:: inspirasi

Assalamualaikum,


"Apa yang kita ingat dari kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita? Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun boleh terlupa. Tetapi, tidak dengan rasa. Rasa senang, rasa sedih, yang akan terus kita bawa tanpa mudah tercicir di sepanjang perjalanan kita. Dan semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan-kenangan tersebut ada satu rasa yang paling besar."

Petikan kata indah dari kisah ini seakan mengetuk pintu, membuka hati, dan membuat kepala berputar berfikir sendiri.

Semalam aku mengalah dengan rasa yang tidak kepastian hujungnya.

Semalam aku berhenti kerana ada Hyde yang tersembunyi di sebalik Jekyll.

Dan hari ini aku mahu membuka pintu untuk mereka yang sudi membaca.

Paling tidak, aku ingin menulis sedikit-sedikit sebagai terapi untuk aku sendiri.

Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya pasti ada sedikit inci tulisan dari yang lepas yang bisa memberi pengajaran.

Jika tidak banyak, pasti ada sedikit inci pengalaman manis yang kita kongsi bersama.

Jika tidak buat kamu, barangkali buat aku sendiri.

Dengan itu, assalamualaikum :)


Menulis itu satu passion.
dan berkongsi perkara baik biarpun diri belum cukup baik itu satu ambition.

Comments

Althafunisa said…
selamat kembali macy...
AJ said…
*senyum*

mula semula atau bagaimanapun, yang aku dan sekalian mahu hanya kamu yang lebih bernyawa dari nyawa-nyawa yang dahulu.

hidup itu sendiri sebuah buku teks yang terlalu luas untuk kita selak dan faham; maka tidak pernah salah untuk terjelepuk di satu sudut dan berguris luka seketika, sebelum menyusung kuderat yang berbaki dan bangkit untuk berdiri.

ska.
maCy.
my little sister.
be a survivor.

dan survivor sendiri hidupnya tahu senyum dan ketawa bukan?

*senyum*

hi, saya AJ.

*senyum*
bspotgurl said…
Salam Macy
lama x jenguk blog kamu ni..
sihat tak tu?
nahmy said…
membicarakan perasaan menghilangkan resah yg terkesan,
menukilkan kenangan mencipta pertimbangan pada impian..
Wadi AR said…
itu benar. menulis punya rasa hati
ghost said…
aku, kau dan mereka seolah-olah terperangkap dalam macy. tanpa macy ia takkan ke mana.
Selamat kembali Macy. Warnai kembali aku kau dan mereka. menulislah utk merakyatkan pandangan kita. berkongsilah sbb ia terapi utk insan2 lain yg memerlukan...
catherine- said…
Menulis itu satu passion.
dan berkongsi perkara baik biarpun diri belum cukup baik itu satu ambition.

hai!
Unknown said…
hmm.. kenangan pahit lebih banyak daripada yang manis..kadang2 rasa macam nak hilangkan ingatan ni je..
MIRA said…
lame tggu macy update.hehe..akhirnya! =)
gadisBunga™ said…
welcome back. :)

LOVE - one of my all time favs. ever. :)

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan