Posts

Showing posts from February, 2011

undeleted

Image
Pertama! undeleted? Jangan terlalu gembira. Assalamualaikum. Ampun maaf atas tindakan men'delete blog secara tiba-tiba. Genap seminggu sudah. Tindakan ini benar-benar permanent decision sebenarnya. Tapi setelah dipujuk beberapa kali oleh sahabat-sahabat kamceng blogger, maCy akhirnya berlembut hati untuk undelete teratak Aku, Kau & Mereka ini. TETAPI, maaf dipinta. Tidak akan ada lagi update di sini . Blog baru? Tiada rasa mahu membina empayar baru. Walaupun sebenarnya kadangkala dalam kaki melangkah, tercipta satu dua bait indah, tapi hilang diterbangkan angin begitu sahaja. Bak kata matahari, its up to me, its my baby. Mungkin akan datang, mungkin tidak. Mungkin tidak. Faktor undelete : 1. Pujukan sahabat-sahabat. 2. Menyedari kehadiran beberapa silent reader yang tiba-tiba bertanya setelah gagal menjenguk blog ini. 3. Kata sis Adah, masih ada ilmu yang boleh dikongsikan di sini. 4. Baru sahaja join gathering blogger, dan meletakkan link 'mati' ini. Tiba paling

senyum

Assalamualaikum, senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum Aku hilang rasa bersalah. Selamat berbahagia kamu. p/s : hati rasa tak best, tapi tak tahu sebab apa~ p/s ii : ditinggalkan asada ryutaro, sempat chat 2 minit je. sedihnya :(

hari ini

Image
Assalamualaikum, Hari ini rasa seperti mahu berselubung sahaja. Berselubung berkelubung mana satu ah biar sahaja apa peduli asal sampai makna semuanya sama. Hari ini rasa mahu baca bait kata indah di teratak Lelaki Sulit Naz bait kata penuh makna lucah sedikit tapi makna tersurat segar memujuk hati yang terasa ngilu kerana satu ayatnya bukan satu makna. Hari ini rasa mahu makan disuap diusap rambut dilayan seperti anak kecil oh indahnya menjadi anak kecil di mana masalah terbesar mereka hanyalah dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada hari itu. Hari ini mahu duduk di dalam hujan duduk bersimpuh biar tampak manis walau sebenarnya menggigil menahan tangis. Hari ini mahu mengetuk keyboard sehingga pecah hujung jari menjadi kematu tidak mahu bersuara walau sepatah kata ya untuk bersuara pada hari ini memerlukan semangat tinggi setinggi Gunung Kinabalu. Luka lama kian bernanah bertambah perit bila disapu cuka yang disangka iodin pengubat luka. Bukan hati terluka, bukan sel l

disappointments

Image
Assalamualaikum "I have learned not to expect anything from anyone because expectation lead to great disapointments." p/s : esok dah balik, assignments? none siap no matter how much time i spend on it. Melaka, please be nice to me.

kacaknya lelaki!

Image
Assalamualaikum. maCy ada terbaca entry sis Pja kat Sini mengenai kacaknya lelaki. Jika orang kata cantik wanita itu subjektif, maCy juga mahu kata kacak lelaki juga subjektif. Bagi maCy, lelaki adalah amat kacak apabila .. jeng jeng jeng ;D Cool, relax dan tidak cepat marah Tengok Yamapi ni. Muka susah nak senyum, tapi sekali buat muka comel? Walaweh. Kiut! Tapi kalau dah cool tak kiut pun jadi kiut juga. ki3. Almaklum lelaki ni biasanya dikaitkan dengan baran, mudah marah, suka mencarut dan lain-lain walau tak semua. Jadi yang tidak tergolong dalam golongan itu adalah amat kacak, lebih kacak lagi jika matang dalam menghadapi sebarang situasi ;D Tidak kepoh Lepak-lepak sekali sekala itu biasalah. Tetapi kalau set-set yang kepoh tu, maCy rasa sangatlah tidak cool. Including lelaki yang tidak pandai menyimpan rahsia dan sentiasa suka berkongsi cerita dengan semua. Maksud maCy, tidak salah untuk berkongsi, tapi kalau dah serumah, sekelas, sekampus, seuniversiti semua tahu, itu bukan berk

update bantuan ke Mesir

Assalamualaikum. Disini ada info mengenai bantuan ke Mesir. 1. Penerbangan TUDM dari Kaherah ke Jeddah 2. Penerbangan TUDM dari Iskandariah ke Jeddah 3. Pelayaran TLDM dari Pelabuhan Al-Adabiyah ke Pelabuhan Jeddah 4. Jeddah menjadi Pusat Transit Pelajar Malaysia (Info directly daripada Pejabat Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia) Sumber : FB Page Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir *** Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka. "Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Berna

baliklah asada..

Image
Assalamualaikum. maCy nak update. Tapi maCy kurang semangat. Esok mungkin. Lusa mungkin juga. Cepatlah balik Asada.. Cepatlah dengar khabar berita... pic beliau yang keluar bila Google nick maCy. pic ni beliau guna untuk entry birthday beliau dulu di Sini ~Biarlah Asada nak gelakkan maCy pun nanti bila baca entri ni nanti. Tapi inilah perkara ke-3 maCy fikir antara 4 perkara : 1. Abang maCy 2. alang maCy 3. Asada Ryutaro dan AdrinaQamarina 4. Task and assignment Tapi bila melibatkan blog ni memang perkara ke-3 itulah yang terlintas di kepala.. Sebenarnya sebelum berita berlakunya huru-hara di mesir, maCy dan sahabat baik maCy si Asada ni kurang betul mood nya. Masing-masing sibuk, dan beliau juga sedang sibuk dengan exam. Jadi tiba-tiba lost contact begini, maCy rasa sangat tidak selesa.. Cepatlah balik Asada... Cepatlah... :'( p/s : mode : imbangan cecair. elektrolit & asid. alkalina.