kapal terbang kertas

Assalamualaikum.



semalam
aku temui satu kapal terbang kertas
renyuk kelihatannya
kubuka renyukan perlahan
ada tulisan yang hampir padam
kubaca sepatah kata
ah, kisah semalam
kurenyukkan semula

kuhampar sekeping kertas baru
putih warnanya
ku ukir tulisan dengan pena mata biru
kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru
pantas aku berlari ke tingkat tinggi
membiarkan lelah
dan aku berdiri
lalu melancarkan kapal terbang kertas itu
dengan satu harapan kabur
tapi aku pasti, itu yang aku mahu
dan pasti, itu yang terbaik buatku


p/s : putih warna pilihan, biru sebagai peneman.

Comments

little_teddy said…
macam mendalam je maknanya...
- elina - said…
ajarkan .
buat kapal terbang tu.
Unknown said…
dalam.amat dalam :)
tak tercapai maksud. hehe
Anisa Hang Tuah said…
teringat
kat dewan kuliah
ada layangan kapal terbang kertas

dan bertulis

"nak berkenalan"

"ni number fon saya 01***** "

he

kenangan
fiezah91 said…
pergh! semacam jak entri ni..
. said…
kamu pasti akan kecapinya kalau betul kamu mahu. senyum
Anonymous said…
semua. terima kasih atas komen :)

hsym,
sedikit harapan, yg hampir putus. yg tetap digenggam.
Unknown said…
dulu kecik2 slalu jugak main kapal terbang kertas ni. sume jenis kapal terbang ade.. hihi
Unknown said…
terkadang kisah semalam bisa menjadi pedoman buat hari mendatang.
apiz.kamarudin said…
semoga berjaya dgn benda yg baru, maCy! :)
"tolonglah angin.. bawa kapal terbang kertasku.. kepadanya.. supaya teryata jelas.. isi hatiku.. yg sebenar2 ikhlas.." petikan lagu exist-kapal terbag kertasku.. tiba2 teringat pulak.. kah3
Sca Ndx said…
terbang bawa harapan, kapal terbang kertas :)
Duniakuabstrak said…
kapal terbang kertas kadang terbang tak seperti yang kita inginkan
Mr. Asada said…
kalau sudah renyuk, tak sama macam kertas baru..
Lan Bingka said…
siapa la yg jumpa kapal terbang tu nanti..;)
M a W a D D a H said…
kertas renyuk yg terbang tak sama dgn kertas baru yg terbang...
Fazleyatul Aini said…
yg berlalu biarkan berlalu. kita harus mulakan hidup baru dengan lebih yakin =)
maybe sb ngantok, or mmg sgt mndalam ape yg macy maksudkan 2. -_-"
Anonymous said…
macam semua kita.
terbang tinggi sebentar, kemudian sayup-sayup turun ke bumi.
jatuh pada rendahnya kedudukan; dan berharap, ada yang pimpinkan daya dan biar kita mampu terbang semula, paling tidak pun untuk seketika.

terbang.
berhenti.
dan terbang semula.


hidup tak akan pernah putus dan berhenti; mati itu sendiri bukan satu penamat, tapi satu hentian untuk satu lagi perjalanan.

*senyum*

dan setiap kita harus berhenti sekejap untuk senafas lelah dan melangkah semula dengan daya baru kan maCy?

