kematian itu tak dijangka

Assalamualaikum.


Bila kita rasa dugaan kita besar, sebenarnya ada yang menanggung dugaan lebih besar dari kita.

maCy baru sampai dari kampung. Semalam saudara maCy meninggal. Hebatnya dugaan. Si isteri kehilangan suami tiba-tiba, baru sahaja berpisah sebentar, sudah terlibat dalam kemalangan. Saat jenazah ingin dibawa pulang untuk dikebumikan, anaknya pula dua orang cedera dan dimasukkan ke hospital. Mahu pergi yang mana? Si suami mahu dikebumikan, anak-anaknya masih belum keluar wad kecemasan. Seorang patah pinggang, seorang lagi patah kaki. Tapi pastinya yang utama diutamakan.

Rumahnya masih lagi terkapar, terkapar kerana baru sahaja selesai mengadakan tahlil untuk ibunya yang baru pegi 5 hari sebelum itu. Siapa sangka malam seterusnya menjadi tahlil untuk dirinya pula?

Kematian itu tidak menunggu. Andai diberi tanda, yang bertuah akan sedar, yang tidak akan terasa pemergiannya tiba-tiba. Saat ini, maCy yang menulis, saat ini pembaca yang membaca, entah bila hadir ajalnya. Sedia? Tidak sedia? Cukupkah solat semalam? Usaikah solat saat ini? Rapi sudah kah aurat dijaga? Selesaikah memohon ampun pada yang sepatutnya? Sempatkah untuk melakukan taubat nasuha?

Manusia itu segala bagi pelupa... Ingatkan lah aku.. Ingatkan lah segera..


p/s : maCy, bila kita rasa dugaan kita besar, sebenarnya ada yang menanggung dugaan lebih besar dari kita. Ingat.




Comments

tang teng tong said…
haah,btol macy.kdg2 mnusia skang xpkir pon psl mati nie..bile sedar pon insaf sekejap je,pastu buat alek kesalahan yg same..
Anonymous said…
hatim, haha. agree. tp tang pelat tu ha na gelak.
tang teng tong said…
haha,jahat macyy! :D
Anisa Hang Tuah said…
mati itu sekelip mata
Unknown said…
die hadir tanpa diundang..
Anonymous said…
ajal dan maut di tangan allah.
moga kita sentiasa bersedia.
dengan amal dan jariah yang cukup.
:)
amin
terokai seni said…
innalillahi wa inna ilaihiraji'un

dgaan maha berat tu, moga Allah beri ganjaran atas kesabarannya

sedetik tak pnah izrail terlewat melaksanakan tugasnya
wachak said…
innalillahi wa inna ilaihiraji'un

Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Takziah buat keluarga yg terlibat.
CeritaSekupang said…
ajal semakin hari semakin mendekati kita tapi berapa ramai yang sedar akannya,..
uncle gedek said…
dari Allah kita datang, Kepada Allah kita kembali...
ghost said…
banyak yang perlu diperingatkan pada diri kita maCy...serasa aku terlalu kurang dalam hal begitu..tapi kerna pelupa jugak aku semakin pelupa.
mati sesuatu yg x boleh ditebak dan disangka. adakala dtgnya diluar duga. kt kg sy sebulan lepas, lepas seminggu si anak meningal. ibunya pula turut meninggal.
Unknown said…
innalillah..takziah buat keluarga arwah..
bila fikir balik takut plak..belum lengkap persiapan diri andai djemput DIA utk kembali.. :(
Daddylicious said…
terima bila bersedia...
Kupi Sajuk said…
saya setuju. jangan kita pikir kita saja yang mempunyai dugaan yang paling besar. di luar sana di tempat lain masih ada yang lebih menderita daripada kita.
Marhaenonymous said…
bila tak terkesankan akan kehadirannya buat ramai yg lupa bahawa malaikat maut itu senantiasa memerhatikan tiap makhluk yang bernyawa.
Syaza Kelyza said…
ajal maut di tangan Tuhan :')
mati.. tadi dekat office pon ckp pasal mati.. pasal hal2 yg jadik kat liang lahad.. seram~

insaf.. thanks syg for d reminder~ :)
Duniakuabstrak said…
haih..dah banyak kali aku 'insaf sebentar'
Aku said…
beratnya dugaan dia..
yaAllah , semoga rohnya berada bersama orang-orang beriman ~
peringatan untuk kita
tQ macy
lady-D said…
mati itu pasti..bile ingat mmg insaf tp bile start enjoy hilang sekejap tp harapnya x terus hanyut..InsyaAllah..
Unknown said…
peringatan utk aku juga
Anonymous said…
jadi kena bersederhana dalam melakukan sesuatu
anis said…
betul macy...tadi terbaca cousin anis post gambar kawan dia meninggal dan nak dihantar ke perkuburan untuk dikebumikan..waktu tu tertanye2,adekah aku sudah sedia jika 1 hari nanti ajal akan menjemputku pula

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan