cinta pertama
Assalamualaikum.
Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa.
Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa.
Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur janji sehidup semati, dipanah hati si gadis dengan kata-kata cinta lunak bahasa. Bila tiba saat ada, terbuka mata seluasnya mencari tingkah yang salah. Dilontar suara tinggi bergema melepas amarah.
Lagu cinta lama bermain di dalam kepala. Indah, asyik. Seasyik air mata yang deras mengalir tanpa dipinta. Mengimbau saat indah yang sementara. Mengenang dia yang masih.. Masih dicinta seadanya...
Ops. Tulisan ini tidak sesekali mencerminkan emosi saat ini. Sudah mula menutup papan markah lama. Cuma meletakkan diri dalam kantung rasa yang pahit untuk mengizinkan jemari ini kembali menulis. Rasa tenang dan gembira merencatkan pertumbuhan idea. Barangkali kerana permulaannya adalah duka..
Once posted at skandaldarilangit.
Once posted at skandaldarilangit.
Comments
aku juga punya kisah semalam yang semakin kelam.
maCy, tulis lah novel please :)
kekekeke
argh! sangat pahit untuk dikenang
tapi sengatan bisa selepas habis suka tanggung sendiri perasaaan kan..
cinta pertama,huh!!dlm mimpi kowt..:)
tapi kalau cinta ptama xmampu bwk bahgia xguna juga.
p/s : cik jiwang, anda kena tag.
:)
akak pun pernah laluinya..
pertama dan terakhir..
lps ni xde lagi..
-.-
sebak...entah mengapa.