Rezeki Anak, bukan kita yang tulis.
Assalamualaikum..
Lama tak update. Bersarang kerana kesibukan dunia cikgu hari ini. Tapi kenapa harini dapat update? Sebab dapat mc. demam.... Lepas makan ubat rasa lega sikit. Ubat habis efek nanti lentok semula. huhu
Credit to google
Semalam terbaca luahan seorang kakak senior di fb. Ayat yang tidak dapat diterima (lebih kurang ye), 'Guana kahwin dah lama tapi tak ada anak.'
Allahurabbi. Rezeki bukan di tangan manusia. maCy sendiri dulu sering disoal.
-**** dah pregnant, awak bila lagi. kejar.. kejar..
-kakak2 awak yg lain dulu pun jenis lambat pregnant ke?
-lambat dapat anak ni.. merancang ke??
Itu antara ayat yang masih diingat sehingga kini.. Tak lupa, yang lewat rezeki, mengadu sedih disoal itu ini, tapi bila sampai sahaja rezeki dia, terus kata 'Cepat maCy, aku nak anak kau sebaya anak aku.' Wah.. Terus jadi sama dengan mereka yang konon awalnya menyakitkan hati..
Adatlah, bila seorang, ditanya bila nak berdua. Dah berdua, ditanya bila nak bertiga. Tapi manusia ni biasanya kurang sensitif kerana Allah dah kurniakan kebanyakan mereka dengan rezeki yang mudah dan cepat.
Ask Him. Dont ask us mengapa rezeki lewat. Didik lah hati untuk bersabar, dan didik lah hati agar sensitif dengan situasi orang lain.
p/s : Doakan maCy sembuh!
Comments
Benar siapa kita ni? Nak gerakkan mata pun atas ikhsanNya apa lagi nak dpt baby. Bersama kita renungkan.
HEEE, SALAM KENAL
YUI ADA JA CUMA MGKIN JARANG UPDATE SEHARI DUA NI.
Tapi pe'el ada sesetengah manusia, "Eh, anak dah besar, bila nak tambah sorang lagi??" Huiiii, panas telinga..Dia ingat beranak ni main hentam jeker??..Sabar jela..(>,<)
Isteri naik sorang -- orang mengata
Suami naik sorang -- orang mengata
Dua - dua naik -- orang mengata
Dua - dua tak naik -- orang mengata juga..
Jangan heran sangat orang nak kata, nanti xjadi kerja..