cinta pertama

Assalamualaikum.



Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa.

Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa.

Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur janji sehidup semati, dipanah hati si gadis dengan kata-kata cinta lunak bahasa. Bila tiba saat ada, terbuka mata seluasnya mencari tingkah yang salah. Dilontar suara tinggi bergema melepas amarah. 

Lagu cinta lama bermain di dalam kepala. Indah, asyik. Seasyik air mata yang deras mengalir tanpa dipinta. Mengimbau saat indah yang sementara. Mengenang dia yang masih.. Masih dicinta seadanya... 



Ops. Tulisan ini tidak sesekali mencerminkan emosi saat ini. Sudah mula menutup papan markah lama. Cuma meletakkan diri dalam kantung rasa yang pahit untuk mengizinkan jemari ini kembali menulis. Rasa tenang dan gembira merencatkan pertumbuhan idea. Barangkali kerana permulaannya adalah duka..

Once posted at skandaldarilangit.

Comments

monologtinism said…
semalam
aku juga punya kisah semalam yang semakin kelam.
Raden said…
waaa...seni sungguh. sy nk bg 1 word je kat 1st love = SUCK
penjajah minda said…
semalam yang hangat-wings
Si gadis bunga said…
cinta pertama, wujudnya cinta pertama melahirkan cinta kedua ketiga dan seterusnya :)

maCy, tulis lah novel please :)
Lan Bingka said…
semuanya tinggal memori.. pengalaman yg berharga..:)
theRandomcraps said…
pertama kalinya terus nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga...

kekekeke
fiezah91 said…
ayat dia. wah! hehe..

argh! sangat pahit untuk dikenang
Mario said…
wah...klu ada pengalaman tu...tulis le novel...bule buat duit dr pengalaman tu...
Blogger said…
cinta, yang sejati tak ada pertama, kedua. ia wujud sekali, selama-lamanya.
terokai seni said…
teringat lagu misteri mimpi syakila...
farah unly said…
puitisnya kata dan bahasa,manis bicara mungkin itu cinta pertama

tapi sengatan bisa selepas habis suka tanggung sendiri perasaaan kan..

cinta pertama,huh!!dlm mimpi kowt..:)
Dear Yayah said…
cinta pertama memang manis,

tapi kalau cinta ptama xmampu bwk bahgia xguna juga.
cikpia said…
kisah cinta semalam akupun berakhir duka setelah 9tahun menyemai cinta. mujur ada kumbang baru datang menjelma, di saat si lama dah berumahtangga. semoga cinta baru membawa ke syurga.

p/s : cik jiwang, anda kena tag.
ghost said…
kita semua pernah ada cinta pertama ya kan,Macy.

:)
LadyBird said…
xtahu nk komen ape..
akak pun pernah laluinya..
pertama dan terakhir..
lps ni xde lagi..
Anonymous said…
hope hati tak pernah terbukak untuk cinta pertama tu dulu.
-.-
pisau belati said…
Pembunuh Tanpa Bayang :

sebak...entah mengapa.

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan