Thursday, May 5, 2016

Rezeki Anak, bukan kita yang tulis.

Assalamualaikum..

Lama tak update. Bersarang kerana kesibukan dunia cikgu hari ini. Tapi kenapa harini dapat update? Sebab dapat mc. demam.... Lepas makan ubat rasa lega sikit. Ubat habis efek nanti lentok semula. huhu

Credit to google

Semalam terbaca luahan seorang kakak senior di fb. Ayat yang tidak dapat diterima (lebih kurang ye), 'Guana kahwin dah lama tapi tak ada anak.'

Allahurabbi. Rezeki bukan di tangan manusia. maCy sendiri dulu sering disoal. 
-**** dah pregnant, awak bila lagi. kejar.. kejar..
-kakak2 awak yg lain dulu pun jenis lambat pregnant ke?
-lambat dapat anak ni.. merancang ke??

Itu antara ayat yang masih diingat sehingga kini.. Tak lupa, yang lewat rezeki, mengadu sedih disoal itu ini, tapi bila sampai sahaja rezeki dia, terus kata 'Cepat maCy, aku nak anak kau sebaya anak aku.' Wah.. Terus jadi sama dengan mereka yang konon awalnya menyakitkan hati..

Adatlah, bila seorang, ditanya bila nak berdua. Dah berdua, ditanya bila nak bertiga. Tapi manusia ni biasanya kurang sensitif kerana Allah dah kurniakan kebanyakan mereka dengan rezeki yang mudah dan cepat.

Ask Him. Dont ask us mengapa rezeki lewat. Didik lah hati untuk bersabar, dan didik lah hati agar sensitif dengan situasi orang lain.

p/s : Doakan maCy sembuh!


12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sudah sering dikatakan lidah manusia ini lebih tajam dari pedang. Berhati-hati bila menggunakan lidah apa lagi sehingga mampu menghiris tangkai jantung/hati org lain..

Benar siapa kita ni? Nak gerakkan mata pun atas ikhsanNya apa lagi nak dpt baby. Bersama kita renungkan.

♥TheOnlyFarah♥ said...

Betul tu..hanya yang mengalami jer akan memahami.. sabar k..semua tu kuasa Allah..hanya dia yang tahu apa yang terbaik buat kita.. just ignore mulut2 puaka tu semua..k..be strong..=D

nuyui a.k.a miss YUI said...

MULUT MANUSIA..BIASALAH TU..

HEEE, SALAM KENAL

YUI ADA JA CUMA MGKIN JARANG UPDATE SEHARI DUA NI.

Hazmin Hamudin said...

Rimaskan bila kena tanya soalam macam ni. Susah nak mendidik orang untuk faham ni. Karang bagi jawapan sepatutnya, sentap pulak.

Ain Cho'in said...

Biasa la manusia Macy.. :) Ain dulu pun sama..Alhamdulillah, lepas 5 bulan mendirikan rumah tangga, Allah bagi rezeki..Nak tunggu 5 bulan lama sangat..Sebab orang dok tanye, stress rasa.. :( Perancangan Allah terbaik, kadang-kadang Allah tak bagi kita rezeki anak lagi mungkin ada sebab..

Tapi pe'el ada sesetengah manusia, "Eh, anak dah besar, bila nak tambah sorang lagi??" Huiiii, panas telinga..Dia ingat beranak ni main hentam jeker??..Sabar jela..(>,<)

Raihanah Ahmad said...

get well soon macy. ya betul, rezeki anak ni dari Allah semuanya

tiga lalat said...

nak poskad? bak address., ;p

tiga lalat said...

3lalat@gmail.com

tiga lalat said...

xnk xper.,

Macy Humaira said...

xhapal alamat duk apartment ni.. alamat skolah baru pn blom hapal. kiki

padin no said...

Teringat ilustrasi suami, isteri & keldai..
Isteri naik sorang -- orang mengata
Suami naik sorang -- orang mengata
Dua - dua naik -- orang mengata
Dua - dua tak naik -- orang mengata juga..

Jangan heran sangat orang nak kata, nanti xjadi kerja..

LadyBird said...

Macy... Huhu.. Akk pun stress juga ni... Org asyik suh tambah anak jerk.. Mcm xpuas hati je kite ade sorang anak.. Sorg ni pun dah sgt2 bersyukur dah..