kesayangan
Assalamualaikum.
Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata.
Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi. Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya.
Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti.
Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma.
12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kembali dari lena yang panjang..
p/s : :)
Comments
:)
speechless.
bahasa indah berbunga, tersentuh sukma.
anda bahagia, saya gembira :)
moga musim bunga mu hadir dan kekal buat selamanya...
huhu
esok bgun sahur k..xbgun, gua rotan bontot lu...
eh, da ketemu ke calon suami?
puitis bebenor entry ni.
Memang tak dinafikan ada memori yang kerap bermain di kepala kita...
Ada fakta-fakta tertentu yang menjadi penyebabnya...
hayatilah dengan rasa yang terbuka
:)
:)
kirim salam pada dia
=)
apa hadiah di musim bunga nanti.
moga dia terharu.