Mengumpat, Dosa yang Tidak Diampunkan Allah
Assalamualaikum.
Lama tak buat entri dengan tag 'Islamic City'. Kebetulan semalam maCy terbaca dari komen seseorang di Facebook, "realiti yang sentiasa ada di sekeliling kita, telinga rasa nak dengar, mulut rasa nak beritahu, hati rasa nak menambah.." --> merujuk pada mengumpat lah kan?
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Mengumpat diertikan dengan menceritakan keburukan seseorang meskipun ianya benar ATAUPUN menceritakan mengenai seseorang mengenai sesuatu yang sekiranya didengari olehnya, akan menimbulkan kemarahan atau rasa sakit hati. Fitnah pula diertikan sebagai menceritakan keburukan seseorang padahal ia tidak benar.
Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 6 faktor manusia mengumpat :
- Ingin memuaskan hati akibat kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban orang lain.
- Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.
- Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.
- Berasa iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain.
- Bergurau dan melawak dengan mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kecacatan dan kelemahan orang lain.
- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah pada orang lain.
(Sumber)
Ramai diantara kita menyedari bahawa mengumpat itu adalah salah, namun tidak mengetahui dosa mengumpat malah tidak sedar sebenarnya mereka sedang mengumpat! Dan diakui, maCy sendiri selaku seorang perempuan biasa adakalanya terjebak juga dalam situasi mengumpat. Asyik bersama berbual, tidak sedar mendengar malah menambah cerita pula mengenai keburukan seseorang. Parah!
Dosa mengumpat tidak diampuni oleh Allah melainkan oleh orang yang menjadi mangsa umpatan. Maka, sekiranya kita pernah terlanjur mengumpat, segeralah memohon maaf kerana dosanya adalah kekal dan pembalasan adalah pasti di akhirat.
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
Semoga Allah melindungi kita dari dosa telinga yang mendengar, lidah yang berbicara serta hati dan akal yang mengatur bicara. Amin..
Working hard on my stamina again :)
Comments
huhuhu..
yep... aku hanyalah insan biasa...
elak sebelum jadi habit
semoga kita tak mcm tu la kan...
amin.
:)
dan darurat itu hanya pada darurah, dan bukan pada mana-mana main redah.
berbasah bahasalah pada yang baik.
moga setidaknya ada yang baik dengarnya.
begitu juga pada kita yang menulis.
menulislah kepada kebaikan.
biar yang sampai setidaknya masih ada yang baik; kalaupun yang menerima masih berburuk pandang.
dan seperti tulisan yang ini.
ada baik untuk aku.
yang kadang.
leka.
dan.
mengumpat.
juga.
kan?
Oh
aku juga tak lepas dari gossip,
mengumpat juga itu kan?
tq maCy!