keluhan hawa. kritik atau dengar?

Assalamualaikum.

Kali ini maCy terfikir untuk berkongsi pendapat sedikit mengenai satu sifat orang perempuan dan cara menghadapinya.

Sebenarnya, maCy terfikir untuk berkongsi mengenai ini kerana tertarik dengan cara seorang pensyarah yang maCy kenali di sini, Encik Fahrin Ahmed, bukan nama sebenar. Kampus maCy hanya terdiri dari kaum hawa sahaja. Jadi banyaklah karenah orang perempuan yang boleh dilihat di sini. Antara sifat kebanyakan orang perempuan ialah mengeluh.


Seperti semua maklum, kaum hawa biasanya lebih cenderung untuk meluahkan apa yang dirasa bagi membuang beban atau risau di hati, walaupun tindakan itu tidak semestinya menyelesaikan masalah. Maka di sini bukanlah mengeluh semata-mata. Dan semua maklum bahawa kaum hawa biasanya mudah terganggu emosi walaupun hanya kerana perkara remeh. Mungkin lebih tepat jika kata keluhan itu diganti dengan mengadu. Lebih kurang lah.

Berbalik kepada topik, setiap kali ada cerita, kegeraman atau apa-apa yang mengganggu emosi kami, Encik Fahrin sentiasa memberi peluang untuk kami meluahkan apa yang dirasa. Beliau akan mendengar terlebih dahulu semua bebelan kami tanpa mencelah, dan kemudiannya baru memberi komen, dan kebiasaannya beliau akan meneutralkan apa yang kami rasa, yakni memberi pandangan positif, dan bukanlah memberi kritikan. Impaknya, setakat ini walau besar atau kecil situasi, walau kami berada di pihak yang benar mahupun salah, cara beliau sentiasa membuahkan kelegaan, sekurang-kurangnya kami merasa ada telinga yang sudi mendengar. Dan Encik Fahrin ini boleh dikatakan merupakan antara pensyarah favourite kami kerana sifat cool dan caring (kerana mendengar) beliau.

Maka di sini, kesimpulan yang maCy perolehi ialah tidak semua keluhan menunjukkan yang seorang hawa adalah manja, tetapi sebenarnya itu hanya satu cara untuk mereka meringankan beban hati. Dan tidak semua individu mampu menghadapi situasi sebegini.
Hawa yang mendengar biasanya akan sama hanyut dengan emosi pencerita, manakala adam jarang sekali memiliki sifat pendengar yang baik. Malah adam di dalam telefon boleh siap menamatkan panggilan hanya kerana malas mendengar keluhan. Haha. So far, he is the only one contoh terbaik bagi situasi sebegini, melebihi kawan baik maCy yang maCy rasa adalah pendengar terbaik.

maCy tak tahu lah readers faham tak apa yang maCy nak sampaikan. Haha.

Pergi dulu, jangan rindu-rindu ;)


p/s : One more paper to go!

Comments

Unknown said…
hurm kaum hawa sensitif..
Unknown said…
nak smpaikan yg permpuan ni manje kan kan? hehe
.drakula. said…
aku suka mendengar dahulu sampai habis sampai dia berhenti bercakap kerana...

1.kalau dia betul aku diam tapi...

2. kalau dia salah ...aku tembak macam keretapi...hehe
Mr. Asada said…
hurmm... hurmm.. hurmmm...
Tieah Madian said…
Hehe.. Aku suka mengeluh kot.. Ngee :)

Entry Terbaru : Ketagihan Facebook??? Ada Ubatnya..
terokai seni said…
malangnya bila lelaki tu menjadik pendengar setia kekadang mula la datang bibit-bibit manja... ahaks
adrinaqamarina said…
sama juga rasanya keadaan macam ibu3 yang penat buat kerja rumah dan ada satu ketika tu dia membebel, tu sebab dia nak suami dia dengar luahan hati dye.

hehe
Duniakuabstrak said…
selalu jadi mangsa dengar..keh3
pisau belati said…
hanya sekadar mahu pinjam telinga untuk mendengar keluh kesah supaya ringan beban di hati.bukan mahu minta simpati atau di adili,cuma mahu seseorg mendengar suara hati.itu sudah cukup,tak perlu beri komen panjang lebar.
kiwi said…
bagus la encik fahrin tu..hehe..kdg2 pmpuan ni mmbebel nk soh dgr je..nk kasi lega sket..
a gud cikgu is cikgu yg cuba memahami student kannn.. suka la kalo dpt laki camni.. eh? :D
Nazz@Purple said…
setuju..kalo naz sndiri mengeluh je..terus dipatahkan oleh en ehem..jgn mengeluh...bla..bla..erm..nak luah pun tak jadi..(T_T)
asip محمد said…
kadang2 macy... perempuan ni... benda2 yg remeh2 pun dijadikan isu.. itu yg kadang2 lelaki nih kurang sket hal2 mendengar..












lelaki lagipun diberi naluri menyelesaikan masalah.. so jgnlah marah lelaki bukan pendengar yg setia.. sebab mereka lebih merasa penyelesaian masalah itu lebih penting dari mengomel tak tentu hala... hahahaha
faham. kite caring tak ?
Anonymous said…
@JIJI YU
adat la tu :)

@EZAN IDMA
ta ta bkn cmtu :p

@Republic Aku
waa sangat jahat! huhu

@ASaDa RyutaRo
haha. asada, ur one of d gud listener gak la..
Anonymous said…
@d_tieah
mengeluh byk ta bgus ;)

@cemomoi
erk. merepek la cemomoi. haha

@adrinaqamarina
tapi ibu mengomel sakit gk na dgr. hii

@DuniakuAbstrak
kdg2 kita ta sedar nati dia pn jadi mgsa dgr utk kita :)
Anonymous said…
@pisau belati
indeed. kamu hadam semuanya :)

@kiwi
yezza :)

@khairul_bariyyah
suka jgk. weeee :p

@Nazz@Purple
cuma kena berpada pada :)

@asip محمد
kerana itu kadangkala hawa perlukan pandangan adam. utk atasi kelemahan dia :)

@Encik Psychopath
tak. wek
M a W a D D a H said…
mendengar dan mengeluh...2 in 1...
Anonymous said…
xsangka sungguh hang ada blog.. keh keh keh.. errr, nape gmbr cam Ska?
Anonymous said…
@Pistachio
err.. gambaq macam ska? ta sangke? adeh. lama dah belog2 ni~~
macy: suke dpat cikgu camtu ke suke dpt laki cam2? lalalala~ :P
lady-D said…
hehe..biasalah perempuan mmg x suka pendam2..cuma2 kdg2 kene kawal perasaan sikit je..jgn emo2 sgt^^

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya