kematian itu tak dijangka
Assalamualaikum.
Bila kita rasa dugaan kita besar, sebenarnya ada yang menanggung dugaan lebih besar dari kita.
maCy baru sampai dari kampung. Semalam saudara maCy meninggal. Hebatnya dugaan. Si isteri kehilangan suami tiba-tiba, baru sahaja berpisah sebentar, sudah terlibat dalam kemalangan. Saat jenazah ingin dibawa pulang untuk dikebumikan, anaknya pula dua orang cedera dan dimasukkan ke hospital. Mahu pergi yang mana? Si suami mahu dikebumikan, anak-anaknya masih belum keluar wad kecemasan. Seorang patah pinggang, seorang lagi patah kaki. Tapi pastinya yang utama diutamakan.
Rumahnya masih lagi terkapar, terkapar kerana baru sahaja selesai mengadakan tahlil untuk ibunya yang baru pegi 5 hari sebelum itu. Siapa sangka malam seterusnya menjadi tahlil untuk dirinya pula?
Kematian itu tidak menunggu. Andai diberi tanda, yang bertuah akan sedar, yang tidak akan terasa pemergiannya tiba-tiba. Saat ini, maCy yang menulis, saat ini pembaca yang membaca, entah bila hadir ajalnya. Sedia? Tidak sedia? Cukupkah solat semalam? Usaikah solat saat ini? Rapi sudah kah aurat dijaga? Selesaikah memohon ampun pada yang sepatutnya? Sempatkah untuk melakukan taubat nasuha?
Manusia itu segala bagi pelupa... Ingatkan lah aku.. Ingatkan lah segera..

p/s : maCy, bila kita rasa dugaan kita besar, sebenarnya ada yang menanggung dugaan lebih besar dari kita. Ingat.
Comments
moga kita sentiasa bersedia.
dengan amal dan jariah yang cukup.
:)
amin
dgaan maha berat tu, moga Allah beri ganjaran atas kesabarannya
sedetik tak pnah izrail terlewat melaksanakan tugasnya
Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Takziah buat keluarga yg terlibat.
bila fikir balik takut plak..belum lengkap persiapan diri andai djemput DIA utk kembali.. :(
insaf.. thanks syg for d reminder~ :)
peringatan untuk kita
tQ macy