:: inspirasi
Assalamualaikum,
"Apa yang kita ingat dari kenangan-kenangan
yang dirakam oleh kita? Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau
kejadian adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun boleh terlupa.
Tetapi, tidak dengan rasa. Rasa senang, rasa sedih, yang akan terus kita
bawa tanpa mudah tercicir di sepanjang perjalanan kita. Dan semakin
kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan-kenangan
tersebut ada satu rasa yang paling besar."
Petikan kata indah dari kisah ini seakan mengetuk pintu, membuka hati, dan membuat kepala berputar berfikir sendiri.
Semalam aku mengalah dengan rasa yang tidak kepastian hujungnya.
Semalam aku berhenti kerana ada Hyde yang tersembunyi di sebalik Jekyll.
Semalam aku berhenti kerana ada Hyde yang tersembunyi di sebalik Jekyll.
Dan hari ini aku mahu membuka pintu untuk mereka yang sudi membaca.
Paling tidak, aku ingin menulis sedikit-sedikit sebagai terapi untuk aku sendiri.
Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya pasti ada sedikit inci tulisan dari yang lepas yang bisa memberi pengajaran.
Jika tidak banyak, pasti ada sedikit inci pengalaman manis yang kita kongsi bersama.
Jika tidak buat kamu, barangkali buat aku sendiri.
Dengan itu, assalamualaikum :)
Menulis itu satu passion.
dan berkongsi perkara baik biarpun diri belum cukup baik itu satu ambition.
Comments
mula semula atau bagaimanapun, yang aku dan sekalian mahu hanya kamu yang lebih bernyawa dari nyawa-nyawa yang dahulu.
hidup itu sendiri sebuah buku teks yang terlalu luas untuk kita selak dan faham; maka tidak pernah salah untuk terjelepuk di satu sudut dan berguris luka seketika, sebelum menyusung kuderat yang berbaki dan bangkit untuk berdiri.
ska.
maCy.
my little sister.
be a survivor.
dan survivor sendiri hidupnya tahu senyum dan ketawa bukan?
*senyum*
hi, saya AJ.
*senyum*
lama x jenguk blog kamu ni..
sihat tak tu?
menukilkan kenangan mencipta pertimbangan pada impian..
dan berkongsi perkara baik biarpun diri belum cukup baik itu satu ambition.
hai!
LOVE - one of my all time favs. ever. :)