kapal terbang kertas
Assalamualaikum.
semalam
aku temui satu kapal terbang kertas
renyuk kelihatannya
kubuka renyukan perlahan
ada tulisan yang hampir padam
kubaca sepatah kata
ah, kisah semalam
kurenyukkan semula
kuhampar sekeping kertas baru
putih warnanya
ku ukir tulisan dengan pena mata biru
kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru
pantas aku berlari ke tingkat tinggi
membiarkan lelah
dan aku berdiri
lalu melancarkan kapal terbang kertas itu
dengan satu harapan kabur
tapi aku pasti, itu yang aku mahu
dan pasti, itu yang terbaik buatku
semalam
aku temui satu kapal terbang kertas
renyuk kelihatannya
kubuka renyukan perlahan
ada tulisan yang hampir padam
kubaca sepatah kata
ah, kisah semalam
kurenyukkan semula
kuhampar sekeping kertas baru
putih warnanya
ku ukir tulisan dengan pena mata biru
kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru
pantas aku berlari ke tingkat tinggi
membiarkan lelah
dan aku berdiri
lalu melancarkan kapal terbang kertas itu
dengan satu harapan kabur
tapi aku pasti, itu yang aku mahu
dan pasti, itu yang terbaik buatku
p/s : putih warna pilihan, biru sebagai peneman.
Comments
buat kapal terbang tu.
kat dewan kuliah
ada layangan kapal terbang kertas
dan bertulis
"nak berkenalan"
"ni number fon saya 01***** "
he
kenangan
hsym,
sedikit harapan, yg hampir putus. yg tetap digenggam.
terbang tinggi sebentar, kemudian sayup-sayup turun ke bumi.
jatuh pada rendahnya kedudukan; dan berharap, ada yang pimpinkan daya dan biar kita mampu terbang semula, paling tidak pun untuk seketika.
terbang.
berhenti.
dan terbang semula.
hidup tak akan pernah putus dan berhenti; mati itu sendiri bukan satu penamat, tapi satu hentian untuk satu lagi perjalanan.
*senyum*
dan setiap kita harus berhenti sekejap untuk senafas lelah dan melangkah semula dengan daya baru kan maCy?
*senyum*
kapal terbang kertas juga kurang bertahan lama..
terbangnya juga tidak jauh meskipun diluncurkan sehabis kudrat di guna..
*cayok2 maCy syg.. :)
Fakta Menarik Tahun 2011
maaf lama x jejak sini.moga sihat hendaknya.bukan menghilang tetapi bertenang seketika.mood hilang untuk berblog.(apa istilah nak bg yerk?)pepun semangat masih sama.still going strong...
yang lama dibuang jangan.simpan bukan sebagai kenangan.hanya sekadar buat tatapan dimasa2 akan datang supaya tidak lupa bila sudah berada di tingkat atas.
turun naik jatuh bangun itu pekara lumrah.kita manusia menumpang di bumi Tuhan kerana amanah.diberi ujian dan dugaan untuk menilai tahap keimanan.lulus kita syurga hadiahnya.gagal kita?
jangan putus asa Tuhan itu maha adil.jika kita gagal ujian hidup,Dia masih tetap buka peluang untuk kita teruskan usaha hingga jaya.pokok pangkalnya diri kita sama ada mahu atau tidak.
aha...aku macam tak percaya aku boleh cakap macam ni.okeh aku juga kadang2 tunggang langgang juga macy.kalau aku lupa atau silap,"tolong ingatkan aku" ya?
rindu macy....
*big hug =)
:)
:)
sekarang dah lupe skill..
kamu tahu kan
sara sayang kamu
sayang rin
sayang kalian
rindu~
doa sara sentiasa buat sayang!
Terbanglh mncari damai menghantar resah ke hujung langit. biar pamit dari ingatan.
jangan kau baca..aku takut kau akan jatuh cinta sama aku..
haha
berhenti lah nasihatkan diri sendiri untuk terus mengenang ceritera lalu, Macy.
Jalan terus, ya?