Saturday, February 5, 2011

hari ini

Assalamualaikum,

Hari ini rasa seperti mahu berselubung sahaja. Berselubung berkelubung mana satu ah biar sahaja apa peduli asal sampai makna semuanya sama.

Hari ini rasa mahu baca bait kata indah di teratak Lelaki Sulit Naz bait kata penuh makna lucah sedikit tapi makna tersurat segar memujuk hati yang terasa ngilu kerana satu ayatnya bukan satu makna.

Hari ini rasa mahu makan disuap diusap rambut dilayan seperti anak kecil oh indahnya menjadi anak kecil di mana masalah terbesar mereka hanyalah dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada hari itu.


Hari ini mahu duduk di dalam hujan duduk bersimpuh biar tampak manis walau sebenarnya menggigil menahan tangis.

Hari ini mahu mengetuk keyboard sehingga pecah hujung jari menjadi kematu tidak mahu bersuara walau sepatah kata ya untuk bersuara pada hari ini memerlukan semangat tinggi setinggi Gunung Kinabalu.

Luka lama kian bernanah bertambah perit bila disapu cuka yang disangka iodin pengubat luka.

Bukan hati terluka, bukan sel luar terkena pisau tajam yang melukakan tapi cuma ada habuk memasuki mata.


p/s : kau faham? atau sekurang-kurangnya cubakah kau memahami?
p/s : sangat lapar. akan menyesal esok kerana tidak makan sepuasnya pada hari terakhir di rumah ini.

39 comments:

MATAHARI said...

pergi makanlah, ok? at least ada dapur daripada ada dapur kan?

ayat habuk mata sangat aku kenali.

JIJI YU said...

Hari ini mahu duduk di dalam hujan duduk bersimpuh biar tampak manis walau sebenarnya menggigil menahan tangis.
mauah ayat ko mmg klass macy..

Lya Colours said...

p makan nanti perut masuk angin

Nur Qistina said...

ish...dia ni..pie makan...kang masuk angin perut kang...hmm....

f_aRa_aINa989 said...

baru lepas makan bersama ain fathihah..hehe

Amanina Sofea said...

wah..
ayt indah skali..sush nk cri.

Amanina Sofea said...

wah..
ayt indah skali..sush nk cri.

MATAHARI said...

ohhh. aku tertinggal *tak kat situ.

Amiey White said...

da3 takmo pk bukan2 (smbil makan kepci)

errr...nak?

naz said...

ini bukan macy. ini ilusi haha :) ambil masa. sehingga selesa :)

faradeeba said...

are u ok, macy syg?
jgn sedih sedih lagi.

MATAHARI said...

berhenti bermain hujan.

ok?


ni aku nak muncul. sebab nak bagi pelangi.

amirul said...

tabah kan hati ! semua ketentuannya ada hikmah :)

MiSs F.A said...

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui. :)

Catherine- said...

macy sayang, meh bahu ke bahu meh...

..tinggi tinggi gunung kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu~
biru-biru gunung kinabalu
tengok dari jauh hati saya rindu...


jom panjat gunung kinabalu nak??

Encik Tikus said...

kesian salah sapu ubat. meh sini mehh..

Amira Naddia said...

hari ini dan besok nk makan puas2. becoz esok punye esok nk diet

echah mashuri said...

ololo maCy.xmo gitu eh.dh besar kn takmo nagis2 lagi tau.heee

echah mashuri said...

ololo maCy.xmo gitu eh.dh besar kn takmo nagis2 lagi tau.heee

Cikgu Fikri said...

kenapa ni kak?
tgk entry akak dlm mood HITAM jerk..
ada probs ker?
tabah yer kak..
sabar :)

khairul_bariyyah said...

dear,nape nii? huuu~ but i do like ur sentence pasal luka-iodin sume 2..

meh share meh.. :)

nazpunyerblog said...

adui,lemah lau ada makna tersurat ..haha

bukan photographer said...

maaf..jujur ckp susah sikit nak paham.. =_=

Dark Half said...

salam macy,
aku susah sket nak faham bahasa2 dalam ni tapi aku saspek ada kecederaan hati di situ

IMANSHAH said...

i duduk dalam api hari ini..seharian membakar sampah!!

hackshitam said...

dalam maksud entry...
jadilah seperti embun..
yang sentiasa menyejukkan..
tabah walau hanya muncul seketika,
walau hanya di pagi hari..

Sca Ndx said...

macy,
makan ok

tabah terus kuat
matahari takkan menyinari selalu
hujan akan datang
tapi selepas hujan pasti ada pelangi.
:)

HEROICzero said...

for whatever reason it is, be strong k? =)

*makan makan makan!

elmoluya said...

macy ok tak ni macy ????

d_tieah said...

Kenapo ni cik macy oi???
Kekurangan mood ceria ka???

http://dhatieku.blogspot.com/2011/02/aidil-zafwan-dan-zaquan-adha-junior.html

platipus said...

taknak balik maktab

ghost writer said...

biar tangismu sama lajunya dengan tangisnya langit..biar takde sape yang sedar..

bila hati tak keruan,cuka dengan iodin pon dah tak dapat nak bezakan..kritis nih..

-aNida OtHmaN- said...

pic tuh coMeL....

TunTeja said...

sedang cuba memahami dan akan terus cuba memahami :)

rossoneri said...

baru lepas makan spaghetti...

mesticun said...

sesuatu yang sukar untuk difahami...tinggi-tinggi angan mu itu.

# # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

aLya said...

u sound down dear.. baek2 syg.. jangan sedey2 taw :)

sonnet™ said...

danbo comel kan?
oh,awk yg balik awal tu kan?
xpelah..at least dtg memeriahkan suasana
do keep in touch :)

Raji berkata said...

ala awat entry emo2 jer weh macy ;D
chill2