Mengumpat, Dosa yang Tidak Diampunkan Allah

Assalamualaikum.

Lama tak buat entri dengan tag 'Islamic City'. Kebetulan semalam maCy terbaca dari komen seseorang di Facebook, "realiti yang sentiasa ada di sekeliling kita, telinga rasa nak dengar, mulut rasa nak beritahu, hati rasa nak menambah.." --> merujuk pada mengumpat lah kan?

Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Mengumpat diertikan dengan menceritakan keburukan seseorang meskipun ianya benar ATAUPUN menceritakan mengenai seseorang mengenai sesuatu yang sekiranya didengari olehnya, akan menimbulkan kemarahan atau rasa sakit hati. Fitnah pula diertikan sebagai menceritakan keburukan seseorang padahal ia tidak benar.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 6 faktor manusia mengumpat :
  1. Ingin memuaskan hati akibat kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban orang lain.
  2. Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.
  3. Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.
  4. Berasa iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain.
  5. Bergurau dan melawak dengan mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kecacatan dan kelemahan orang lain.
  6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah pada orang lain.
(Sumber

Ramai diantara kita menyedari bahawa mengumpat itu adalah salah, namun tidak mengetahui dosa mengumpat malah tidak sedar sebenarnya mereka sedang mengumpat! Dan diakui, maCy sendiri selaku seorang perempuan biasa adakalanya terjebak juga dalam situasi mengumpat. Asyik bersama berbual, tidak sedar mendengar malah menambah cerita pula mengenai keburukan seseorang. Parah!

Dosa mengumpat tidak diampuni oleh Allah melainkan oleh orang yang menjadi mangsa umpatan. Maka, sekiranya kita pernah terlanjur mengumpat, segeralah memohon maaf kerana dosanya adalah kekal dan pembalasan adalah pasti di akhirat.

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”

Semoga Allah melindungi kita dari dosa telinga yang mendengar, lidah yang berbicara serta hati dan akal yang mengatur bicara. Amin..


Working hard on my stamina again :)

Comments

zBz said…
minta dijauhkan la dr ngumpat2 ni...
Unknown said…
dosa dgn manusia hanya boleh diselesaikan sesama manusia kan cikgu
ankeljonni said…
kalau difikirkan balik... hmmmm... aku mmg pun byk mengumpat... tp masa sembang tak sedar...

huhuhu..

yep... aku hanyalah insan biasa...
ghost said…
alamak,aku soal bergurau dan melawak nih yang banyak sangat aku buat.ye lah,kadang bila berkumpul ramai-ramai dengan member,kadang benda macam tuh terlepas spontan.
Duniakuabstrak said…
mengumpat untuk kepuasan hati..


elak sebelum jadi habit
Nazz@Purple said…
perlu berfikir dahulu sebelum berkata-kata..kalau tak..memang suka umpat sana sini..ingatan tuk diri ini sendiri..
Mario said…
klu kutuk depan2 takpe kan...tu bukan mengumpat kan...tu bergurau...

semoga kita tak mcm tu la kan...
Anonymous said…
semoga kita tak tergolong dalam kumpulan yang suka mengumpat ni..
amin.
:)
AJ said…
pada yang TERpaksa dibukakan pekung atas beberapa keadaan darurah; tetap dibenarkan.

dan darurat itu hanya pada darurah, dan bukan pada mana-mana main redah.

berbasah bahasalah pada yang baik.
moga setidaknya ada yang baik dengarnya.

begitu juga pada kita yang menulis.
menulislah kepada kebaikan.
biar yang sampai setidaknya masih ada yang baik; kalaupun yang menerima masih berburuk pandang.

dan seperti tulisan yang ini.
ada baik untuk aku.
yang kadang.
leka.
dan.
mengumpat.
juga.
kan?

Oh
Ckin Kembaq said…
pakat2 kita jauh dari mengumpat naa..bahaya dan berdosa besar....insyaAllah..jauhkan ..didik diri.. ^_^
oh

aku juga tak lepas dari gossip,

mengumpat juga itu kan?

tq maCy!

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya