Friday, February 4, 2011

kacaknya lelaki!

Assalamualaikum.

maCy ada terbaca entry sis Pja kat Sini mengenai kacaknya lelaki. Jika orang kata cantik wanita itu subjektif, maCy juga mahu kata kacak lelaki juga subjektif. Bagi maCy, lelaki adalah amat kacak apabila .. jeng jeng jeng ;D

Cool, relax dan tidak cepat marah

Tengok Yamapi ni. Muka susah nak senyum, tapi sekali buat muka comel? Walaweh. Kiut! Tapi kalau dah cool tak kiut pun jadi kiut juga. ki3. Almaklum lelaki ni biasanya dikaitkan dengan baran, mudah marah, suka mencarut dan lain-lain walau tak semua. Jadi yang tidak tergolong dalam golongan itu adalah amat kacak, lebih kacak lagi jika matang dalam menghadapi sebarang situasi ;D

Tidak kepoh

Lepak-lepak sekali sekala itu biasalah. Tetapi kalau set-set yang kepoh tu, maCy rasa sangatlah tidak cool. Including lelaki yang tidak pandai menyimpan rahsia dan sentiasa suka berkongsi cerita dengan semua. Maksud maCy, tidak salah untuk berkongsi, tapi kalau dah serumah, sekelas, sekampus, seuniversiti semua tahu, itu bukan berkongsi, itu sudah tahap menjaja cerita namanya. Tapi lelaki pendiam kadang-kadang memang nampak cool lah, macam misteri sahaja. huhu

Sportmen

Lelaki yang bersukan teramatlah kacak. Lebih kacak ketika bermain bola sepak. Dan paling kacak jika menjadi kapten pasukannya! ;p

Pandai repair motor/kereta

Wah wah wah. Ini pun kacak juga. Lelaki kalau tahu serba sedikit mengenai kereta atau motor dan sebagainya kan bagus. Tak adalah kalau jadi apa-apa dengan dia-dia sekali tersadai bersama penumpang di tepi jalan menunggu bantuan sahaja. Biar lah hitam berminyak pun, makin kacak rasanya. ;)

Tidak memilih soal makan

Ha. Ini penting. Tak adalah marah-marah nanti apa-apa. Kalau pandai memasak, itu bonus lah. Tapi setakat ni kawan-kawan maCy yang lelaki ramai kot rajin memasak mengalahkan kami kaum hawa. Salut! :)

Tahu mencari rezeki

Kalau masih belajar, sementara cuti pergi cari kerja. Wah wah wah. Suka suka. Tidaklah cuti 2 3 bulan habis masa bergembira sahaja. Tidak kiralah kerja sementara atau apa-apa. Bila sudah sampai masa, tentu tahu mencari rezeki tetap juga. Tengok kibum (gambar kedua), both macam student, macam cikgu juga, kacaknya! ;p

Simple dan berambut pendek

Bagi maCy, maCy memang suka kan mereka yang simple sahaja, kalau dress up over sangat maCy yang very simple ni akan segan. haha. Rambut panjang? Sorry, Yamapi je kacak berambut panjang ;p

Solat cukup

Isk isk tak jumpa gambar Japanese solat la ;p
Part ini paling utama. Apa pun solat itu wajib. Jika perfect rupa, dress up, kerja, masa depan dan semuanya, jika tidak cukup solat, masih tidak cukup kacaknya. :)

Setakat itu sahaja kali ini. Awak yang kacak, saya tunggu ok? ~Sambil memandang dinding. haha

maCy rasa mood entri maCy gembira semacam sahaja kali ni. Oh, Asada Ryutaro sudah dengar beritanya, begitu juga dengan AdrinaQamarina! :)


p/s : oh maCy lupa nak tambah, dan lelaki yang tidak merokok juga adalah sangat kacak ok? hihi
p/s 2 : hari ini maCy ke wedding blogger Lemonade. Cantik! ;D

48 comments:

MATAHARI said...

ok. tunggu aku tau.



p/s: aku tak merokok.

p/s 2: ok lettew.

MATAHARI said...

cis. peminat gunners.

ain fathihah said...

contoh lelaki kacak dari segi rupa adalah encik abdul salam dahari. muahaha.

fairuzhani said...

aku pon kacak. keh keh kehh

Catherine- said...

saya pun kacak!

"ehh,kacak kau makei kedak ya"

kacak jua~ ;p

Catherine- said...

jap jap!

tapi ssh la nk dpt lelaki yg x merokok =(

ye ke matahari x isap rokok?`

;) gud boy!

platipus said...

macy pon kacak..sayang nya macy bukan lelaki..hehe

adrinaqamarina said...

mostly orang yang rina suka salu sangat merokok. haish.

MiSs F.A said...

lelaki rajin itu seksi :P

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1483-lelaki-rajin-itu-seksi.html?sms_ss=facebook&at_xt=4d303bc3def38ab1,0

TunTeja said...

ohh..kim bum saya kachak bukan?? :)

amirah said...

merendah diri itu kacak

Sca Ndx said...

yamapi juling air. eheh

Chaoi said...

baru nak komen pasal kacak tibe2 nampak logo arsenal..go gunner go..

sahromnasrudin said...

yg penting, lelaki itu tahu hargai wanita...

meow kucing itam said...

suma tak bercunat lagi...

maksudnye... meo lbh macho ...hahaha

JIJI YU said...

muehe..biasenye kalo geng surau dah ok da kot..

AiDa AzRyN said...

wah kacak!! :D

athirah said...

macy tgk cte playful kiss x? mmg sweet gilerrrrrrrrrr.. hensem gle laki tu :PPP

MATAHARI said...

@catherinepipigebus
aku dah berhenti.
tapi paru-paru dah nak rosak. huehuehue

M a W a D D a H said...

adah pun kacak jugak!!!

*sambil angkat2 kening...kekeke

khairul_bariyyah said...

sgt stuju pasal x mrokok 2.. hihihi.. ramai org ckp laki 2 macho,tang mane macho 2 pon den x jumpo2 laie...

p/s: sy pon kacak luar,kacak dalam, kacak dengar sini.. :P

Abang Jonni said...

harharhar...

maCy... semua ciri2 lelaki tersebut... ada pada ku...
hmmmmmm.... serius nih...

echah mashuri said...

maCy dpt x komen ecah?

d_tieah said...

Ape yang penting, kerjasama..
Wonderpets..
Hahaha..
Serius, aku tak berapa nak kenal laki2 dlm gambar tu..
Hehehe..
Yup, solat cukup tu lebih utama kan?


Latest entry : Istimewa di Hari Ulangtahun ke-23 Deen Hotfm

hackshitam said...

gua kacak tak?hahaha

Miss Kira said...

yamapi!! kibum!!
kalau dapt depa mmg kurung dlm rumah shja...
hahahaha
:P

Miss Kira said...

yamapi!! kibum!!
kalau dapt depa mmg kurung dlm rumah shja...
hahahaha
:P

syate said...

macy lupa tambah yg mata sepet la. heheee...eh lupa, subjektif kan. :P

rossoneri said...

macy bila lagi nak sanding lalalalala, nanti jgn lupa jemput ye.. eheeeeeeeeee...
lelaki yg cool mmg cool,tp xramai yg cool,xpelah kalo dpt yg panas baran pon,hati dah kering,heheh

Miss Bluepinkiey said...

cute entry..hohohoho...
nak carik la lelaki camni..:D

Bro Framestone said...

kenapa bandingkan kami dengan yang sana...

buatan malaysia tak berqualiti ke he..23x

bro ade sirim

cik elina said...

tetiba saya rasa saya kacak .

haha

beautiful_rose said...

ohh lelaki gila sukan sangat macho dan cool!
aku suka =p

Aujinz said...

ahaks..

dah benti merokok.. terasa kacak laa plak...larikkkkkkkk

Umar Faruq said...

alamak..
sy cukup semua ciri² tu..
ape yg saya kena buat??
tolong!! :D

Poyaty said...

hamboi dia. kemain lagi mengkacak kan lelaki. hehehe. nape macy suka mata-mata sepet neh. hihi

ada tag utk macy. last minute. harap terhibur. haha

emieysandra said...

apsal sume artis lelaki korea ni..
huhu.betoi, lelaki kacak xmerokok!

;)

emieysandra said...

apsal sume artis lelaki korea ni..
huhu.betoi, lelaki kacak xmerokok!

;)

aLya said...

waaa...maCy memang minat giler kat jepun ea?hehehe

cikgu ainura said...

suke2... hensem2...
kalau la dapat salah satu dalam pic2 kat ats tue.. alngkah indahnyer dunia nie.. hahahhaa

DuniakuAbstrak said...

saya tak kacak

saya ok

jaya jr said...

gambar paling bawah memang awek cun..
tengok je yang termampu dibuat..haha

f_aRa_aINa989 said...

saya harap bakal suami saya kacak di mata saya..org lain x ckp dia x kacak xpe...hahahaa...

fiezah91 said...

hah! napa macy letak pic lelaki kacak semua nih.haih!

cemomoi said...

pic last tu memang comelll

CIK TOM said...

wah comel2nya..geram tgk..heheh

PinQib said...

kite minat kim beom, jo kwon 2am, jensen ackles, nickhun hehe
semua ar hensem3



GONG XI FATT CHOIII
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

|Journey from HELL|


Sorry lama Tak SINGGAH.

AkuMuzikFilem said...

saya memenuhi kriteria awak nak. cuma, tinggal pilihan di tangan anda. hahaha