auto blogwalking, dimana kepuasan berblog?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Saat ini maCy sedang duduk bersila diatas tilam empuk bercadar merah gelap sambil mengetuk keyboard sambil berfikir apa yang hendak dikongsi kali ini.

Auto blogwalking software atau maCy gelar sebagai blogwalking machine bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam dunia blog hari ini. Tugasnya adalah untuk meninggalkan jejak ke kotak jerit terutamanya cbox dan shoutmix.

Impak widget ini cukup besar iaitu anda bakal melihat trafik blog anda mencanak naik tanpa perlu bersusah payah meluangkan masa untuk menjengah banyak blog demi mendapatkan jejak balas. Alexa ranking anda juga akan meningkat sama dan tidak kurang anda bakal menerima cek nuffnang yang nilainya lebih tinggi berbanding blogger yang menggunakan kaedah blogwalking secara manual.

imej dari google

Tapi dalam tidak sedar, kaedah ini mencipta satu rasa yang tidak senang kepada kebanyakan blogger yang lebih menggemari jejak ikhlas. Software ini biasanya akan meninggalkan spam yang tidak dikehendaki mana-mana blogger. Dan pada pandangan maCy, kaedah ini sedikit mencemari arena blogwalking ini. Tujuan utama berblogging ialah untuk menambah kenalan, menambah pengetahuan dan juga berkongsi pengetahuan serta pengalaman sedia ada. Justeru apabila menggunakan kaedah ini, dapat dilihat jelas keuntungannya lebih kepada satu pihak sahaja, melainkan, anda berjaya melawat semula kesemua blog blogger yang telah melawat anda apabila anda menggunakan software tersebut.

Kaedah ini memang banyak faedahnya. Anda boleh menggunakannya untuk memperkenalkan blog anda secara tidak langsung di kotak jerit para blogger. Tidak kurang anda boleh sekali sekala 'menunjukkan muka' kepada para blogger yang mengenali anda setelah lama anda tidak berpeluang untuk melawat mereka. Benar, tidak ada salahnya menggunakan kaedah ini, tetapi usahlah menggunakannya setiap masa.

Adakah kepuasan anda hanya pada trafik yang ada, atau bilangan komen yang anda perolehi tanpa anda sedari mereka yang membaca entri anda itu telah klik dan meluangkan sedikit masa untuk anda? Gunalah kaedah ini tetapi jangan lupa menghargai pembaca.

~Ini stok entri! Buat tahun lepas. Adeh.
Sangat busy tidak ada masa menulis lah. hee



p/s : esok dating. hooray! ;p

Comments

Anonymous said…
aku suka blogwalking yang maCy pun tahu macam mana aku kan.
Miss Kira said…
suka yg manual kot..
xp klau blog tu melembabkan lappy kira..sorry la..kira tutup trus..
xp kira jrg blogwalking sbb x cukup masa..
lps xam kot..

XD
autowalking kepuasan pemende. motif trafik je tu. damn.
touya said…
cukup menyampah dengan auto blogwalking software .
M a W a D D a H said…
ritu buang shoutbox dan sekarang letak balik...huhu...

p/s: dating ngan sape tu macy? ehemm
adrinaqamarina said…
ouh kalau guna autonye camtu eh? naive giler la rina. haha!

yang, nak ikot ngedat jugak :(
nad said…
lagi suka manual :)
baru best!!
Rina Rossoneri said…
selamat berdating macy...

kalau guna pada masa tertentu,xapalah kan,contohnya nak promote kan contest ke..tapi kalau sepanjang masa guna kaedah ni, hmmm jangan tamak sangat lah kan..
lady-D said…
yessss, dla x suke org yg auto BW neh..aritu kan ada la sorg tu asek dtg jer..skali msg dia camni, " jln2 baca entry"..Apalagi dla tros gi sound kat kotak jerit dia.."Betol ke tak baca ni, x baek tipu"..Trus dtg follow dla n siap komen..haha..Bila dla masuk blk blog dia dh ilang dh kotak jerit..taw takut..kekeh
Kay- said…
hai lorrr....
motip sungguh..!
Fazleyatul Aini said…
dating kat mana tuh?
nak ngintai
kuikuikui
eqbalzack said…
perlu ada kekuatan utk blogwalking bukan dgn cara ni...kan?
Hanisah Safian said…
setuju! tapi widget ni sesuai utk org bisnes kan?

ehemmm dating ngan sape haa? :P
Anonymous said…
wah baru ni taw ade mende tu...oh ho ...
Aujinz said…
suka kaedah manual lagi.. lagi seronok.. :D
phreak-id said…
thats why phreak-id hanya menjejak blogger yg tinggal komen di entri bukan di shoutbox. sbb dah tahu, byk spam. Hehe.


