]

Dari Ma'qil bin Yassar, ia berkata, "Rasulullah saw bersabda, "Seandainya kepala seseorang itu ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih ebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (HR Ath-Thabrani)

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (an-Nur : 31)

Sedar, insan kerdil ini belum cukup sempurna, sedar, insan kerdil ini belum mampu untuk melembutkan hati sendiri, sedar di bawah sedar.. Aku siapa untuk berkata-kata? Tapi kau siapa untuk berbuat begitu di luar penglihatanku, tapi di dalam penglihatan-Nya?

~Sekadar teguran serta muhasabah untuk diri sendiri..

17 comments:

aNoZ said...

jazzakillah.. thnx for sharing

~ ReD ~ said...

insaf=)

Serikandi Mujahidah... said...

emm...mmg btul pn...realiti skg...y pnting,kt kn slalu ingtkn dri k...sma2 mgingati...

cemomoi said...

iye memang patut malu pada tuhan... tapi kalu ada malu sikit kat manusia kira okey gak walaupun dari sudut tasauf tu dah kira syirik pada Alllah.. ni masalahnya manusia dah tak malu langsung dah dorang buat terang-terangan la pulakkkk

cAt said...

Peringatan yang baik..thanks!!

s y i e r a said...

masih ade yg mngingatkan (:

sYaMi-Satu Penjuru said...

proud of you dik=)
keep it up!! LIKE-LIKE!!!
manusia alpa sering rugi..ingt tu..

"aku sgn aa pakai bju ni, sbb ko ade..baju ni kecik"..

biasa lafaz ni, dan seangkatan dengannya meniti di bibir2 yang bersua muka. erm, teruskan mengingatkan, doa dia mga diberi hidayah, dan kita terus kekal dlm keadaan yg diredhaiNya.

maCy said...

anoz : welcome :D

red : alhmdulilah.. huhu :)

cemomoi : betul2.. yg terang-terangan tu lg melampau..

cat : sesame :D

syiera : sama2 mengingatkan.. semoga x tgelongsor jauh..

syami-Satu penjuru : syukran kak sya.. saye pun banyak lemah, n perlu diperingatkan :)

ayesyaazreena said...

thanks for sharing =))

maCy said...

most welcome ayeesyaazreena :)

Badak Comel said...

wah.. thanks share it.
mengingati semula...

chemay said...

tengs 4 sharing
kadang2 kite x sedar yg kite mudah lupe mende2 yg penting :)

Fyra Ruslan said...

Nice opinion!

Ini realiti. Ramai yang lupa tentang ini.
^.^

maCy said...

badakcomel : sama2 mngingati :)

chemay : betul2.. saye lupe chemay ingatkan ye :D

Fyra Ruslan : thanks dear :D

Pacifist said...

salam dik,bagus,teruskan menyampai.nasihat bkn milik org kuat agama,ttp milik insan yg mengaku Allah itu Esa.jgn takut dgn kejian dan pujian kerna kita hanya mengharap redha Ilahi.ketidaksempurnaan kita hanya antara kita dan Allah yg Maha Sempurna.sesama manusia kita adalah sama,yg paling baik adalah yg paling bertakwa.sampaikan walau satu ayat.kebenaran itu pahit,ttp kenkadang yg pahit itu ubat.sekurangnya bila kita dah menyampai,kita dah terlepas dari satu beban,kerana tujuan kita hidup adalah "sesungguhnya solatku,hidupku,matiku hanya utk Allah"

Anonymous said...

tp kan macy
mcamana pulak kalo seseorang perempuan itu bercakap terlalu lembut dan ala2 manja gitu wpun bukan dengan muhrimnya?
bukankah kite perlu bercakap dengan tegas.
tp masih mengekalkan kelembutannya?
apa pendapat anda?

matadore said...

@Anonymous

anony,

Suara pompuan mengada-ngada adalah aurat dengan bukan muhrim kalau dah sampai lelaki dengar boleh naik syahwat.
yang manja-manja tu, kurangkanlah.
try control suara. even if it is natural, cari kelas vokal mana-mana supaya ditegaskan.
jazakallah