*senyum*
cikpia said…
yang lepas biarkan berlalu......
terokai seni said…
pentingnya mesej tu sampai memerlukan sebuah kapal terbang biar dari kertas cuma
Nana said…
mksud yg mndalam :)
Unknown said…
agar ianya sampai ke satu destinasi yg kita mahu~
Marhaenonymous said…
bukan mudah meluncurkan kapal terbang kertas kerana haluan angin sentiasa berubah..

kapal terbang kertas juga kurang bertahan lama..

terbangnya juga tidak jauh meskipun diluncurkan sehabis kudrat di guna..
Raden said…
mase kecik2 slalu kne marah sebb byk sgt lipat ketas jdi kapal terbang..membazir kertas dan mnyemakkn rumah je^^
cores said…
huhuuh nukilan rasa...
Unknown said…
:) Jangan biarkan pengalaman menjadi suatu yang menghantui, kerana ia terhasil untuk dijadikan penggerap perjalanan, pengajaran untuk warga yang berfikir. Semoga dalam ketenangan selalu :)
aLya maNip said…
memulakan langkah baru dengan satu azam baru..semoga segalanya yang bakal bermula menjadi sesuatu yg lebih baik..

*cayok2 maCy syg.. :)
kiwi said…
bgus2..biar kan kisah semalam berlalu..moga hidup baru lagi indah ^^
Hairun Azmi said…
Kat manalah kapal terbang tu landing kot..

Fakta Menarik Tahun 2011
Pacifist said…
salam dik macy yg dirindui.
maaf lama x jejak sini.moga sihat hendaknya.bukan menghilang tetapi bertenang seketika.mood hilang untuk berblog.(apa istilah nak bg yerk?)pepun semangat masih sama.still going strong...
beautiful_rose said…
kapal terbang kertas? kenapa tidak besi keluli? mahal?


yang lama dibuang jangan.simpan bukan sebagai kenangan.hanya sekadar buat tatapan dimasa2 akan datang supaya tidak lupa bila sudah berada di tingkat atas.

turun naik jatuh bangun itu pekara lumrah.kita manusia menumpang di bumi Tuhan kerana amanah.diberi ujian dan dugaan untuk menilai tahap keimanan.lulus kita syurga hadiahnya.gagal kita?

jangan putus asa Tuhan itu maha adil.jika kita gagal ujian hidup,Dia masih tetap buka peluang untuk kita teruskan usaha hingga jaya.pokok pangkalnya diri kita sama ada mahu atau tidak.










aha...aku macam tak percaya aku boleh cakap macam ni.okeh aku juga kadang2 tunggang langgang juga macy.kalau aku lupa atau silap,"tolong ingatkan aku" ya?




rindu macy....
*big hug =)
emieysandra said…
best!! sory..terlepas ur update..nk msukkn dlm bloglist semula

:)
emieysandra said…
dah ade rupenyer, bloglist je jarang dikunjungi..haha

:)
RastaMat said…
selalu maen mase kecik2 dulu..

sekarang dah lupe skill..
intan.maisarah said…
sayang ..
kamu tahu kan
sara sayang kamu
sayang rin

sayang kalian

rindu~

doa sara sentiasa buat sayang!
najihah said…
dulu time zaman jahiliyah gua pernah layangkan surat ini kepada seseorang.
BERMASALAH said…
aku tulis dengan pena berwarna merah,pen cair.
bila baca kisah kapal terbnag kertas ni teringat kat filem korea, wind struck.

Terbanglh mncari damai menghantar resah ke hujung langit. biar pamit dari ingatan.
LadyBird said…
macy.. macy tulis ape kat kapal terbang kertas tu?
Hidayati Farhan said…
kenapa puitis sungguh ni macy. ahaha. ada papa ke
ILA HonEyBuNNy said…
macy....memang mendalam maksud2 kata2 di sini kan...
lady-D said…
adeh..dlm tu maksudnye..x dpt dla nak tafsirkan..huhu
ghost said…
kertas renyuk yang kuberikan hari tuh sudahkah kau membuangnya...

jangan kau baca..aku takut kau akan jatuh cinta sama aku..

haha
HEROICzero said…
semoga 'sampai' , insyaAllah. =)
Qiez AR said…
semoga ia jatuh ke tangan dia yang kamu tuju.

berhenti lah nasihatkan diri sendiri untuk terus mengenang ceritera lalu, Macy.

Jalan terus, ya?

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya