kesayangan

Assalamualaikum.



Lagu Random Awesome-Yuna sebagai latar.

Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata.

Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi. Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya. 

Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti.

Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma.

12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kembali dari lena yang panjang..


p/s : :)

Comments

beautiful_rose said…
kenangan...mana boleh di lupakan.
Si gadis bunga said…
OOOOOWWWHHH.
:)

speechless.
bahasa indah berbunga, tersentuh sukma.

anda bahagia, saya gembira :)
RIZZNA said…
kenangan tu sememangnya indah, lebih indah jika hari2 mendatang lebih dihargai untuk menjadikan kenangan yg lebih indah di masa hadapan
James Alexander said…
Senyum lah selalu.

moga musim bunga mu hadir dan kekal buat selamanya...
ankeljonni said…
dah berbunga bunga dah.... phewwittt...

huhu
monologtinism said…
selamat datang musim bunga =)
birthday sape tu??
esok bgun sahur k..xbgun, gua rotan bontot lu...


eh, da ketemu ke calon suami?
miera said…
alahai sweet nye... nice entry
BERMASALAH said…
sandarkan pada kenangan.


puitis bebenor entry ni.
terokai seni said…
musim doyan dah nak abih tentu senyum tak bbunga lagi
WuMing said…
Memori memang akan datang dan pergi silih berganti..

Memang tak dinafikan ada memori yang kerap bermain di kepala kita...

Ada fakta-fakta tertentu yang menjadi penyebabnya...
cik ciput said…
wah,dalam hati ada taman eh macy? :)
lady-D said…
wahhhh..cinta sudah berputik yaaa...
si para para said…
kenangan tak dapat di padam.lebih2 lagi yang terindah.
hayatilah dengan rasa yang terbuka
:)
intan.maisarah said…
hihihi

:)

kirim salam pada dia
moga musim bunga kali ini lebih lama dlm hidup Macy. hehehe
HEROICzero said…
musim itu berganti . hayati setiap nya .


=)
Unknown said…
happy beday gak utk kesayangan maCy :-)
ghost said…
tanya pada tuhan

apa hadiah di musim bunga nanti.

moga dia terharu.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya