Wednesday, January 5, 2011

kembali.

Assalamualaikum.

rupa lama~

Pertama-tamanya maaf dipinta kerana sudah lama tidak update. Tapi maCy tetap melawat semua, cuma kadangkala ada entry yang tidak maCy tinggalkan jejak. Pergi maCy bukan sengaja. Bukan juga kerana cinta, kerana maCy cuma gadis biasa yang mungkin berbeza dari kehendaknya. Tidak mahu menjadi perigi mencari timba, pinggan mencari sudu mahupun pencil case mencari pensel~ Jika dia kembali, maka... ~sambung sendiri. Tapi, sebenarnya... Ah, lupakan~

Sebenarnya kehilangan maCy selama 5 hari ini punya matlamat tersendiri. Sebelum ini maCy telah habis melawat kembali kesemua blog yang maCy follow, dan kali ini maCy telah tamat melawat kesemua blog di master linky di sebelah ini. Sumpah. Benar-benar rasa nak muntah. Bukan apa, hari pertama bermula, ada 300++ link, hari ketiga bila disemak semula bilangan link semakin meningkat hampir ke 500 link jadi semakin muntah biru maCy berusaha menamatkan marathon master linky ini. Rajin, kata Platipus. Sekadar penghargaan, tandanya mereka pernah menjengah ke blog Aku, Kau & Mereka ini bukan?

Matlamat utama sebenarnya adalah untuk turut membaca kembali kesemua entri maCy sepanjang tahun 2010. Suka duka nangis tawa, segalanya maCy kenang kembali. Menongkat masa lama saat hati berduka, merentas saat suka gembira tertawa. Mengimbas sepintas lalu saat masa berdetik yang telah berlalu. Menangis ketawa membaca entri lama. Merenung kembali perjalanan arus dunia maya yang hampir tapi jauh dengan alam sebenarnya. Sekaligus mengambil pengajaran terhadapa apa yang berlaku sepanjang tahun demi memperbaiki diri dan penulisan sendiri.

Melihat kembali semuanya, dapat maCy lihat perubahan dan sedikit kematangan dalam penulisan di sini. Bermula dengan entri pertama yang merupakan luahan rasa hati, diikuti entri seterusnya yang berbentuk penceritaan secara santai bergilirkan tawa penulisan bak menaip mesej bersama si Robin Hood. Sedikit ceria dan keanak-anakan di situ. Tidak ketinggalan, masih kadangkala menggunakan singkatan dan perkataan yang tidak laku dalam surat rasmi.

Mengimbas kembali, entri yang berjaya menarik paling ramai adalah entri cinta blogger. Barangkali blogger memang gemar membaca mengenai kita sesama keluarga.

Ketawa membaca entri sendiri. Rasa malu menebal ibarat salji yang meliputi daerah yang mengalami musim dingin terlampau. Membaca entri sendiri, terfikir mengapa kamu membaca entri disini yang tidak begitu jelas apa menariknya?

Mahu mengetahui siapa maCy sebenarnya? Klik Sini


p/s : akan cuba kembali mengasah mata minda untuk kembali bercerita~

42 comments:

adrinaqamarina said...

yang, rina dah baca prev entry dan dah compre, memang ada kematangan tu~ :)

meriahkan la blog macy ne, blog ni best la, even dye hanyalah life journal seorang gadis biasa :)

tc yang~

eiffel said...

wah!rajinnyer!!!!!

kita nyer polower pown tak terjengahkan...huhuhuhu

iqbalsyarie said...

new header :)

mario said...

rajinnya...semoga berjaya ye...

Izan Ishak said...

yay!!!macy dah kembali.
cantiklah header tu macy...cun~

Lan Bingka said...

maCy memang hebakk..;)

rossoneri said...

wuhu header blog baruuuuu...
layout tetap hitam di hati hehehe

MATAHARI said...

honestly,
hehe. my perspective: aku suka header lama tu. sebab unik. kerana sudah menjadi tipikal muka yang diperlihatkan di banner. tapi macy lain. menutup muka sendiri.

ok.memang rajin membuat marathon tu.
bah.bagi aku lah, blog ni umpama laman rumah, kami datang menziarah. dan perspektif kami semua lain2 ketika bertandang. ada yang tak suka perhiasan rumah kamu, ada yang suka makanan yang kamu hidangkan, tp keistimewaan makanan itu sendiri yang digarap oleh hati yang menjadi manisnya. dan kami hadam. ada yang tak suka, ada yang membenci. tidak dapat kita nak puaskan hati mereka bukan.

salam. :P

platipus said...

header baru..wewiit

Hamba Allah said...

w0w..layout dgn header bau kedai laa
haha ^^

emieysandra said...

penulisan macy agak bagus, akak suke! :D

CIK TOM said...

rajin giler macy!!cik tom mmg dah lm xdpt buat camtu..busyyyy~

Kerull said...