Terbaru > The Maxis Om Nom Nom Race > If I Were the Green Hornet > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
CeritaSekupang said…
blogwalk manual lagi banyak dapat info dari auto...
ankeljonni said…
wooooo.... dating ye......


jgn2 ngan si Aceng tu tak... huhuhu...
woot-woot said…
url.cut bla bla bla


hahahha..agak2 duit iklan hasil traffic haram tu halal tak ?keh3


try bace ni..tgok no 10..haha

10 perkara dibenci oleh blogger !##
ruby bieha said…
sy thu kmu dating ngan sape...hehe
. said…
yang manual lagi best!


kan? =)
Unknown said…
blogwalking manual jelah.skrg ni pn sllu singgah kat blog yg di bloglist je.hhehe.malas;p
dari kita xikhlas nak g.baik kite xg langsug kan.
TunTeja said…
tertarik dengan y bawah tu je :p hehe~
aLya maNip said…
penha gak dengar isu nie dulu tapi tak pernah lak taw ramai yg gune..huhu
Mr. Asada said…
blogwalking secara manual lebih memberi kepuasan! hee... =D

macy nak dating ngan sape ni? bila nak buat pengumuman calon suami ni? hihi =P
ILA HonEyBuNNy said…
hehhe...g datink yer...dlm banyak2 tu yg neh jugak ku nampak..ehheh
CIK TOM said…
tak suka org auto-bw..lg best manual...sebab bc entry+dpt input...kalau auto just semata2 utk dpt trafik je..
aien said…
blogwalk secara ikhlas. bukan nak cr trafik.. hehe


elaun dh dpt ke?? hehee
Masitah Harun said…
manual!!!...kepuasan tue ader...
Anonymous said…
@Niz
indeed anakku.kahkahkah.oopss.sorry maCy, melalut.
hi macy..jln2 cni secare jujur~
caliph shuriken said…
suka manual wlaupun penat skit.. tp puas ati ^^
plumpy.tootsie said…
i mmg tak minat blogwalking.keh3.

macy,

u curang!!!!!
agree about that.
mybe itu cara diaorg nk suh org dtg blog.
tp ttp x suke cara tuh.
rasa mcm buat semak shoutbox je.
kih3
Noor Fatin said…
macy, yang bila kita tekan link tu kuar url apa2 ntah. itu kan yang bukan guna manual? kalau manual. kita tekan kuar link blog kan? kadang2 keliru. heheh
nich said…
macy !!! saya baru tahu awk chantek.. biase nye nampak mata je.. hehehe =)
agreed! huhuhu... rase macam nak buang pon ade shoutbox 2.. ngee~
scya lollita said…
auto-bw sme je mcm bw kot . bek tayah
Rebelle said…
tak prefer pun autoblogwalking ni.. tak ikhlas.. tinggal jejak je.. hehehe

pasal spam.. oh i sangat lampi ye pasal benda ni.. huhuhu

ehhhh.. macy, i kat rumah je.. you dating dengan siapa ye.. sampai hati you dating dengan orang lain! :p
YOURSCOMMENT said…
emm..menarik topik ni..hehe..
auto blogwalking ni memang tak membantu mcm dulu2..
sume blogger jadi pemalas sebab robot2 tu sume..

sekadar berkongsi.. ;)

-----------------------------------

[15JAN2011] "I THINK HE'S GAY"..UP TRAFFIC & SMILE.. :)
http://yourscomment.blogspot.com/2011/01/comment-about-i-think-hes-gay.html
bidadarihijau said…
pilih la yg manual sbb itu lebih ikhlas kann
Nas said…
benci la orang yang suka buat autoblogwalking nih....kalau nuff mst dapat tinggi2... buat cara yang halal lorh...hu3

latest entri:

Contoh hipokrit dalam masyarakat; hipokrit ini teruk?!?
. said…
@MATAHARI -

er......siaplah. nnt org tampar gigi laju2!


p.s: sorry MaCy~ huhu
Qib said…
ceh best ke. kalau bes nak try gak ar. hehe

sorry

gurau jaee

:)

|SYOK sendiri|Siapa RAGAD WALEED AL KURDI? |
Norasikin said…
Memang frust sebab autoblogwalking ni cuma memberikan traffik sehala je. Hanya untuk pengguna autoblogwalk sahaja yang dapat trafik bila kita membalas kunjungan. Tu sebabnya saya lebih suka komen dalam entri. Sekurang-kurangnya komen saya kekal lama disitu.

Tapi saya ada cara sendiri nak mengenal pasti yang mana pengunjung sebenar dan yang mana penipu. Pegi la belek kat shoutbox saya kalau nak tau macam mana saya buat.
Gilakah Aku!!? said…
ish3.. xpe3 usaha tangga kejayaan kan.. jom exchange http://gilakahaku.blogspot.com/ ^__^

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya