kembali.
Assalamualaikum.
Pertama-tamanya maaf dipinta kerana sudah lama tidak update. Tapi maCy tetap melawat semua, cuma kadangkala ada entry yang tidak maCy tinggalkan jejak. Pergi maCy bukan sengaja. Bukan juga kerana cinta, kerana maCy cuma gadis biasa yang mungkin berbeza dari kehendaknya. Tidak mahu menjadi perigi mencari timba, pinggan mencari sudu mahupun pencil case mencari pensel~ Jika dia kembali, maka... ~sambung sendiri. Tapi, sebenarnya... Ah, lupakan~
Sebenarnya kehilangan maCy selama 5 hari ini punya matlamat tersendiri. Sebelum ini maCy telah habis melawat kembali kesemua blog yang maCy follow, dan kali ini maCy telah tamat melawat kesemua blog di master linky di sebelah ini. Sumpah. Benar-benar rasa nak muntah. Bukan apa, hari pertama bermula, ada 300++ link, hari ketiga bila disemak semula bilangan link semakin meningkat hampir ke 500 link jadi semakin muntah biru maCy berusaha menamatkan marathon master linky ini. Rajin, kata Platipus. Sekadar penghargaan, tandanya mereka pernah menjengah ke blog Aku, Kau & Mereka ini bukan?
Matlamat utama sebenarnya adalah untuk turut membaca kembali kesemua entri maCy sepanjang tahun 2010. Suka duka nangis tawa, segalanya maCy kenang kembali. Menongkat masa lama saat hati berduka, merentas saat suka gembira tertawa. Mengimbas sepintas lalu saat masa berdetik yang telah berlalu. Menangis ketawa membaca entri lama. Merenung kembali perjalanan arus dunia maya yang hampir tapi jauh dengan alam sebenarnya. Sekaligus mengambil pengajaran terhadapa apa yang berlaku sepanjang tahun demi memperbaiki diri dan penulisan sendiri.
Melihat kembali semuanya, dapat maCy lihat perubahan dan sedikit kematangan dalam penulisan di sini. Bermula dengan entri pertama yang merupakan luahan rasa hati, diikuti entri seterusnya yang berbentuk penceritaan secara santai bergilirkan tawa penulisan bak menaip mesej bersama si Robin Hood. Sedikit ceria dan keanak-anakan di situ. Tidak ketinggalan, masih kadangkala menggunakan singkatan dan perkataan yang tidak laku dalam surat rasmi.
Mengimbas kembali, entri yang berjaya menarik paling ramai adalah entri cinta blogger. Barangkali blogger memang gemar membaca mengenai kita sesama keluarga.
Ketawa membaca entri sendiri. Rasa malu menebal ibarat salji yang meliputi daerah yang mengalami musim dingin terlampau. Membaca entri sendiri, terfikir mengapa kamu membaca entri disini yang tidak begitu jelas apa menariknya?
Mahu mengetahui siapa maCy sebenarnya? Klik Sini

p/s : akan cuba kembali mengasah mata minda untuk kembali bercerita~
Comments
meriahkan la blog macy ne, blog ni best la, even dye hanyalah life journal seorang gadis biasa :)
tc yang~
kita nyer polower pown tak terjengahkan...huhuhuhu
cantiklah header tu macy...cun~
layout tetap hitam di hati hehehe
hehe. my perspective: aku suka header lama tu. sebab unik. kerana sudah menjadi tipikal muka yang diperlihatkan di banner. tapi macy lain. menutup muka sendiri.
ok.memang rajin membuat marathon tu.
bah.bagi aku lah, blog ni umpama laman rumah, kami datang menziarah. dan perspektif kami semua lain2 ketika bertandang. ada yang tak suka perhiasan rumah kamu, ada yang suka makanan yang kamu hidangkan, tp keistimewaan makanan itu sendiri yang digarap oleh hati yang menjadi manisnya. dan kami hadam. ada yang tak suka, ada yang membenci. tidak dapat kita nak puaskan hati mereka bukan.
salam. :P
haha ^^
tertipu dengan,
mahu mengetahui siapa maCy sebenarnya? Klik Sini.
ingat betol...
btw,
gmbr header baru..
nice...
*rasa mcm baru. sbb baru perasan...hehe
Macy kaya..
Nak hp free satu boleh tak?
Tak nak bb, ipad ke iphone ke, cukup dapat msg, dapat call..
Hp kamera gak eh..
Please.. *Buat muka tak malu..
terharu x? :)
hohoho sememangnya kau sgt rajin
;D
eh header dh tnjuk muka
hak2
macy, lama sudah missnina tak ke sini.
teruskan berblog, rajin kamu bw ya!
bawa yang baik2 ke 2011 okay?
nanti sis buatkan milo utk macy yerr... :p~
hyeee macy~ selamat kembali (^^,)
nice to be here!
oh yeah!
fames maCy dh kembali ^^
lawa ah macy... eh silap.... banner.... lawa banner... huhuhu...
tahniah sebab maCy dah capai kejayaan tuh,
mmg ada rupa blog seorang bakal guru sains =) serius.. moga berjaya macy..