Salam Macy..sorry lama tak melawat..tq sudi jengah2 umah akak ye...

Chaoi said...

setuju dengan adrinaqamarina tu..life journal gadis biase tapi ada aura tersendiri yang menarik minat ramai pembaca...

Phat Lee said...

tetiba gua rase macam nak asah pensil.

Yuni Aisyah said...

wah..mmg hebat macy nie...mmg muntah terus kot usya blog byk tu..gile la..pape pon teruskan usaha macy.:)

Zara Hannan said...

hoho. header blog baru yer macy.. canteeeekkk~ ^_^ btway zara dlu pun perasan entry pertama dan entry skrg cmne. huhu. masa mematangkan kita lah kan. gudluck to u. :)

.cik yaya. said...

macy leh je join segmen shopping online tuh...sila join ye..hehe

hackshitam said...

cesss..
tertipu dengan,
mahu mengetahui siapa maCy sebenarnya? Klik Sini.
ingat betol...
btw,
gmbr header baru..
nice...
*rasa mcm baru. sbb baru perasan...hehe

d_tieah said...

Perghhhhhhhhhhhhhh..
Macy kaya..
Nak hp free satu boleh tak?
Tak nak bb, ipad ke iphone ke, cukup dapat msg, dapat call..
Hp kamera gak eh..
Please.. *Buat muka tak malu..

Sharinginfoz said...

lawat jangan tak lawat ya

khairul_bariyyah said...

baca blog macy dlm keadaan takot2.. sb guruh n kilat sgt dasyat!!.. heee~
terharu x? :)

Raji berkata said...

huhu org yg meninggalkan jejak pun belum habis lagi nk terjah balik semua
hohoho sememangnya kau sgt rajin
;D

eh header dh tnjuk muka
hak2

miss nina said...

salam.
macy, lama sudah missnina tak ke sini.

teruskan berblog, rajin kamu bw ya!
bawa yang baik2 ke 2011 okay?

Black_roses92 said...

hehe..new header! anyway, moga bertambah ramai follower tegar yang selalu datang melawat.. ;)

TunTeja said...

selamat kembali macy! :)

Catherine- said...

hebat macy!!

nanti sis buatkan milo utk macy yerr... :p~

ASaDa RyutaRo said...

hooo.. dah matured lah sekarang ni kan? hihi ;P

hyeee macy~ selamat kembali (^^,)

meo suke macy said...

hohohoh... hepi blogging fren!

nice to be here!

oh yeah!

caliph shuriken said...

waa.. header baru..
fames maCy dh kembali ^^

Abang Jonni said...

phewittt..... huiyyooooo....

lawa ah macy... eh silap.... banner.... lawa banner... huhuhu...

althafunisa said...

no wonder lah you have a lot of followers..

althafunisa said...

no wonder lah you have a lot of followers..

NuSaNa NoSa 91 said...

rajinnya macy.. bila la keen ada masa nk wat cm2.. huk3~ T__T

cemomoi said...

masih cari mood balik ke?

Aretikz said...

Pergh ~ header baru.. hehe.. besalah tu.. kita sentiasa ingin meningkat.. takkan statik.. teruskan usaha ya? hehe..

padin said...

semestinya macam tu kan maCy.. semakin lama, mesti menambah pengalaman dan kematangan..

tahniah sebab maCy dah capai kejayaan tuh,

msTeddy said...

header baru ea maCy? cantek..terus menulis ye..msTeddy baca semua entri maCy..tp kdg2 ade gak yg xsempat n xkomen..

buDAK keCIK said...

betul2... bila dh baca entry yg dolu2, kita bley nmpk perubahan kita~!

dya adriza said...

macy.. so sweet header. dan blog ni.. seriusly! dah nampak macy sebenarnya siapa..

mmg ada rupa blog seorang bakal guru sains =) serius.. moga berjaya macy..

She's retarded said...

rajin giler! tabik spring la

sitinorafatien said...

rajennye macy ...dahsyat a